Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 24 July 2012

Pas Tidak Bersekongkol Dengan DAP, Tegas Nasrudin


Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Pas tidak pernah bersekongkol dengan DAP kerana ia adalah tahaluf siasi.

Menurut Nasrudin, hal ini kerana Pas sedar dengan hanya satu parti tidak boleh menang di negara ini.

“Pas perlu akui realiti, tidak menang dengan satu parti. Kerjasama dengan DAP, salah satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) adalah dalam konteks politik,” katabeliau pada Debat Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pas tidak menggadai prinsip perjuangan parti dengan negara berkebajikan kerana ia tidak bertentangan dengan Islam.

“Ada pihak mengatakan Pas kononnya mengadai prinsip perjuangan dengan mengatakan negara berkebajikan tidak kena dan tidak betul, sedangkan ia tidak bertentangan dan sangat bertepatan dengan Islam,” katanya.

p/s : aik! lain plak bunyi citer Pas nie... tak bersekongkol kata puak Pas nie la tapi kalo undi DAP masuk syurga... kalo undi UMNO masuk neraka... hanya kerana terdesak untuk meraih undi dengan pintu PRU13 yang semakin hampir... Pas sanggup membuat apa saja hatta sehingga menggadaikan agama Islam demi kepentingan politik....

sebelum bersekongkol dengan PKR dan DAP puak-puak Pas mahu menegakkan "NEGARA ISLAM" konon... tapi bila dah bersekongkol, terus tukar kepada "NEGARA BERKEBAJIKAN"... mana perjuangan mendirikan NEGARA ISLAM sebelum ini... mana istiqamah dalam perjuangan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers