Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 6 June 2014

Pelik Tapi Benar!!! Hasilkan Kek Coklat Daripada Serangga???


Iceland – Rupanya sama seperti sepotong kek coklat yang menyelerakan sesiapa yang memandangnya. Namun hakikatnya ia adalah campuran serangga dan lava yang dikisar dan dijadikan sebagai makanan.

Ia adalah menjijikkan tetapi bagi seorang pelajar di sebuah universiti, Búi Bjarmar Aðalsteinsson, hidangan berkenaan direkanya dengan tujuan menyelesaikan masalah kekurangan makanan di seluruh dunia.

Namun sanggupkah anda makan kek anai-anai atau ulat.? Satu ujian dilakukan dan didapati mereka yang diuji tidak dapat merasai perbezaan antara kek sebenar dan hidangan lava yang telah diproses menjadi makanan itu.

Malah ada yang menyatakan bahawa makanan yang dihasilkan daripada serangga tersebut mempunyai rasa seperti ayam.

Projek The Fly Factory itu dihasilkan dengan serangga tersebut dipelihara dan diberi makan tumbuh-tumbuhan.

The Fly Factory diilhamkan susulan laporan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa kajian perlu dilakukan untuk melihat bagaimana serangga dapat mengatasi masalah kekurangan makanan.

Aðalsteinsson berkata, larva-larva dan serangga itu dimasukkan dalam oven terlebih dahulu sebelum ia dikisar, dan kebanyakan hidangan yang disediakan merupakan masakan barat.

“Saya mencuba kajian ini kepada orang ramai, dan mengejutkan apabila ia menarik perhatian mereka, terutama kanak-kanak. Malah ada seorang kanak-kanak berusia empat tahun mahu memelihara serangga,’’ katanya.

Namun katanya, meskipun ramai yang berminat dengan projek ini namun tidak ramai yang mahu mencuba makanan daripada serangga dan lava ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers