Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 13 June 2016

Esok!!!! #PRKSgBesar 286 Undi Awal Layak Mengundi Esok Selasa... #SCS93



SUNGAI BESAR – Seramai 286 orang anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka terlibat dalam pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, di Selangor pada Selasa esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata jumlah itu meliputi 286 orang adalah pengundi dalam kawasan Parlimen Sungai Besar.

SPR akan membuka di Sungai Besar, dua pusat mengundi yang terdiri daripada dua tempat mengundi akan dibuka iaitu di Bilik Cawangan Latihan/Sukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Sabak Bernam dan Bilik Cawangan Latihan/Sukan IPPD 1, Sabak Bernam.

“Proses pengundian awal akan dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa dengan dikendalikan petugas SPR dan dakwat pilihan raya akan digunakan dalam proses itu,” katanya.

Mohd Hashim berkata proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding di bahagian pilihan raya berkenaan.

“Di samping itu, Pemerhati Tempatan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR juga boleh memerhati proses tersebut dengan kebenaran masuk ke pusat-pusat pengundian oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Proses pengundian yang bermula 8 pagi akan ditutup sepenuhnya pada 5 petang. Kertas-kertas undi akan disimpan di lokap-lokap polis dan hanya akan dikira pada 18 Jun ini, katanya.

Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian anggota Parlimen Sungai Besar, Tan Sri Noriah Kasnon dan anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,655 pemilih berdaftar, manakala Kuala Kangsar merekodkan 32,949 pengundi.

Pengundian akan diadakan serentak pada 18 Jun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers