Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 28 September 2011

Isu Hudud : Tidak Lebih Sekadar Retorik Politik


Sebarang percakapan mengenai hasrat melaksanakan hukum hudud di negara ini tidak lebih omong kosong dan retorik politik semata-mata. Kulaan pada dasarnya menyokong sebarang usaha melaksanakan undang-undang Syariah di negara ini termasuk hudud dan qisas kerana ia hukum Allah, namun perlu dilihat dalam konteks semasa dan realiti.

Dalam konteks perundangan semasa, usaha mana-mana kerajaan negeri termasuk Kelantan melaksanakan hukum hudud di negara ini adalah mustahil selagi Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 tidak dipinda.



Realitinya ia mustahil dilaksanakan, kecuali akta itu dipinda dengan memasukkan peruntukan membenarkan kerajaan negeri melaksanakan undang-undang Hudud.

Beberapa hari lalu, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz bertegas untuk melaksanakan hudud di Kelantan walaupun ada pihak mendakwa negeri itu dalam suasana tidak konduksif bagi melaksanakan perundangan berkenaan.

Malahan, tindakan Mursyidul Am Pas itu dibatah Pengerusi DAP, Karpal Singh dan juga barisan kepimpinan tinggi DAP itu. Alasan DAP, ia tidak pragmatik, bercanggah dengan dasar pakatan pembangkang serta menimbulkan ketakutan dalam masyarakat bukan Islam, selain membelakangi keputusan Muktamar Pas Ke-57, Jun lalu.


Dalam Harakah pula dimanupulasi dengan begitu teruk kononnya MCA dan Gerakan mengugut ingin keluar daripada Barisan Nasional jika Umno juga menyokong Pas dalam melaksanakan Hudud. Konon seolah-olah kaum lain selain Islam dan Melayu dalam Malaysia ini tidak mahu dan menentang hudud.

Pada firasat dan pandangan peribadi Kulaan, hukum hudud digunapakai hanya kepada orang yang beragama Islam dalam Malaysia tidak kiralah beliau berbangsa apa sama ada Melayu, Cina, India atau apa bangsa sekali pun asalkan agamanya adalah Islam. Kaum lain yang menganut agama selain Islam adalah tidak tertakluk dengan hukum hudud ini.

Dalam al-Quran ada disebutkan beberapa jenis hukuman terhadap jenayah-jenayah tertentu; jenayah curi (Surah al-Maidah : 38), jenayah hirabah (Surah al-Maidah : 33), jenayah zina (Surah an-Nur : 3), dan qazf (Surah an-Nur : 4). Dalam hadis pula disebut hukuman sebat bagi peminum arak, buang daerah bagi penzina dan rejam bagi penzina muhsan, juga bunuh bagi yang murtad. Hukuman ini secara umumnya dikatogeri sebagai hudud. Jika ia hudud bererti ia tidak boleh dipinda atau ditukat ganti. Jika ia ta'zir bererti ia terdedah kepada perubahan dan penilaian semula pihak pemerintah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers