Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Tun Faisal. Show all posts
Showing posts with label Tun Faisal. Show all posts

Wednesday, 5 March 2014

Tun Faisal Ker Yang Kena Saman Fitnah Atau Blogger GreenBoc Yang Bakal Kena Saman Fitnah??? @tunfaisal @tun_faisal @greenboc


kantoooooiiiii!!!!! kantoooooiiiii!!!!! kantoooooiiiii!!!!! 
kantoooooiiiii!!!!! kantoooooiiiii!!!!! kantoooooiiiii!!!!! 

Mana nak letak muka beb bila blogger kesayangan penyokong pembangkang Grenboc KLIK SINI kantoi memfitnah individu yang kebetulan mempunyai nama yang hampir sama dan keduanya blogger. Seorang bernama Tun Faisal dengan blog beliau tunfaisal.blogspot.com KLIK SINI dan seorang lagi pengendali blog Ruang Bicafa Faisal atau RBF dengan blognya rbfonlin.net KLIK SINI. Kedua-dua individu ini memang berbeza dari segi fizikal tetapi memakai nama yang sama iaitu "FAISAL". Mungkin disebabkan nama yang sama dan memang perangai blogger pembangkang yang dah terbiasa dengan fitnah dulu bila dah sedar "terkantoi" cepat-cepat cover walaupun dah tak "tercover". 


Entri pertama (SEBELUM): "Tun Faisal Disahkan Pemilik Blog Yang Fitnah Husam, Diperintah Bayar Kos RM50,000" 
Entri kedua (SELEPAS): "Faisal Rohban Ahmad Disahkan Pemilik Blog Yang Fitnah Husam, Diperintah Bayar Kos RM50,000"
Entri pertama secara 'direct' menfitnah Tun Faisal Ismail Aziz dengan menuduh bahawa Tun Faisal disahkan mahkamah bahawa dia adalah penulis blog ruangbicarafaisal.blogspot.com dan diperintah mahkamah untuk membayar wang kos sebanyak RM50,000 kepada Husam Musa kerana telah menfitnahnya.

Ini yang dinyatakan oleh sahabat blogger Tentera Maya yang berjaya mengantoikan blogger pefitnah pembangkang Greenboc KLIK SINI. Mula-Mula kantoi tajuk, bila sedar terus tukar tajuk tanpa tukar gambar pun. Bila dah kantoi gambar plak terus tukar gambar pulak macam kat bawah ni.

Saturday, 8 February 2014

Pemimpin BN Masih #syoksendiri Walaupun Nak Dekat #PRKKajang??? @NajibRazak @ahmadmaslan



Gendang perang pilihanraya kecil DUN Kajang sudah dipalu, hulubalang dan tentera sudah bersemangat mahu turun ke gelanggang pertempuran. Tapi adakah panglima perang sudah bersedia memimpin hulubalang dan tentera bertempur dalam satu peperangan yang penuh signifikan dalam senario geopolitik negara. Adakah pemimpin BN masih "lena diulit mimpi" atau mereka sengaja memejamkan mata seolah-oleh tidak tahu apa yang berlaku disekeliling mereka. 

Lampiran di atas yang gua kongsikan menceritakan segala-galanya betapa pemimpin BN masih "lena diulit mimpi" sedangkan pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Rafizi, Lim Kit Siang, Tian Chua dan Nik Nazmi lebih mendominasi dunia media sosial sekarang. Dominasi ini masih jauh untuk pemimpin BN kita menyainginya jauh sekali mahu mengatasi. 
Namun begitu bukan semua pemimpin BN yang boleh kita kategorikan sebagai mereka yang masih "lena diulit mimpi". Peranan mereka dalam menyaingi pemimpin pembangkang di dunia media sosial perlu diberi pengiktirafan kerana sekali pun masih tidak mampu mengatasi tetapi hampir menyaingi sudah dikira bagus seperti Ahmad Maslan, Shabery Cheek dan KJ sendiri. Tetapi persoalan yang bermain dalam kepala hotak ni... "MANA PEMIMPIN YANG LAIN???"







kat bawah nie gua kongsikan senarai artikel sahabat-sahabat blogger lain yang berkongsikan pandangan dan pendapat mengenai pemimpin BN yang masih "lena diulit mimpi"...


Wednesday, 9 October 2013

Ahli MT Bukan Menteri Dapat Bantu Gerak Kerja Parti - Tun Faisal @NajibRazak @tunfaisal


Ahli MT bukan menteri dapat bantu gerak kerja parti - Tun Faisal


KUALA LUMPUR: Calon ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz berpendapat bahawa kehadiran anggota MT yang tidak terikat dengan pentadbiran kerajaan ataupun Parlimen adalah penting kerana ia memastikan gerak kerja parti dapat dilaksanakan secara berterusan dan berkesan.


Jelas beliau yang juga Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda UMNO Malaysia, ahli yang tidak terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan mahupun Parlimen boleh membantu mengisi kekosongan vakum yang tidak dapat diisi oleh pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO sebelum ini.

"Untuk bertemu dengan rakyat... untuk berhadapan dengan pembangkang dan juga untuk melaksanakan program di peringkat gerak kerja parti secara berterusan dan berkesan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Ditanya sama ada ahli MT yang terlalu ramai dalam pentadbiran kerajaan dan juga Parlimen merupakan satu kelemahan kepada parti, beliau berkata perlu ada keseimbangan di antara kedua-duanya.

Monday, 7 October 2013

Pandu Berjam-Jam Tapi Tak Diperkenalkan… @NajibRazak @KhairyKJ @razaliibrahim @tunfaisal #TF4MT


PEMILIHAN Umno semakin panas, hari ini telah berlangsungnya Majlis Pengenalan Calon di tiga negeri Pantai Timur.

Ramai calon tidak melepaskan peluang menggunakan platform tersebut untuk "mempromosi" diri sempena pemilihan parti itu pada 19 Oktober depan.

Bagaimanapun berbeza pula dengan pemblog pro-kerajaan, Tun Faizal Ismail Aziz yang turut menawarkan diri bertanding menjadi salah seorang calon Majlis Tertinggi dalam sayap parti itu.

Beliau menerusi blognya berkata, terkilan dengan tindakan Badan Perhubungan Umno Negeri ekoran tidak memperkenalkan dirinya sebagai salah seorang calon yang bertanding pada pemilihan Umno tidak lama lagi.

"Saya tidak menyalahkan Badan Perhubungan Umno Negeri kerana mereka hanya membaca senarai yang diberikan.

Friday, 27 September 2013

Isu Pengguguran Nama @tunfaisal Bertanding MT Tenggelamkan Kempen Calon Lain??? @NajibRazak #TF4MT


Sehari dua ni kecoh di semua sudut media sosial isu pengguguran nama Exco Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO dari senarai yang layak bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi pada pemilihan yang akan datang.

Di twitter, facebook dan blog termasuk di instagram hebat isu ini diperdebat dan diperbincangkan. Masing-masing mengeluarkan dan memberi pendapat serta pandangan menyokong atau mengkritik sama ada beliau layak atau tidak layak bertanding sehingga ada yang sampai tahap macam dia pulak yang mengubal perlembagaan UMNO. Malah ada yang tak pernah pun membaca perlembagaan UMNO dan lebih teruk lagi bukan ahli UMNO pun berdebat mengalahkan peguam, dah macam loyar buruk jer.

Bukan sekadar di media sosial, isu ini juga telah berjangkit ke media arus perdana seperti radio dan stesen tv yang memberikan liputan yang agak meluas.

Namun sedar atau tidak sedar isu ini sedikit sebanyak telah menenggelami kempen promosi calon-calon lain yang juga menggunakan media sosial untuk berkempen sekalipun ada yang mengatakan secara tiba-tiba kempen calon melalui media sosial lesu akibat penguatkuasaan kod etika berkempen.

Secara tiba-tiba poster, gambar dan story tentang calon sama ada yang mempromosikan calon atau menghentam calon lain terus senyap sunyi. Penyebaran poster calon menjadi berkurangan di blog, facebook dan twitter. Kesian kepada calon yang bertanding jika perkara ini berterusan apabila kemeriahan berkempen ditarik balik.

Adalah diharapkan agar isu pengguguran Tun Faisal dari menjadi calon MT segera diselesaikan oleh pihak berkaitan agar tidak mengganggu kerancakan berkempen calon lain. Semua sedia maklum bahawa tuan punya diri pun tidak mahu perkara ini berlaku. Semoga apa yang berlaku boleh dijadikan iktibar dan pengajaran buat panduan kepada orang lain di masa hadapan.

p/s : mungkin no 60 adalah nombor keramat yang bakal membawa tuah kepada Tun Faisal atas apa yang berlaku bak kata pepatah "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di nombor"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 2 July 2013

Panas!!! Kerusi Pengerusi UMB, @tunfaisal Bakal Diganti Blogger @PapaGomo???


2013 merupakan tahun penting buat Umno. Selain pilihanraya Ke 13 yang menjadi perkara utama, agenda kedua besar ialah pemilihan Umno semua peringkat yang akan bermula pertengan bulan ini.

Ramai Ketua bahagia, ketua cawangan akan bertukar kepimpinannya. Yang menarik ialah sayap kiri dan kanan Umno seperti Pemuda, Putera, Puteri dan Wanita.

Putera, pemuda dan puteri akan menyaksikan perubahan besar, ini kerana had umur untuk berada dalam Pemuda,Putera dan Puteri akan berakhir apabila menlepasi 40 tahun

Dalam Pemuda KJ nampaknya masih ada ruang itu pun merupakan penggal akhir buat beliau. Timbalan Pemuda terpaksa bye bye kerana faktor usia.

Begitu juga Ketua Unit Media Baru Pemuda Umno iaitu Tun Faisal Ismail akan berakhir tugasnya kerana faktor usia.

Siapa lagi yang layak mengambil alih tempat beliau?

Jawapan TM dan Tun Faisal juga mungkin setuju jika TM mencadangkan kepada Pemuda Umno Malaysia supaya melantik Papa Gomo sebagai pengganti Tun Faisal untuk menerajui UMB Pemuda Umno Malaysia.

Sekian.

Sumber : Taiping Mali

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 17 June 2013

Panas!!!! Malaysian Insider Bakal Disaman Pengerusi UMB @tunfaisal???? @NajibRazak


Panas!!!! Memang panas bila gua terbaca artikel pasal portal tak bermaruah macam The Malaysian Insider yang memanipulasi kenyataan Pengerusi UMB, Tun Faisal. The Malaysian Insider telah memanipulasi beberapa kenyataan yang ditulis Tun Faisal dalam blog beliau hingga yang jelas menunjukkan beberapa fakta adalah tidak benar dan jauh menyimpang dari tulisan asal.

Lantaran menimbulkan rasa kurang senang penulisnya hingga mengeluarkan penjelasan sebenar seterusnya menegur wartawan dan editor The Malaysian Insider agar lebih beretika dan berhati-hati dalam penulisan mereka. Dan jika perkara ini masih berterusan, Pengerusi UMB tidak akan teragak-agak untuk menyaman laman portal ini.

Apa dah mabuk pil kuda ker wartawan ngan editor The Malaysian Insider ni. Apa lagi... Saman jer biar hilang skit biol mabuk pil kuda tu.

Sila baca artikel penuh pasal isu ini di TunFaisalDotCom  

Thursday, 4 April 2013

Video @TunFaisal Dengan @Armand_PJU Tunggang PKR Bikin Cai2 Pakatan Meroyan???...



mau meroyan geng-geng cai PR terutama budak-budak PKR bile tengok video nie... 

PKR ditunggang Pemuda UMNO...

kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! 

Sumber : Hak Malaysia

Wednesday, 27 March 2013

Panas!!! Mahasiswa UIA Pro Mahasiswa Masuk Pro Aspirasi Bila Dengar Jawapan @tunfaisal????...



Tun Faisal Ismail Aziz : PRU 13 HARAPAN MALAYSIA @mahasiswa

SOALAN PANAS @tun_faisal - Kalau bercakap tentang moral, kenapa perlu sebelah pihak...

Harap maaf audio kurang memuaskan kerana program berlangsung dalam dewan yang bergema...

Monday, 25 March 2013

Panas!!! KiniTV Melaporkan PR Goyang Dengan Cybertroopers BN Masa Himpunan Siber BN???... @tunfaisal



KiniFocus: The cyber world has become the latest battleground in Malaysian politics and ruling coalition Barisan Nasional is prepared with its army of cybertroopers, KiniFocus takes a look into their world - from the youth who have volunteered for the cause to the mentors who coach them.

Reporter: Sumisha Naidu
Videographer; Afandi Zulkefly
Visual Editor: Azudin Hidzi

Korang lihat sendiri macam mana wartawan nie masih cuba untuk memesongkan berita pasal Himpunan Siber dengan menyelitkan benda yang negatif pasal Cybertroopers BN dalam berita mereka... Korang perhatikan dengan teliti...

Thursday, 21 March 2013

Panas!!! Jawapan @tunfaisal Bikin Mahasiswa UIA Melopong Ternganga???...



Tun Faisal Ismail Aziz : PRU 13 HARAPAN MALAYSIA @mahasiswa

Harap maaf audio kurang memuaskan kerana program berlangsung dalam dewan yang bergema...

Saturday, 2 March 2013

Temubual secara Live bertajuk "Kuasa Media Baru" bersama Pengerusi UMB, Tun Faisal, BigDog & KP BTN, Datuk Raja Arif di RTM1 jam 9 mlm ini. @tunfaisal


Temubual secara live #kuasamediabaru exclusive bersama @tunfaisal Pengerusi Unit Media Baru malam ini jam 9.00 mlm RTM1 dan beri sokongan kepada 2 orang pewira tanahair #Pray4VAT69 #Pray4VAT69 #Pray4VAT69 #Pray4VAT69
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 6 November 2012

Khalid Samad Bengang Dengan Tun Faisal Mimpi Ngeri 2008 BN Tak Akan Berulang... @NajibRazak



hahahahahahahaha!!! Lu orang tengok reaksi muka Khalid Samad (Pas) dengan Dr. Mad Nor Manutty (PKR) bila kena smash dengan Tun Faisal...

Thursday, 19 July 2012

Peranan Media Baru Dalam Menentukan Kemenangan PRU13... @AntaraPos @TunFaisal

Hari ini bertempat di Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam berlangsung satu diskusi meja bulat yang dianjurkan oleh portal Antarapos bertajuk "Peranan Media Baru Dalam Menentukan Kemenangan PRU13".
Antara panel yang dijemput oleh portal Antarapos ialah Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Tun Faisal Ismail Aziz, ADUN Sri Muda yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie dan bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan juga seorang ahli DAP Hatta Hawari. Manakal moderator adalah daripada Antarapos sendiri.
Topik yang dibincangkan agak menarik untuk dikupas namun moderator terlebih dahulu mengingatkan panel yang hadir bahawa diskusi meja bulat kali ini bukanlah pentas perdebatan tetapi lebih kepada perbincangan dan percambahan minda berkaitan topik yang diberi.
Dapat diperjelaskan di sini hampir ketiga-ketiga ahli panel bersetuju bahawa media baru berperanan dalam mempengaruhi pola dan corak pemikiran serta landskap politik terutama pengundi muda lebih-lebih lagi menjelang PRU13 yang akan datang.
Cuma sekarang perbezaan yang ketara penguasaan media media baru ini tidak lagi dikuasai serta dimonopoli sepenuhnya oleh pihak pembangkang seperti tahun 1999 ketika reformasi sedang hangat ketika itu dan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam PRU12 pada tahu 2008. Ini kerana pihak kerajaan dan BN terutama peranan yang dimainkan Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO sikit sebanyak telah mengimbangi kekuatan media baru pembangkang.
Ini diakui sendiri oleh ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie ketika ditanyakan soalan berkaitan oleh moderator. Menurut beliau, kemunculan secara mendadak pengamal media sama ada sebagai twiterian, facebooker atau pun blogger mula menenggelamkan kekuatan blogger pakatan sebelum ini.
Namun, Shuhaimi juga melahirkan rasa tidak selesa dengan kaedah yang digunapakai blogger-blogger Pro-BN yang dilihat banyak menggunakan bahasa yang kasar dan lucah dalam artikel yang dikeluarkan. Namun kenyataan ini kurang dipersetujui oleh Pengerusi UMB kerana menurut beliau templet yang digunapakai blogger Pro-BN adalah diwarisi daripada apa yang pernah dilakukan oleh blogger-blogger pembangkang sebelum ini seperti contoh penggunaan "Mahazalim" dan "Mahafiraun" terhadap mantan Perdana Menteri Tun Mahathir.
Panelis ketiga pula, Hatta Hawari mencadangkan agar ditubuhkan "Majlis Media" seperti yang terdapat di negara India dan Indonesia agar dapat mengawalselia tindak-tanduk pengamal media sosial di negara ini. Namun, cadangan ini kurang dipersetujui oleh Tun Faisal dan Shuhaimi Shafie kerana mereka berpandangan dengan penubuhan Majlis Media ini kelak akan menyebabkan terjadinya sekatan kepada kebebasan menulis, bersuara dan menyampaikan apa yang terbuku dalam hati seseorang individu dalam memberi pandangan.
Kesimpulan daripada perbincangan ini hampir semua ahli panel bersetuju agar pengamal media baru lebih bertanggungjawab dalam melaporkan sesuatu perkara dan berharap rakyat Malaysia yang menjadi penerima maklumat agar lebih matang dan menyelidiki dahulu sebarang berita yang diterima.
Sekian, melaporkan dari lokasi terima kasi. - Kulaan Niring -
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers