Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 6 October 2013

Giler La!!! Sambal Dan Serbuk Kari Licin Kat Pasar Malam Malaysia Di London Tarik 25,000 Pengunjung!!!


Siapa sangka 'pasar malam' Malaysia di London boleh mendapat sambutan hangat hingga 25,000 pengunjung!

Itulah hakikatnya bila mat dan minah salleh sanggup bersesak di Trafalgar Square, di sini semata-mata untuk merasai pengalaman rakyat Malaysia dari segi makanan, budaya dan hospitaliti melalui 'Malaysia Night' yang telah diadakan buat kali keempat pada 4 Oktober lalu.

Bayangkan betapa terujanya mereka hinggakan perencah sambal dan serbuk kari di beberapa gerai etnik habis dijual selepas acara yang bermula pada tengah hari itu tamat pada jam 10 malam.

Sebanyak 17 gerai Malaysia di United Kingdom mengambil bahagian dalam acara tahunan anjuran Program Dapur Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Luar Negeri (Matrade) itu.

Antaranya Tuk Din Flavours of Malaysia, Pan Chai, The Malaysian Pancake Co, Roti King, Bonda Cafe, Puji-puji dan Makan Cafe.

Selain itu, terdapat juga khemah pihak Tourism Malaysia, Malaysia Airlines (MAS) dan Lotus.

Acara yang dimulakan pada tahun 2010 itu bukan sahaja menjual pelbagai juadah tempatan Malaysia seperti satay, laksa, nasi lemak, apam balik dan teh tarik, malah turut mempromosikan tarian dan karya seni negara kita melalui persembahan dan pameran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr. Wong Lai Sum, acara seumpama itu nyata meberikan impak besar dalam mempromosikan pelancongan di Malaysia.

"Tahun ini sahaja, 1.3 bilion orang di Amerika Syarikat, United Kongdom, Australia dan New Zealand mengatakan bahawa mereka kini mendapat lebih banyak maklumat mengenai Malaysia dan 24 peratus daripada jumlah ini mahu merasai makanan Malaysia.

"Acara seumpama ini juga turut membantu mereka membezakan makanan Malaysia dengan negara lain seperti Indonesia atau Thailand," ujarnya.

p/s : lihatlah betapa orang di luar sana menghargai makanan dan budaya kita. Iyalah, kadang-kadang ada orang kita ni malu hendak mengaku makan sambal belacan. Takut dikata kekampungan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers