Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 11 October 2013

Siapa Kata Kapten Kapal Terbang Tak Layak Jadi Exco Pemuda Malaysia??? @KhairyKJ @razaliibrahim @tunfaisal


Bila gua terima sekeping kad calon Exco Pemuda Malaysia tiba-tiba mata gua tertumpu pada pakaian seragam yang dipakai pada name card calon. Pakaian yang dipakai sangat unik dan berbeza dengan pakaian yang dipakai oleh calon-calon Exco Pemuda lain seperti baju melayu, baju kod atau casual. Beliau memakai baju kapten kapal terbang tu.

Tak caya!!! Cuba tengok kad calon yang gua lampirkan. Betul ka dia nie seorang kapten kapal terbang sebenar atau ini hanyalah gimik pemilihan. Risik punya risik memang benarlah beliau seorang kapten kapal terbang yang mempunyai lesen penerbangan yang sah.

Nama beliau adalah Kapten Mohd Fairuz Mohd Sakirin yang menawarkan diri menjadi calon Exco Pemuda Malaysia dengan nombor calon 55. Dengan latarbelakang yang agak baik pernah menjadi Presiden UMNO Melbourne tahun 2000, Exco Pemuda UMNO Bahagian Kelang Klang, Sekreteriat NGO Pemuda UMNO Malaysia dan sebagai Duta Keamanan Dunia (AEWP) UN sudah tentu menjadi sandaran kepada beliau untuk menawarkan diri sebagai Exco Pemuda.

Dengan pengalaman luas beliau terutama di peringkat antarabangsa sudah tentu memberi nilai tambah kepada merit pencalonan beliau. Pemuda UMNO boleh menggunakan segala pengalaman yang beliau ada untuk memberi satu demensi baru kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Calon seperti ini yang harus ada dalam barisan pemimpin atas Pemuda.

Bukannya seperti calon kosmetik yang hanya pandai berlakon atau berpura-pura. Bukan seperti calon yang hanya timbul ketika musim pemilihan sahaja. Bukan seperti calon yang menggunakan pangkat dan wang ringgit dalam membeli undi. Bukan seperti calon yang menggunakan seluruh pengaruh yang mereka ada.

Pemuda UMNO seharusnya bertuah dan berbangga jika mempunyai seorang exco yang profesional bagi mengimbangi pemimpin muda dari Pakatan Rakyat. Perwakilan yang mempunyai kuasa memilih seharusnya menimbang faktor-faktor yang dinyatakan di atas demi survival parti UMNO dan kredibiliti Pemuda UMNO.


Oleh itu gua harap kepada pembaca yang membaca artikel ini agar dapat mengkongsikannya dengan orang lain. Dan jika pembaca adalah terdiri daripada salah seorang pengundi yang dapat menterjemahkan undi anda esok hari, maka pilihlah calon bernombor 55 ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers