Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Monday, 27 May 2013

Panas!!! Anwar Mungkiri Perjanjian Rahsia Terima Keputusan PRU13???


Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei, yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.

Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.

Wednesday, 22 May 2013

Undi 2 Kali???? Tak Habis Menipu Jer Pembangkang Nie???


Sedap aje dakwa boleh mengundi dua kali.

Macam bos Suruhanjaya Pilihan Raya ni cakaplah… takkanlah kalau nama dia sudah dipotong macam mana hendak mengundi dua kali?

Apalah punya penipuan tahap rendah ni… masuk mengundi kali kedua… ambik kertas undi… lepas tu simpan…

Sesiapa yang pernah mengundi… boleh percaya ke… masuk tempat mengundi… ambik kertas undi… lepas tu keluar…?

Bukankah lepas duduk belakang peti undi (untuk pangkah calon pilihan), kita kena pergi ke peti undi untuk masukan kertas undi kita… akan ada kerani SPR dan ejen calon termasuk dari pihak Pakatan Rakyat yang dapat lihat dengan jelas kita masukan kertas undi dalam peti undi.

Tuesday, 21 May 2013

Anwar Tetap Gulingkan Kerajaan Biar Pun Sendirian??? Bodoh Betul La!!!


Sabtu lalu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa wujudnya konspirasi menggulingkan kerajaan. Konspirasi yang dirancang itu katanya bakal dijalankan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan jika pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Dalam dakwaan Tunku Aziz, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Namun, hari ini kepimpinan DAP dan PAS telah sebulat suara untuk membantu polis melakukan siasatan terhadap konspirasi itu.

Mungkin mereka telah sedar impak yang buruk bakal melanda negara jika terjadinya rusuhan dan demonstrasi tersebut. Walaupun Karpal Singh mengecam tindakan Tunku Aziz kerana mendedahkan rahsia DAP, tindakan DAP untuk bersama membantu polis adalah satu tindakan yang bijak.

Ini kerana, jika benar perkara ini terjadi ianya akan menggugat keamanan negara dan menjatuhkan imej negara. Sekali gus, ekonomi negara dan juga industri pelancongan akan turut terjejas.

Thursday, 16 May 2013

Terkini!!! Senarai Penuh Kabinet Najib Selepas PRU13...


Berikut ialah senarai barisan kabinet Persekutuan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini:
Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Wednesday, 15 May 2013

Terkini!!! Senarai Rasmi Menteri Kabinet Malaysia 2013...


Barisan Kabinet Baru Barisan Nasional 2013

Menteri Di JPM - Jamil Khir
Menteri Di JPM - Abdul Wahid Omar
Menteri Di JPM - Idris Jala
Menteri Di JPM - Joseph Kurup
Menteri Di JPM - Shahidan Kassim
Menteri Di JPM - Nancy Shukri

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - G Palanivel

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Nazri Aziz

Menteri Wilayah Persekutuan - Tengku Adnan Mansor

Menteri Belia dan Sukan - Khairy Jamaluddin

Menteri Komunikasi dan Media - Ahmad Shabery Cheek

Menteri Luar - Anifah Aman

Menteri Kerjaya - Fadillah Yusof

Menteri Dalam Negeri - Zahid Hamidi

Menteri Pertahanan - Hishamuddin Hussein
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 14 May 2013

196 Mati, 439 Cedera... Itulah Tragedi 13 Mei 1969!



Semalam 13 Mei - tarikh yang sangat sinonim dalam sejarah negara. Pada tarikh itu berlaku peristiwa berdarah yang tidak mungkin dilupakan oleh seluruh rakyat terutama mereka yang mengalami sendiri peristiwa berdarah itu.

Lebih menyayat hati, ada antara mereka yang menyaksikan sendiri pertumpahan darah gara-gara perbalahan antara kaum itu, hilang keluarga dan tempat bergantung akibat tragedi itu.

Bagi generasi baru, tarikh itu mungkin tidak meninggalkan kesan.

Mereka tidak mungkin merasai pahitnya perasaan kehilangan, pedihnya maruah dipermainkan apatah lagi berasa gerun kerana nyawa berada di hujung tanduk.

Jika diimbas semula peristiwa berdarah itu196 banyak kesan yang boleh dilihat sama ada secara langsung ketika itu mahupun kesan jangka panjang atau impak positif serta pengajaran yang boleh diambil dari 13 Mei 1969.

Kesan langsung sudah tentulah huru hara, kebakaran, kematian, kecederaan dialami mereka yang terbabit dengan peristiwa itu yang menyaksikan angka kematian direkodkan seramai 196 orang dengan 439 orang lagi cedera, 39 orang hilang dan 9,143 individu ditahan. Pihak berkuasa juga merekodkan sebanyak 211 kenderaan musnah pada kejadian itu.

Friday, 10 May 2013

Panas!!! Video Penyokong PR Hampir Bertempur Dengan Penyokong BN Semasa Penamaan Calon Putrajaya



Sumber : CywarPutrajaya

Panas!!! Orang Cina Sendiri Mengaku Semangat "KECINAAN" Masih Menebal???


Masyarakat Cina tidak faham pentingnya perpaduan kerana semangat perkauman dalam jiwa mereka masih tebal sejak memasuki Tanah Melayu sehingga hari ini, kata pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Beliau menyifatkan pengundi Cina sebagai rasis apabila tidak berusaha untuk memakmurkan semangat masyarakat majmuk yang sentiasa disuarakan oleh pemimpin negara termasuk ketika di bawah penjajahan British.

Beliau menegaskan, situasi itu boleh mendatangkan malapetaka kepada Malaysia suatu hari nanti jika tidak diselesaikan dengan bijak termasuk kemungkinan berlaku pergaduhan kaum.

" Kaum Cina tidak faham tentang semangat perpaduan. Ramai daripada mereka tidak anggap Malaysia sebagai negara sendiri sebaliknya sentiasa merasakan dijajah. Sebab itu semangat perkauman mereka masih tebal.

" Apa yang membimbangkan kita, jika malapetaka itu berlaku, negara terpaksa berdepan dengan kehilangan sumber ekonomi ekoran tiada pelabur yang datang, sekali gus mengakibatkan kemajuan negara terbantut," katanya.

Thursday, 9 May 2013

Kantoi!!! Kisah Anwar Si Tukang Pecah Belah Terbongkar!!!


Malam tadi… Anwar Ibrahim telah memperlihatkan lagi belangnya dalam membawa kemusnahan dan perpecahan kepada rakyat negara ini.

Sejak ada Anwar, politik kita telah berubah menjadi Melayu vs Cina.

Semuanya semata-mata keinginan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tak kisah apa pun terjadi.

Yang menjadi mangsa adalah rakyat yang dimainkan oleh Anwar.

Bukak mata dan minda anda… pilihan raya telah berlangsung dengan adil dan baik. Disahkan Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan pemerhati-pemerhati luar yang datang.

Yang ada di media sosial itu semua penipuan yang dimainkan puak cybertropers DAP yang seperti Anwar, mahu menggunakan rakyat untuk bangun memberontak.

Begitu banyak penipuan cybertropers ini yang bertindak bagi pihak Anwar.

Pengundi Bangladesh sudah ternyata penipuan… blackout memang dirancang DAP… bayangkan parodi menyindir kejadian blackout timbul di Youtube kurang setengah jam selepas dakwaan blackout dibuat.

Wajib Baca!!! Jawapan Kepada Soklan Bodoh PR Pasal Pengundi Hantu???


Mari kita bincang pasal kebodohan pula.

1. tak percaya keputusan pilihanraya? abah ko menang majoriti 20,000-40,000 boleh percaya ke? mak tiri ko menang majoriti 60,000 pun pakai kotak undi luar hantar pakai helikopter? apa pekak sangat telinga ko tak boleh dengar helikopter terbang atas pusat undi?

2. menang sebab undi bangla? eh, ko ingat BN menang majoriti 2-10 undi?? berapa banyak bangla korang tangkap? ade dapat 1,000 bangla kat satu tempat mengundi? kalau menang macam Dato' Tajuddin tu 7,000 majoriti, takkan bodoh sangat ko tak boleh nak nampak 7,000 bangla beratur mengundi? satu kampung boleh bau ketiak laaaaa.

3. ada indon undi 2 kali? buktinya jari kiri dan kanan ada kesan calitan dakwat biru. aik? bukan abah ko kata tenyeh pakai sabun mandi pun boleh hilang ke? kenapa indon tu dan petugas SPR sengaja nak kantoikan diri pergi calit kiri-kanan? kenapa indon tu tak cuci pakai sabun dan kemudian keluar mengundi balik?

Wednesday, 8 May 2013

Gempar!!! Inilah Dia Pengundi Hantu Yang Sebenarnya!!!!...


Isu Pengundi Hantu, Sebarkan.

"Assalamualaikum. Terima kasih kepada Saudara Hilmi Samad di atas komentar sebagai seorang Counting Agent (CA). Di sini adalah komen saya terhadap apa yang dikatakan sebagai isu SPR tidak telus/undi hilang/kotak undi baru/undi tidak rahsia. Ya, memang panjang tulisan saya. Tetapi kalau nak tahu, sila baca.

Saya ditugaskan sebagai Ketua Tempat Mengundi (KTM) dan Ketua Pengiraan Undi (Presiding Officer) untuk PRU13 kali ini. Untuk pengetahuan semua, setiap Kertas Undi telah diseal/dimeteraikan dengan pelekat keselamatan di dalam peti undi sehari sebelum pengundian (4.5.13) di bilik gerakan dihadapan pegawai2 polis. Seawal jam 5 pagi saya bersama KTM lain dah terpacak dihadapan Pusat Bilik Gerakan untuk mengambil peti2 undi. Selepas mengesahkan pengambilan peti undi kami diescort pula dengan anggota Polis di DALAM kereta dan diminta berKONVOI bersama-sama ke Tempat Mengundi (TM).

Segala poster peringatan arahan pelekat pandu arah ditampal dibantu oleh Kerani Pengundian (KP). Setibanya Ejen Tempat Mengundi (ETM) jam 7.40 pagi. Saya telah membuka/unsealed peti undi dihadapan ejen dan semua nombor2 siri dicatatkan didalam Borang 13 dan diserahkan kepada ETM. Kemudian peti Undi dimeterai dengan Pelekat Keselamatan dan ditandatangani oleh ETM sendiri.

Isu undi bukan rahsia? Saya masih tidak faham kenapa ada yang menyatakan UNDI TIDAK RAHSIA kerana adanya NO. SIRI. Untuk makluman, No. Siri pada Kertas undi tersebut TIDAK SAMA dengan no siri yang tercatat di web SPR/no semakan SPR. No Siri itu hanyalah no yang tercatat di dalam Buku Daftar Pengundi sahaja berdasarkan saluran dan langsung tak sama pada kertas undi. Tiada kewajaran kami tahu apa yang anda PANGKAH apa selama ini dan undi anda masih rahsia.

Baca lagi di sini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

WTF!!! BN Menang Tapi Melayu Kalah Sebab Hasutan DAP... @NajibRazak


BN MENANG TAPI MELAYU KALAH

1. MELAYU DI PECAHKAN PADA 3 GOLONGAN.

2. MELAYU PAKAT DENGAN DAP DALAM PAKATAN UNTUK UNDI BUKAN MELAYU DALAM PAKATAN.

3. DAP GUNA PAS UNTUK UNDI CALUN DAP.

4. DAP GUNA PKR UNTUK PECAHKAN MELAYU DAN UNDI DAP.

5. DAP PESAN KAT KAUM CINA SUPAYA HANYA UNDI CALUN CINA ATAU PAKATAN.

6. MELAYU UNDI CALUN BN TAK KIRA MELAYU ATAU CINA TAPI CINA TETAP UNDI PAKATAN.

Tuesday, 7 May 2013

Gempar!!! Tolong Sebarkan Kenyataan Amerika Pasal Ketelusan PRU13??? @NajibRazak


PLEASE SEBARKAN!!!

US recognizes Malaysia election result despite opposition claims of irregularities
BY THE ASSOCIATED PRESS MAY 6, 2013

WASHINGTON - The United States has recognized Malaysia's election result, calling it the "most competitive" in the Southeast Asian nation's history, despite opposition claims of irregularities in the vote.

State Department spokesman Patrick Ventrell said the U.S. looked forward to working with the government to be formed by Prime Minister Najib Razak after his coalition returned to power after winning Sunday's parliamentary elections with a diminished majority and despite losing the popular vote.

Ventrell told reporters in Washington on Monday that the U.S. was aware of concerns about voting irregularities and noted the opposition parties faced significant restrictions on access to the media.

He said addressing these issues is important for strengthening confidence in the electoral process, and called on all parties "to peacefully respect the will of the voters."


-KN-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 6 May 2013

Sial!!! Cina Dah Sailang Melayu Dalam PRU13!!! @NajibRazak


Hari ni hari pertama selepas PRU13 yang berlangsung semalam di seluruh negara. Macam-macam cerita yang kita dengar. Ada cerita gembira, ada cerita sedih, ada cerita terkejut beruk dan ada cerita yang tak mampu gua ceritakan. Dalam banyak-banyak cerita PRU13, cerita "Polarisasi" yang paling menarik minat gua.

Tapi apa yang gua minat nak bincang kat sini perkembangan undi kaum cina terhadap DAP terutama cina yang tinggal di bandar-bandar. Jika kita perhatikan dari peratusan majoriti kemenangan calon DAP yang jauh lebih besar daripada tahun 2008. Di bandar-bandar atau pekan-pekan yang dihuni orang cina ni peratusan sokongan meningkat diluar jangkaan.

Lihat saja Pulau Pinang yang kekal dalam tangan cina DAP dengan majoriti yang semakin luas jurangnya. Mana pegi jentera MCA atau Gerakan. Apa yang Gerakan buat sampai teruk sangat undi cina kali ni. Itu belum ambik kira Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur macam Kepong, Bukit Bintang dan Seputeh. Sampai Teressa Kok dapat majoriti tertinggi dalam Malaysia.

Sunday, 5 May 2013

Keputusan Terkini!!! Husam Akhirnya Tersungkur Di Putrajaya????... @TengkuAdnanReal


Keputusan Tidak Rasmi Undi PDM Metropolitan P9

SALURAN 1
BN : 232
PAS : 73
UNDI ROSAK : 1

SALURAN 2
BN : 467
PAS :153
UNDI ROSAK :1

SALURAN 3
BN : 459
PAS : 161
UNDI ROSAK : 1

Kantoi!!! Citer Bangla Mengundi Rupanya Konspirasi Pakatan Rakyat????....



3 lelaki warganegara Malaysia ditahan pihak Polis bersama 2 orang warga Bangla tadi di Lembah Pantai dipercayai cuba mencetuskan kekecohan. Hasil siasatn pihak Polis ke atas kenderaan yang digunakan satu unit camera dan satu unit video camera. Turut dirampas satu unit laptop. Suspek 3 lelaki yang ditahan bersama 2 orang bangla itu dipercayai cuba memanipulasi hari pengundian hari ini dengan mewujudkan cerita bangla mengundi bagi pihak BN.

Kesemua suspek dibawa ke balai Polis bagi siasatan lanjut. Maklumat awal diperolehi bangla yang terlibat dalam lakonan pengundian palsu dibayar rm250 setiap seorang.

PERGH!!! Patut lah kecoh sana sini, rupanya depa yang buat benda ni semua nak wujudkan kekecohan dalam internet.

Pesanan kepada semua. Jika jumpa van ataupun kenderaan yang meragukan sila laporkan pada pihak Polis berhampiran.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selamat Mengundi Di PRU13...


Hari ini 5hb Mei 2013 adalah "The D Day" kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi.

KN mengucapkan Selamat Mengundi kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi serta buatlah pilihan yang betul dan tepat demi masa depan kita dan anak cucu kita nanti.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 4 May 2013

Gempar!!! Bukti Pas Muar Mengamuk Dengan Calon PKR Muar Yang Sombong????... @HizwanAhmad @razaliibrahim #146


Apa lagi nak diperkatakan mengenai calon PKR bagi parlimen Muar si Hizwan dalam saat pembuangan undi tinggal tak sampai 24 jam lagi. Kalo perangai buruk macam ni kawan seperjuangan Pas pun menyampah apatah lagi masyarakat dan pengundi parlimen Muar.

Ini apa yang ditulis dalam fb milik Pas Kawasan Muar :

"Salam Ukhwah... Agak rasa terkilan benar dengan Calon P.146 PKR yang agak kurang matang apabila beliau menyerang secara peribadi isu yang telah lama di fb dan twitter beliau... Kami juga rasa terkilan kerana calon Parlimen kami tidak pernah mendengar pendapat kami sebagai rakan seperjuangan... Kami dari Pas Kawasan Muar mohon maaf kerana terpaksa menyuarakan ketidakpuastiaan Kami berhubung perkara tersebut..."

Nampak sangat calon PKR ni si Hizwan suka buat kerja sorang-sorang dan tak ada sifat bekerjasama sehingga geng dalam Pakatan pun naik menyampah tengok. Dah la tak turun padang berkempen, lebih banyak duduk lepak kat hotel mengopi jer. Patut la Pas merasakan calon yang paling layak bertanding bagi mewakili Pakatan Rakyat adalah calon daripada Pas.

Disebabkan Anwar Ibrahim yang paling berkuasa dalam Pakatan Rakyat dan dengan menggunakan kuasa veto kuku besinya maka beliau meletakkan calon dari PKR parti beliau sendiri dengan meletakkan calon yang tak punya kredibiliti.

Pas sepatutnya menjadi parti dominan tapi apakan daya Pas terutama di Muar tak punya kekuatan untuk bersuara pun bagi mencadangkan ahlinya sebagai calon. Penyudahnya inilah hasilnya. Calon yang dibenci rakan sendiri.

Oleh itu, nasihat KN kepada Pas supaya kalo betul-betul sebuah parti yang kuat dan bakal mendirikan negara Islam seperti yang dilaungkan sebelum ini agar pikir dua kali la untuk support calon PKR ni. Elok ler korang undi calon BN, Dato' Razali dan lepas ni kembali ke pangkal jalan.

p/s : nantikan pembongkaran malam ini last sebelum hari mengundi pasal si Hizwan ni yang banyak syarikat yang duit hasil syarikat itu meragukan... Tuuuuuuungguuuuuu...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Gambar] Bukti Penyokong Pas Buat Huru-hara Malam Terakhir Di Putrajaya... @TengkuAdnanReal


Malam tadi bertempat di Bilik Gerakan BN di sekitar Putrajaya seperti Presint 8, 9 dan 11, sekumpulan kenderaan terdiri dari lori, kereta dan motosikal yang membawa bendera Pas berkonvoi sambil membunyikan hon serta membuat bising.

Tindakan konvoi cai-cai Pas ini cuba untuk membuat provokasi terhadap jentera BN dengan membuat bising membunyikan hon. Inilah perangai sial cai-cai Pas yang sengaja cari pasal. Bila dah bergaduh, berperang bertempur salahkan BN plak. Apa Husam takkan tak tau apa yang anak buah dia buat. Entah-entah ini semua adalah perancangan Husam yang dah mula sedar kehadiran beliau di Putrajaya tidak diterima penduduk dan pengundi Putrajaya.

Hari ni hari terakhir tempoh berkempen selama 14 yang diberikan SPR. Menurut maklumat risikan jentera BN Putrajaya, malam ini cai-cai Pas akan buat provokasi terakhir bagi mewujudkan ketegangan dan suasana huru-hara di Putrajaya.

Persoalan yang bermain dibenak kepala gua ni, takkan la calon Pas, Husam tak tahu menahu. Takkan la benda jahat ni dibuat membelakangi beliau. Atau sebenarnya beliaulah dibelakang niat jahat ni. Inikah ciri wakil rakyat yang dimahukan oleh pengundi Putrajaya. Iniac ciri kononnya pemimpin Islam dalam Pas.

Apa pun tahniah kepada jentera BN Putrajaya terutama gerak-gempur yang steady sabar melayan kerenah bodoh cai-cai Pas ni. Kalo ikutkan cerita kengkawan semalam, mau jentera bermotor BN berkumpul dan melayan provokasi bangang Pas ni. Silap-silap semalam ada "Royale Rumble".

p/s : malam nie kalo cai-cai puak Pas nie bikin panas kat Putrajaya korang gempur jer... Kasi ingat skit jangan masuk kampung orang buat samseng...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar!!! Pas Bayar RM1K Kalo Pengundi Putrajaya Tunjuk Kertas Undi Kosong Esok????...


Biar betul print screen yang gua dapat nie. Member gua hantar tadi selepas beliau dapat sms ni daripada nombor telefon yang tidak dikenali.

Antara bunyi sms nie :

"Salam perjuangan, masa untuk menawan Putrajaya semakin hampir. Kami menawarkan RM1,000 untuk setiap satu kertas undi kosong, sila tunjuk kertas kosong pada Ketua Peti Undi Pas untuk dapatkan wang anda. Jihad untuk Islam"

Wah! Pas pun dah main duit gak. Kali nie lagi teruk permainan kotor Pas nie bukan setakat kategori pancing undi. Ni dah kira beli undi dah ni. Rasuah politik ni.

Memang betul apa yang gua dengar daripada sahabat-sahabat gua di Putrajaya yang Husam nie memang kaya dengan bisnes Jamnapari dan jual-beli tanah kat Kelantan. Sebab tu Pas boleh main bayar sampai riban-riban kat pengundi Putrajaya semata-mata nak duduk kerusi Putrajaya.

Sapa kata BN main kotor. Rupa-rupanya orang yang suka dok mengata dan memfitnah orang ni lagi teruk dan keji perbuatan mereka. Wei! Orang Pas, "matlamat tidak menghalalkan cara" dan Islam tak pernah ajar siasah macam ni la.
Oleh sebab itu, kepada semua pengundi Putrajaya gua nak pesan agar jangan terpedaya dengan janji-janji manis Pas bak menanam tebu dibibir. Silap perhitungan mau menyesal nanti seumur hidup.

p/s : boleh tahan Pas nie banyak duit... Mana datangnya sumber kewangan nie kalo bukan daripada hasil negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Puuuuuiiiihh!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers