Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Sketsa. Show all posts
Showing posts with label Sketsa. Show all posts

Wednesday, 17 September 2014

Tegar Budak 8 Tahun Dari Menyanyi Di Youtube Kini Dah Jadi Artis...



gua pernah keluarkan video budak cilik dari Indonesia yang mempunyai bakat besar tetapi hanya menyanyi di kaki lima hinggalah video klip dia meletup dan menjadi viral di indonesia... KLIK SINI

kini dia dah jadi artis beb... kisah hidup si Tegar nie lebih kurang macam Najwa Latiff la yang mula dikenali di Youtube dan terus jadi retis...

Tuesday, 9 September 2014

Jom Layan Feeling Cintan Cintun Videoklip Firman - Kehilangan...



sejujurNya... ku tak bIsa... hiDup taNpa kamu aku gILa... 

Lirik lagu yang menyentuh hati dan perasaan... Hanya tinggal kenangan.... Apapun patah tumbuh hilang berganti.....

Thursday, 17 July 2014

Video Raya TM Papar Kisah Budak Perempuan Nakal, Comel!!!


Sambutan hari raya Aidilfitri seakan tidak lengkap tanpa tayangan iklan raya daripada pelbagai syarikat gergasi Malaysia antaranya seperti Petronas, Bernas, TM dan Maxis.

Dan rasanya tahun ini, pihak Telekom Malaysia (TM) yang paling awal sekali menyiarkan iklan raya mereka.

Memang menghiburkan!

Dalam komedi iklan ini ada juga terselit mesej berguna yang boleh dijadikan tauladan buat adik-adik di luar sana.

Jangan suka menipu, tak baik tau!

Apa-apa pun, adik yang berlakon ni memang comel giler, natural je ‘acting’ dia.

Tak sabar nak tunggu iklan raya Petronas tahun ini, apalah kelainannya kali ini ya!

Monday, 7 July 2014

VIDEO : Bila Ahli Silap Mata Tukar Burung Kepada Gadis!!! OMG!!!


BAGI mereka yang mengikuti rancangan ‘Britain’s Got Talent 2014′, pasti anda mengenali Darcy Oake, 26, peserta yang berjaya memukau juri termasuk Simon Cowell dan para penonton dengan aksi silap matanya yang cukup hebat.

Malah video persembahannya yang dimuatnaik di laman YouTube enam hari lalu sudah mencecah tontonan lebih 13 juta kali, memetik Yahoo.

Susulan kehebatannya itu, ada pihak yang menyifatkan dia sebagai ‘terlalu profesional’ untuk pertandingan seumpama itu.

“Mengenai perihal profesional, saya faham apa yang mereka maksudkan. Tapi, rancangan ini tidak pernah dianggap hanya untuk amatur,” katanya.

Persembahan Oake itu hampir keseluruhannya menggunakan burung merpati sebagai subjek utamanya, namun bahagian akhirnya cukup mengejutkan orang ramai apabila dia menukarkan beberapa ekor burung itu kepada seorang gadis.

Saksikan.

Friday, 6 June 2014

Pelik Tapi Benar!!! Hasilkan Kek Coklat Daripada Serangga???


Iceland – Rupanya sama seperti sepotong kek coklat yang menyelerakan sesiapa yang memandangnya. Namun hakikatnya ia adalah campuran serangga dan lava yang dikisar dan dijadikan sebagai makanan.

Ia adalah menjijikkan tetapi bagi seorang pelajar di sebuah universiti, Búi Bjarmar Aðalsteinsson, hidangan berkenaan direkanya dengan tujuan menyelesaikan masalah kekurangan makanan di seluruh dunia.

Namun sanggupkah anda makan kek anai-anai atau ulat.? Satu ujian dilakukan dan didapati mereka yang diuji tidak dapat merasai perbezaan antara kek sebenar dan hidangan lava yang telah diproses menjadi makanan itu.

Malah ada yang menyatakan bahawa makanan yang dihasilkan daripada serangga tersebut mempunyai rasa seperti ayam.

Projek The Fly Factory itu dihasilkan dengan serangga tersebut dipelihara dan diberi makan tumbuh-tumbuhan.

The Fly Factory diilhamkan susulan laporan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa kajian perlu dilakukan untuk melihat bagaimana serangga dapat mengatasi masalah kekurangan makanan.

Aðalsteinsson berkata, larva-larva dan serangga itu dimasukkan dalam oven terlebih dahulu sebelum ia dikisar, dan kebanyakan hidangan yang disediakan merupakan masakan barat.

“Saya mencuba kajian ini kepada orang ramai, dan mengejutkan apabila ia menarik perhatian mereka, terutama kanak-kanak. Malah ada seorang kanak-kanak berusia empat tahun mahu memelihara serangga,’’ katanya.

Namun katanya, meskipun ramai yang berminat dengan projek ini namun tidak ramai yang mahu mencuba makanan daripada serangga dan lava ini.

Monday, 19 May 2014

Sketsa : Giant Jual Kotak "BERAKfast", Cubaan Melawak Ker????


Papan tanda atau buku menu yang mencatat kesilapan ejaan mungkin sudah biasa ‘kantoi’ lalu dikongsikan kepada umum.

Baru-baru ini di pasaraya Giant, ramai pelanggan tertawa apabila membaca ejaan pada satu kertas yang mempromosikan jem coklat kegemaran ramai, Nutella.

Mana taknya, perkataan yang sepatutnya ditulis ‘breakfast’ telah tertukar menjadi ‘BERAKfast’.

Adakah ini memang satu kesilapan atau cubaan kakitangan terlibat untuk membuat lawak?

Apa pun, perkataan yang silap tersebut amatlah tidak kena dengan produk yang dijual!!!!

Sumber : ahmadzaki82

Saturday, 26 April 2014

Sketsa : Kisah Lawak Cikgu Izzudin Tak Lulus ‘Loan’ Nak Kahwin!!! Kah Kah Kah


Gua yakin lu orang setuju jika gua katakan ini adalah ‘Panggilan Hangit Hot FM’ yang paling kelakar setakat ini.

Perbualan antara Fizi Hot FM dengan seorang guru tari yang dikenali sebagai Encik Izzuddin ini telah dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Hot FM.

"What the fish!!! What the fish!!! 
What the fish!!! What the fish!!!

Sehingga saat ini, ia telah mendapat lebih 5,000 ‘likes’ dan dikongsikan hampir 9,000 pengguna akaun Facebook.

Ia berkisarkan pinjaman peribadi Izzuddin yang kononnya tidak diluluskan sehingga dia tidak dapat mengawal perasaan dan mengamuk sepanjang perbualan.

"You tau tak perasaan seorang pengantin!!!...."

Memang kelakar! Haha… lain macam jer bunyi suara Cikgu Izzudin nie... 
aaaaaawwwwwww!!!! yaaa aaaaawwww!!!

Mak suka ko jah!!! yang penting ko confident ^_^
Nanti ko dah kawin jah jangan lupa jemput mek,
Panggilan Hangit HOTFM

Saturday, 5 April 2014

[Video] Sedap Siot Suara Atuk Takda Gigi Umur 66 Tahun Layan Karok Lagu "Unchained Melody"




Pengendali akaun bagi klip video ini KLIK SINI

this is my father,..a 66 years old. whoever want to call him u can talk to him to this no# +601125362448. whoever want to greet him..^^ okey..
thanks for watching it,.. keep watched the original copy by the owner;))
enjoy the song;))

Saturday, 22 February 2014

Sketsa : Kah3 Nenek Bercakap Tentang Selfie, Gaya Moden Dan "Justin Bieber"!!! @JustinBieber @JustinrCrew


Bayangkan anda berkawan dengan sahabat baik anda selama lebih 90 tahun sepanjang riwayat hidup anda, menarik bukan?

Di saluran YouTube Steve Harvey, dikongsikan satu video bagaimana dua orang wanita yang berusia lebih 100 tahun dan mereka bersahabat baik bercerita mengenai budaya masa kini.

Menurut Steve pada pembukaan video berkenaan, beliau memperkenalkan kedua-dua wanita itu yang dikatakan telah menjadi sahabat baik selama 94 tahun.

Kedua-dua mereka iaitu Irene dan Alice turut ditanya secara eksklusif dalam satu temubual berkenaan budaya moden antaranya Selfie, tarian Twerking dan juga mereka ditanya mengenai Justin Bieber.

Ketika ditanya apa makna Selfie, Alice dilihat seakan keliru dengan perkataan itu.

“Saya tidak tahu apa yang diperkatakannya?” kata Alice.

“Selfie ialah dimana kita mengambil gambar kita sendiri dan letakkannya di Facebook untuk tatapan orang ramai,” jawab Irene.

“Siapa yang akan mengambil gambar mereka sendiri,” balas Alice.

“Mereka lakukannya… ya mereka lakukannya,” kata Irene.

Menurut Irene, jika ada peluang beliau juga mahu cuba mengambil gambarnya secara Selfie.

“Saya sudah mempunyai cukup gambar diambil oleh orang lain, saya tidak perlu mengambil gambar saya sendiri,” kata Alice.

Anda tonton sendiri beberapa jawapan lucu yang pasangan sahabat baik ini berikan terutamanya mengenai artis remaja penuh kontroversi Justin Bieber.

Enjoy yourself...

Friday, 21 February 2014

[Video] Awek Cun Cekap Tebar Roti Canai???


Biasanya di Malaysia, mereka yang menjadi penebar roti canai terdiri daripada lelaki atau mamak kan.

Tapi di Singapura, terdapat seorang gadis remaja yang mempunyai kemahiran menebar roti canai atau roti prata dengan cekap.

Ketangkasan gadis ini pasti memukau pengunjung yang bertandang ke sebuah gerai yang terletak di Blok 216 Bedok North.

Gadis tersebut, Nur Hidayu dipercayai sudah lama membantu keluarganya berniaga di situ hingga mempunyai skil yang membanggakan.

Apa pun kami percaya, Nur Hidayu antara tarikan pengunjung ke gerai keluarganya itu.

Betul tak?

Friday, 10 January 2014

Sketsa : Pemandu Lori Yang Lupa ‘Ukur Baju Di Badan Sendiri’….


Ada sebabnya mengapa tol mempunyai laluan khas untuk lori.

Jika tidak, beginilah jadinya.

Kejadian yang dirakamkan di Lebuhraya Kesas ini menunjukkan sebuah lori cuba memasuki laluan Touch n Go tetapi sangkut kerana badannya terlalu besar dan tinggi.

Hasilnya, lori ini menarik perhatian pengguna tol lain.

Mungkin, ini kali pertama pemandu lori kontena tersebut memasuki lebuhraya hingga tersilap masuk laluan tol, atau mungkin juga pemandunya terlupa bahawa hari itu dia membawa lori dan bukan kereta kot.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 29 December 2013

Sketsa 18SX : Pakcik Tua Kene Tunjuk "Pele"???



Just For Laugh... LOGHAT KLATE

POK MAT : Ambo nok mitok kelulusey buat rumoh, lagu mano gak caro dio?

PUAN MINAH : Lagu ni, mulo-mulo kito keno tengok pele dulu.

POK MAT: Pele? Ambo ado doh!

PUAN MINAH : Mano? Kalu ado wat tubik lah, kawe nok tengok.

POK MAT: Weh, tok leh! Mano bulih!

PUAN MINAH : Bak po tok lehnyo? cepatlah wat tubik!

POK MAT : Kalu tok tengok tok leh ko?

PUAN MINAH : Tok leh la!!! kawe nok luluh guano, kalu kawe tok tengok!

Friday, 20 December 2013

Mesti Dengar Beb!!! Petikan Gitar Lagu Firman Yang Sungguh Syahdu!!!



Kehilangan (Firman) - Instrumental - Acoustic Guitar - Fingerstyle - Cool man...

Thursday, 12 December 2013

Sketsa : Bil Api TNB Lewat Sebulan Jer!!! Jangan Ketawa Kalo Baca!!!


Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan.

Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor." Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Zakaria ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah." Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online" Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? " Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya.. lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.. Keesokkan harinya, selepas si Zakaria ini diberitahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Sunday, 8 September 2013

Sketsa : Lawak Budak 5 Tahun Naik Bas Ke Ipoh...

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers