Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 28 October 2012

BN Akan Terus Kekal Di Putrajaya...


Barisan Nasional (BN) akan terus kekal di Putrajaya meskipun pakatan pembangkang melemparkan pelbagai tohmahan dan tuduhan palsu ke atas parti itu.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, BN akan terus bertahan disebalik pelbagai dakwaan tidak benar itu kerana rakyat telah melihat bukti perjuangan BN untuk mereka selama ini.

"BN telah berjaya membuktikan komitmennya dalam menjaga kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum serta ketulusan para pemimpinnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

"Perjuangan BN adalah demi rakyat dan masa depan negara, bukan demi individu atau kumpulan tertentu," katanya melalui satu kenyataan media.

Rosnah berkata, walaupun pihak pembangkang gemar mewujudkan propaganda, namun rakyat sudah mula membuka mata untuk menilai mana janji yang ditepati atau sekadar menabur Janji.

Menurutnya, BN merupakan sebuah parti yang sedar bahawa kestabilan, keamanan serta kemakmuran negara mesti dipelihara dan segala janji harus ditepati sekiranya ingin terus memimpin negara.

Atas sebab itu, katanya, Puteri UMNO yakin masa depan BN akan kekal cerah ekoran komitmen pemimpinnya yang meneruskan cara berkhidmat atas dasar demi rakyat dan demi masa depan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers