Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 11 October 2013

Pesanan Calon Naib Ketua Pemuda Malaysia.. @NajibRazak @ZambryAbdKadir @Khairykj @azwanbro @tunfaisal




"Selepas PRU yang lalu, kita dapat saksikan sokongan kepada BN tiris di kawasan yang rata-rata nya urban. Langkah yang lebih segar dan kritis harus dinilai bagi UMNO dan Parti BN itu sendiri untuk memikat kembali golongan di kawasan ini.

Bukan sahaja dari segi pendekatan yang rasional, tetapi kaedah penyelesaian yang lebih efektif harus diimplentasi dengan cekap dan pantas seiring dengan pembangunan kawasan urban yang progressif.

Oleh itu seharusnya lebih ramai pemimpin yang bijak, kritis, dan mahir ekonomi dari parti UMNO & BN diletakkan di kawasan-kawasan ini bukan yang berperanan bukan hanya sebagai medium penyampai, tetapi juga sebagai pemimpin yang hadir untuk menyelesaikan masalah.

Tiang kepada pembangunan sesuatu bangsa dan negara adalah pada berapa kuatnya asas pendidikan di dalam setiap individu. Sasaran untuk melahirkan 6000 graduan PhD menjelang 2023 seperti yang digesa YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak, harus disambut baik oleh rakyat. Manfaatkan sehabis baik peluang yang ada dan jangan mudah berpuas hati." - Azwanbro

"KDN dan PDRM telah menegaskan bahawa mereka tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas NGO atau persatuan yang cuba membangkitkan isu sensitiviti yang berkait dengan agama dan kaum di Negara ini. Kehadiran NGO adalah untuk membawa unjuran positif dalam pembangunan sosial masyarakat serta memupuk semangat berpersatuan dikalangan individu ke arah masyarakat yang harmoni, bukannya untuk memecahbelahkan, memperlekehkan dan memainkan sentimen perpecahan di antara kita. Jika terdapat NGO dan persatuan yang mempraktikkan budaya tidak sihat ini, laporkan segera kepada pihak berkuasa, tunaikan tanggungjawab dan peranan anda!" - Azwanbro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers