Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Hudud. Show all posts
Showing posts with label Hudud. Show all posts

Monday, 16 June 2014

Antara Soalan Hudud Atau Usul Hudud, Kerajaan Selangor Keliru Atau Buat-buat Keliru??? #dunselangor


Satu persoalan yang menarik jika kita mahu kupas dan tanyakan kepada kerajaan negeri Selangor. Adakah kerajaan negeri Selangor yang diwakili ADUN dari Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan Pas faham perbezaan antara keduanya. Kekeliruan ini timbul apabila yang dikatakan sebagai "SOALAN" atau "PERTANYAAN" kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dianggap "USUL" yang cuba di bawa oleh Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Samsudin Lias yang mewakili ADUN BN "menarik balik" "SOALAN" atau "PERTANYAAN" berkaitan perlaksanaan hukum HUDUD di Selangor. 

Maka bergempak-gempitalah pencacai dan penyokong PR terutama melalui blog dan portal milik Pakatan Rakyat seperti Harakahdaily dan Malaysiakini menuduh wakil pembangkang dari BN terpaksa menarik balik "USUL" berkaitan perlaksanaan hukum HUDUD kerana kononnya menerima desakan dan tekanan dari parti komponen dalam BN yang bukan beragama Islam. Nampaknya mereka tidak faham atau buat-buat tidak faham tentang perkara yang berlaku sebenarnya beza antara membawa "SOALAN' atau "PERTANYAAN" dengan istilah membawa "USUL". Penjelasan yang boleh dikatakan agak jelas dan "clear" mengenai hal ini telah dikupas oleh Sangkakalajari9 dalam tulisannya seperti kenyataan di bawah :

Sepertimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Samsudin Lias yang mengatakan bahawa ianya boleh dibuat dalam soalan atau dalam sesi perbahasan dewan dan dengan itu ternyata bahawa apa yang disebut sebagai USUL itu sebenarnya lebih kepada soalan.
"Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutuan".
Itu namanya persoalan bukannya USUL dan kalau usul ianya akan berbunyi begini,

"Bahawa Dewan Yang Mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor untuk melaksanakan kajian tentang hukum hudud seperti mana yang akan dibawa oleh kerajaan Kelantan ke Dewan Parlimen selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu islam sebagai agama Persekutuan".
Dan jika seperti itu barulah boleh dikatakan usul, takkan itu pun tak boleh faham, maksud perkataan dan ayat yang dikeluarkan dan jelas dalam apa yang dikatakan USUL oleh macai PR termasuklah Menteri Besar Selangor yang tak berapa cerdik ada menyebut 'mengkaji KEBARANGKALIAN diulangi KEBARANGKALIAN atau dalam maksud lainnya KEMUNGKINAN pelaksanaan hukum hudud di Selangor.

Wednesday, 16 October 2013

[Video]: Kenapa Hudud Tidak Sesuai Dilaksanakan!!!





Syaikhona Syaikh Ali Goma'ah - Penjelasan mengapa di Zaman ini tidak dapat Laksanakan Hudud
(dan sedikit sedutan wawancara bersama Syaikh Yusuf Al-Qordhowi)

Lihat video di atas bagaimana di Mesir juga rakyat menuduh Hosni Mubarak dan pihak kerajaan ketika itu dengan menolak ISLAM atas alasan tidak melaksanakan Hudud. Siap bagi amaran kepada pihak Masyaikh Al-Azhar As-Syarif supaya bertanggungjawab di hadapan ALLOH akhirat kelak.Lalu Syaikh Ali Goma'ah menerangkan dengan penuh Ilmiah.

Dan anda perlu tahu bahawa Syaikh Ali Goma'ah dan pihak Masyaikh Al-Azhar dan Darul Ifta' Mesir sudah biasa di tuduh "Syaiton Bisu" "Mufti Mubarok" Al-Fadhihatul Munafiq" dan pelbagai lagi gelaran dan cemuhan yang di lempar terhadap para Masyaikh terutama Sayyidina Syaikh DR Ali Goma'ah apabila fatwa, penerangan dan pendapat yg di berikan tidak bertepatan dengan Nafsu puak-puak mereka. Suasana nya sama sahaja di Malaysia. ALLOHuakbar!!!!

Anda Tidak percaya???????!!!! Taip sahaja : " فضحة المنافق علي جمعة" di Youtube . mesti anda akan lihat puak-puak pelampau ini mengUplod video2 Jahat seperti ini :

Tuesday, 30 April 2013

PAS Ditolak Bukan Kerana Hudud – Ustaz Kazim Elias


Pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias menyatakan penolakkan umat Islam terhadap perjuangan parti PAS bukanlah disebabkan isu hudud yang sering dimainkan oleh mereka, sebaliknya kerana mereka bersekongkol dengan puak-puak komunis serta liberalisme dalam mencapai hajat memegang tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang.

PAS yang merupakan salah satu parti komponen dalam barisan pembangkang dilihat lebih minoriti dan sekadar mengikut sahaja telunjuk daripada parti-parti lain sehinggakan isu agama sering dijadikan modal oleh mereka untuk menawan hati pengundi-pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.

“Orang menolak kamu (PAS) bukan kerana masalah hudud, orang menolak kamu sebab kamu bersekongkol dengan puak-puak komunis dan puak-puak liberalisme,” katanya ketika Forum Isu-Isu Islam dan Umat Islam Menjelang PRU13.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa PAS hanya berani memainkan isu hudud apabila menjelang musim pilihan raya demi kepentingan politik semata-mata.

“Saya merupakan penceramah yang paling konsisten apabila bercakap tentang hukum hudud sejak 23 tahun lalu.

“Hudud akan berkumandang pada tiap-tiap musim pilihan raya di mana hanya untuk memancing orang Islam dan orang Melayu untuk mengundi mereka.

Friday, 1 March 2013

PR Berjaya Gugurkan Hudud Yang Diperjuangkan Pas Selama Ini Dalam Manisfesto PRU13??? @KhalidSamad @anwaribrahim @rafiziramli @limkitsiang @cmlimguaneng @tonypua @n_izzah @azminali


Manifesto: Hudud Gugur, Perjuangan PAS Sudah Tidak Bernilai

Manifesto PR bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' telah pun dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari 2013 yang lepas sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-4 yang dilangsungkan di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Manifesto itu dirangka bersandarkan empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat mendapat pengesahan dan perakuan rasmi ketiga-ketiga pemimpin utama PR dari DAP, PKR dan PAS.

Satu perkara menarik, kandungan manifesto itu langsung tidak menyentuh sebarang komitmen PR untuk merintis perlaksanaan hukum Hudud sekiranya berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat. Dari muka surat satu hingga akhir walau sepatah ayat pun mengenai perlaksanaan hukum hudud tidak kelihatan.

Keadaan ini menunjukkan PR langsung tidak berhajat untuk melaksanakannya sekalipun umum mengetahui janji perlaksanaan hukum hudud amat sinonim dengan PAS sejak hampir tiga dekad lalu.

Ia mengejutkan ramai pemerhati politik kerana dengan gugurnya isu perlaksanaan hudud dari Manifesto PR membawa maksud akar kekuatan PAS telah dicabut keluar, meletakkan parti yang sekian lama memperalatkan Islam sebagai jenama parti itu semakin tergadai prinsip juangnya.

PAS kelihatan seperti ketiadaan pengaruh dan tidak berkemampuan mendesak agendanya dijadikan prioriti dalam Manifesto PR, dengan ini meletakkan perjuangan PAS dalam isu perlaksanaan hudud sudah tidak bernilai kerana dianggap tidak membawa sebarang manfaat kepada PR.

Akibatnya sebahagian besar ahli dan penyokong PAS hanya mampu terkebil-kebil dan mati kutu dibuatnya kerana ia jelas mengulangi kegagalan PAS sebelum ini dalam isu pengguguran Negara Islam dari kamus perjuangan PAS untuk digantikan dengan Negara Berkebajikan.


Dari satu sudut pengguguran isu hudud ini boleh dianggap satu kejayaan besar bagi Anwar Ibrahim kerana Ketua Umum PKR itu pernah berjanji dan memberi jaminan kepada sekumpulan pemimpin masyarakat Cina pro DAP dan PKR di Subang Jaya, Selangor bahawa hudud tidak akan mendapat tempat dalam PR.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






Monday, 5 November 2012

Ustaz Fathul Bari : 'Soi Lek Persoal Hudud Versi Pas'...


SHAH ALAM – Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini yang mengecam pelaksanaan hudud adalah berdasarkan kajian dan analisis ke atas enakmen hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan dan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sebagai bukan Islam, rujukan Soi Lek adalah berbeza kerana beliau merujuk kepada ekonomi, keamanan dan pendapatan negara jika hudud dilaksanakan.

Menurutnya, oleh sebab maklumat yang tidak tepat itu, Soi Lek sering mengeluarkan kenyataan yang keras mengenai hudud.

Menurutnya, atas inisiatif sendiri, Ilmu mengadakan pertemuan dengan Soi Lek dan beberapa pemimpin MCA lain bagi menerangkan isu ini.

“Beliau (Soi Lek) faham dan menghormati bahawa hudud adalah undang-undang Islam dan seluruh umat Islam patut menerima hudud. Beliau juga faham Islam adalah agama Persekutuan.

“Apa yang beliau tentang adalah hudud versi Pas yang dilihat berat sebelah, beliau risau berlaku diskriminasi contohnya jika berlaku kecurian. Pencurinya seorang Islam dan bukan Islam. Jika cukup bukti, seorang dipotong tangan dan seorang lagi tidak, ini memberi implikasi besar kepada rakyat dan negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya sama ada Soi Lek menerima hudud dilaksanakan ke atas semua rakyat, Fathul menjelaskan Soi Lek mendukung prinsip demokrasi.

“Jika majoriti rakyat mahukan hudud untuk semua, maka beliau terima, jika majoriti mahu hudud versi Pas juga beliau terima, negara kita negara demokrasi,” katanya.

Sunday, 7 October 2012

HUDUD Pecah Belahkan Pakatan Rakyat!!!!


Perjuangan PAS dengan membawa hukum HUDUD satu ketika dahulu kini , terpaksa ditentang habis-habisan oleh rakan sekutunya iaitu DAP dan PKR.

Penolakan KERAS yang dibuat oleh Presiden DAP terhadap apa yang diperjuangkan oleh PAS selama ini jelas menunjukan bahawa PAS memperjuangankan sesuatu yang masih belum pasti akan dilaksanakan walaupun dari golongan mereka memerintah Negara ini.

Apa yang lebih menyedihkan adalah Perjuangan yang berlandaskan Agama Islam PAS , kini dilihat semakin berjaya mempengaruhi orang-orang Melayu untuk menyertai perjuangan yang boleh dianggap sebagai perjuangan yang KOSONG, perjuangan yang tidak mempunyai apa-apa ketetapan yang berdiri diatas satu landasan yang tetap.

JAngan pandai bercakap , jika tahu setiap manusia ini adalah hina disisi Allah . Tetapi kenapa PAS perlu mnghina orang lain yang seagama dan sebangsa denganya. Adakah Kalmiah Syahadah yang dilafazkan ada kelainanya? Adakah pembacaan Surah Al-Fatihah berlainan baris dan bunyinye, sehingga sanggup mengkafirkan orang lain secara terbuka. DIMANAKAH LETAKNYA ISLAM PAS????

HUKUM HUDUD , adalah HUKUM ALLAH yang tiada siapa boleh mengubahnya. Juga membawa maksud tiada siapa yang boleh mempolitikanya. Tetapi PAS ? dengan selamba tanpa ada rasa segan dan silu kepada Allah S.W.T jauh sekali berasa malu terhadap anak bangsa sendiri yang seagama denganya , mempermainkan hukum Allah tersebut. Dalam hal ini siapa yang lebih hina.

Tuesday, 15 May 2012

Pas Akan Ulang Tayang Isu Hudud Bila Sokongan Akar Umbi Pas Makin Menurun... Taktik Kotor...


Itulah yang terjadi dalam pakatan pembangkang bila PAS mula memainkan isu HUDUD. Isu Hudud akan diulang tayang sekirang sokongan akar umbi menurun.

PAS takut kehilangan sokongan akar umbinya (sama ahli atau penyokong parti di luar bandar) yang masih mengharap PAS kekal dengan perjuangan asal mereka untuk menegakkan negara Islam dan Hudud. 

Bagi penyokong di bandar yang liberal, mereka tak kisah pun pasal Hudud dan Negara Islam, mereka hanya mahukan kuasa dengan menjatuhkan UMNO. Sebab itulah tarbiyah PAS gagal di bandar. 

Ahli dan penyokong PAS di bandar lebih gemar menghadiri ceramah politik daripada ceramah agama. Kerana di ceramah politik ada pemimpin yang menjadi idola mereka iaitu Anwar Ibrahim. Dan golongan inilah yang mengangkat Mat Sabu yang bukan Ulama sebagai Timbalan Presiden PAS.

Kesimpulannya, inilah wayang / drama yang sering dimainkan oleh pembangkang bila sokongan terhadap mereka berkurangan. 

Penamat episod ini adalah Anwar Ibrahim akan mendamaikan kedua-dua kabilah yang berperang dalam pembangkang dan muncul sebagai hero..............wa ka ka ka .....ka ka ka ka....

Wednesday, 28 March 2012

Tazkirah : Beza Hudud Dan Ta'zir...


Assalamualaikum buat seluruh sahabat gua sekalian. Apa yang korang semua tahu tentang HUDUD?? Apa itu TA'ZIR?? Apa kaitannya diantara 2 perkataan ini? Sehingga mana anda tahu tentangnya? Dari media massa?, media cetak? Dari pandangan orang lain bercakap? Betul ke tidak. Oleh itu, tazkirah untuk kita renungkan serta huraian secara ringkas bagi renungan kita bersama.
---------------------------

APA ITU HUDUD DAN TA'ZIR? (secara ringkas)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, 2 January 2012

Hudud Pas Dipertikai????...

Wan Ismail Wan Ahmad menunjukkan keratan manifesto Pas pada
Pilihan Raya Umum  1986 mengenai hukum hudud yang akan dilaksanakan
seluruh negeri untuk semua kaum

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, hari ini tampil menjelaskan bahawa hukum hudud yang diperjuangkan Pas tidak lagi berlandaskan al-Quran dan hadis.

Beliau mendakwa, ia telah dipinda pada 1993 susulan daripada kerjasama antara Pas, Semangat 46 (S46), DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Pilihan Raya Umum 1990.

Dakwa beliau, pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam yang turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam.

Wan Ismail yang pernah ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata, tafsiran hukum hudud itu bagaimanapun telah dipinda oleh Nik Abdul Aziz pada 25 November 1993 semasa beliau menyandang jawatan Menteri Besar Kelantan.

Friday, 23 December 2011

Hudud : Bukan Hanya Itu Hukum Jenayah Islam...




HUKUM JENAYAH ISLAM
 
 1.     Pengertian Jenayah.
        Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu  perkara yang disuruh olehNya.

 2.   Falsafah Jenayah.
Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.
  

HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

 Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada ;

(a)  Hukum Hudud
(b)  Hukum Qisas
(c)  Hukum Ta’zir

 A.  HUKUM HUDUD

 1.      Pengertian Hudud;
(a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 
 Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”

2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya

(a) Zina;
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

(b) Qazaf (menuduh zina);
      Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
      Hukuman : sebat 80 kali

(c) Minum arak;
      Meminum minuman yang memabukkan  dan  boleh menghilangkan kewarasan akal.
      Hukuman : sebat 40 kali

(d) Mencuri;
      Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
      Hukuman : potong tangan


(e) Merompak;
      Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan 
      ancaman.
      Hukuman :
      sekiranya membunuh hendaklah dibunuh

sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.


sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);
     Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
     Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
            
# Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang.
  

Friday, 9 December 2011

Hudud : Pas Tidak Akan Masukkan Hudud Dalam Manifesto PR Pada PRU-13!!!!....


Sah! Pas tidak akan memasukkan perlaksanaan hukum hudud dalam Manifesto pakatan pembangkang pada PRU 13 yang akan datang.

Presiden Pas, Hadi Awang berkata "Perlaksanaan hukum hudud tidak perlu diterjemahkan secara terperinci, cukup sekadar secara umum kerana yang penting ialah konsep mencegah kemungkaran berlandaskan undang-undang syariah yang adil".

Aik!!! 'cukup sekadar konsep' jer... Boleh ker hukum hakam Islam macam nie... Apa yang kerajaan buat sekarang bukan bercirikan Islam ker... Hukuman bunuh kepada pembunuh, itu Qisas... Bukan hukum Islam ka???... Sistem 'Munakahat' dan 'Muammalat' sekarang bukan ikut Islam ka... Bukan ka ada 'alim ulama' sebagai 'Panel Penasihat'...

Wednesday, 7 December 2011

Hudud : Halamak!!! MCA Cabar Lim Guan Eng Berdebat Isu Hudud????...


MCA mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk berdebat mengenai isu hudud dan disiarkan di televisyen. Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata, sudah beberapa kali pihaknya menjemput Guan Eng untuk berdebat tetapi ditolak. 

"Lim Guan Eng seharusnya berani untuk berdepan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam debat televisyen dan tidak memberi alasan untuk elak cabaran ini.”

“Jika tidak, ia akan merendahkan statusnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan media hari ini. Beliau berkata, sebelum ini MCA beberapa jemputan untuk berdebat mengenai isu semasa, bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan itu mengelak dan lebih gemar 'cakap besar' di pentas ceramah DAP di Pulau Pinang dengan mengkritik serta menjatuhkan MCA. 

Sebelum ini, Naib Presiden MCA Senator Gan Ping Sieu mencabar Guan Eng secara terbuka untuk berdebat mengenai isu hudud. Bagaimanapun, Guan Eng membalas cabaran itu dengan berkata "Please lah!" dan tidak memberi sebarang sebab kenapa dia menolak. 

Wednesday, 2 November 2011

Hudud : Antara Dalil Nurul Izzah vs Ustaz Kazim Elias



HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim) PANDANGAN ULAMA TAFSIR

Hukuman ke atas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman ke atas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman ke atas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku ke atas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman ke atas penzina-penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana  sabda Nabi Muhammad  SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan  perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada  perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.

2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

PERBAHASAN

Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;

1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?

Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

Friday, 14 October 2011

Bila Artis Memberi Pandangan Peribadi Berkaitan Hudud????

Situasi:
Bila artis diagung-agungkan... 
Pendapat ulamak dipinggirkan...
Maka, tentang HUDUD ni pon tanya kat artis...
Adoyaiiiiiiii... Mana ada hukum Sula dalam HUDUD la ENOT oi... 
Kalau nak laksanakan hukum hudud banyak perkara yang perlu diberikan pertimbangan dan penilaiannya. Kita kena lihat keberkesanan hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, mungkin di negara Arab ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dulu lagi. Tetapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai tak dapat terima. Bagaimanapun hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini. -heliza helmi

Komen Ustaz Azhar Idrus: Bakpe dok tanye kuba jah? 
(bila ditranslate bahasa KL: kenapa tak tanya kerbau jer?)
muaakkakakaaa... lawak sungguh ustaz! heheheee...

Yang tukang tanya pon pasaaaaaaal la vangang sangat... Ada ker tanya isu HUDUD ni kat artis?! Tak faham btol aku... Jangan kata nak jawab isu berat lagi hangat di pasaran... isu AURAT pooooon dah tak lepas.

Inilah kes, orang jahil berlagak bijak. Takder ilmu, duk diam... baik lagi kalau gi belajar...
Jangan wak terlebih bijak... Jangan kerana lidah tak bertulang, Akidah kau gadaikan!!!
kuliah malam tadi kat Masjid Al-Khairiyah, ustaz (lupa nama) kata:
kita baca Quran, tapi kita tak nak ikut apa yang tertulis dalam Al-Quran...
Siapa kita nak menidakkan HUKUM Allah???
Malas la nak cakap banyak... kita pun ilmu sejengkal jugak. tapi peringatan buat semua...
'Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan nak diduga...'  eh btol kan penggunaan peribahasa ni? kang aku plak divangangkan ni! heheheheeee...

Sumber : KakikuSukaBerjalan


Kulaan : ini pandangan orang muda yang Kulaan terjumpa semasa melayari alam siber mencari bahan dan fakta berkaitan isu Hudud ni. Kepada artis-artis di luar sana pesan Kulaan agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan kerana ditakuti kelak makan diri macam cerita Wardina dengan isu yuran persekolahan dan PIBG.

Wednesday, 28 September 2011

Isu Hudud : Tidak Lebih Sekadar Retorik Politik


Sebarang percakapan mengenai hasrat melaksanakan hukum hudud di negara ini tidak lebih omong kosong dan retorik politik semata-mata. Kulaan pada dasarnya menyokong sebarang usaha melaksanakan undang-undang Syariah di negara ini termasuk hudud dan qisas kerana ia hukum Allah, namun perlu dilihat dalam konteks semasa dan realiti.

Dalam konteks perundangan semasa, usaha mana-mana kerajaan negeri termasuk Kelantan melaksanakan hukum hudud di negara ini adalah mustahil selagi Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 tidak dipinda.



Realitinya ia mustahil dilaksanakan, kecuali akta itu dipinda dengan memasukkan peruntukan membenarkan kerajaan negeri melaksanakan undang-undang Hudud.

Beberapa hari lalu, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz bertegas untuk melaksanakan hudud di Kelantan walaupun ada pihak mendakwa negeri itu dalam suasana tidak konduksif bagi melaksanakan perundangan berkenaan.

Malahan, tindakan Mursyidul Am Pas itu dibatah Pengerusi DAP, Karpal Singh dan juga barisan kepimpinan tinggi DAP itu. Alasan DAP, ia tidak pragmatik, bercanggah dengan dasar pakatan pembangkang serta menimbulkan ketakutan dalam masyarakat bukan Islam, selain membelakangi keputusan Muktamar Pas Ke-57, Jun lalu.


Dalam Harakah pula dimanupulasi dengan begitu teruk kononnya MCA dan Gerakan mengugut ingin keluar daripada Barisan Nasional jika Umno juga menyokong Pas dalam melaksanakan Hudud. Konon seolah-olah kaum lain selain Islam dan Melayu dalam Malaysia ini tidak mahu dan menentang hudud.

Pada firasat dan pandangan peribadi Kulaan, hukum hudud digunapakai hanya kepada orang yang beragama Islam dalam Malaysia tidak kiralah beliau berbangsa apa sama ada Melayu, Cina, India atau apa bangsa sekali pun asalkan agamanya adalah Islam. Kaum lain yang menganut agama selain Islam adalah tidak tertakluk dengan hukum hudud ini.

Dalam al-Quran ada disebutkan beberapa jenis hukuman terhadap jenayah-jenayah tertentu; jenayah curi (Surah al-Maidah : 38), jenayah hirabah (Surah al-Maidah : 33), jenayah zina (Surah an-Nur : 3), dan qazf (Surah an-Nur : 4). Dalam hadis pula disebut hukuman sebat bagi peminum arak, buang daerah bagi penzina dan rejam bagi penzina muhsan, juga bunuh bagi yang murtad. Hukuman ini secara umumnya dikatogeri sebagai hudud. Jika ia hudud bererti ia tidak boleh dipinda atau ditukat ganti. Jika ia ta'zir bererti ia terdedah kepada perubahan dan penilaian semula pihak pemerintah.

Monday, 26 September 2011

Hukum Hudud : Kenyataan Nik Aziz....



Kenyataan Nik Aziz baru-baru ini yang menarik perhatian pelbagai pihak termasuk media massa, media cetak dan media baru. Tindakan Murshidul Am Pas ini Kulaan lihat tidak lebih daripada cubaan untuk mengalihkan pandangan masyarakat Malaysia daripada isu moral yang menghimpit pemimpin pembangkang lain terutama isu video klip Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang baru-baru ini keluar pula video terkini berkenaan video seks beliau. Kenyataan Nik Aziz ini mengundang kemarahan pemimpin dalam Pakatan Rakyat terutama pemimpin DAP yang sememang daripada asal penubuhan parti itu adalah menentang penubuhan negara Islam dan perkenalan Hukum Hudud.


Perlaksanaan hukum hudud yang disuarakan oleh Nik Aziz mendapat tentangan hebat daripada kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat sendiri terutama DAP yang secara terang-terang tidak dapat menerima idea tersebut. 


Bab 3 : Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara: 

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari) 

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179) 

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud: 

"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud) 

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud: 

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers