Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 7 October 2013

Pandu Berjam-Jam Tapi Tak Diperkenalkan… @NajibRazak @KhairyKJ @razaliibrahim @tunfaisal #TF4MT


PEMILIHAN Umno semakin panas, hari ini telah berlangsungnya Majlis Pengenalan Calon di tiga negeri Pantai Timur.

Ramai calon tidak melepaskan peluang menggunakan platform tersebut untuk "mempromosi" diri sempena pemilihan parti itu pada 19 Oktober depan.

Bagaimanapun berbeza pula dengan pemblog pro-kerajaan, Tun Faizal Ismail Aziz yang turut menawarkan diri bertanding menjadi salah seorang calon Majlis Tertinggi dalam sayap parti itu.

Beliau menerusi blognya berkata, terkilan dengan tindakan Badan Perhubungan Umno Negeri ekoran tidak memperkenalkan dirinya sebagai salah seorang calon yang bertanding pada pemilihan Umno tidak lama lagi.

"Saya tidak menyalahkan Badan Perhubungan Umno Negeri kerana mereka hanya membaca senarai yang diberikan.


"Cuma saya agak terkilan kerana selepas memandu selama berjam-jam untuk hadir ke Majlis Pengenalan Calon, saya tidak diperkenalkan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri walaupun sebagai calon di bawah kes rayuan yang mana keputusannya hanya akan diketahui pada esok," katanya.

Pada September lalu, Tun Faisal yang juga bekas Exco Pemuda Umno Malaysia akan membuat rayuan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Pemilihan hari ini untuk terus bertanding jawatan MT.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Tun Faisal menerusi laman Twitter miliknya malam tadi selepas mengetahui beliau tidak tersenarai untuk bertanding merebut jawatan MT Umno.


Dalam pada itu, Tun Faisal juga berkata, membaca senarai calon yang berada di dalam kes rayuan tidak akan menjadi kesalahan malahan menonjolkan keadilan Umno.

"Bukanlah sesuatu yang menyalahi sebarang peraturan malah Umno akan dilihat lebih adil apabila membacakan senarai tersebut secara penuh tanpa menggugurkan nama mana-mana calon sebelum pengumuman muktamad dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno," jelasnya.


Selain itu, beliau juga berkata akan terbuka menerima keputusan yang akan diumumkan esok dan akan terus bersama Umno.

"Jika keputusan rayuan tidak memihak kepada saya, ia akan saya terima dengan baik dan akan dihormati sebagai keputusan Jawatankuasa Pemilihan Umno.


"Saya tetap orang Umno dan akan tetap istiqamah dalam perjuangan agama, bangsa dan tanah air," tambahnya. – Sinar Harian MyNewsHub

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers