Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 27 September 2011

Teater, Belia, Remaja Dan Sistem.

Teater Juta-juta

Jumaat malam Kulaan sempat menonton teater berjudul 'Teater Juta-juta' yang dipentaskan di Stor Teater DBP. Teater yang skripnya ditulis dan diarahkan oleh pengarah muda Fasyali Fadzly bin Saipul Bahri yang diterbitkan oleh Mask Team. Teater ini cuma dilakonkan oleh tiga pelakon teater muda, Aloy Paradoks, Fazleena Hishamuddin dan Anas Ridzuan.

Sinopsis penceritaan yang ringkas tetapi padat dengan idea, pandangan dan kritik jiwa muda belia tentang realiti kehidupan. Cerita yang ringkas mengenai 3 orang graduan muda IPT tempatan dalam bidang teater yang gagal mementaskan idea, kertas konsep dan konsep mereka di sebuah panggong tersohor kerana sistem yang gagal. Walaupun teater tersebut adalah sesuatu yang baru dan berbentuk expremental, namun kerana kerenah birokrasi dan mentaliti pentadbir atasan yang masih berfikir ditakuk yang lama dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru, maka idea teater tersebut dipandang sinis oleh pentadbir atasan dan golongan konglomerat.

Memandangkan Kulaan ni bukan la teror sangat jiwa seninya menyebabkan sedikit kepeningan memahami plot dan jalan ceritanya, tetapi Kulaan dapat menangkap sedikit sebanyak aspirasi yang ingin disampaikan oleh pelakon. Walaupun teater ini boleh ditafsirkan dengan 1001 maksud namun pada pandangan Kulaan, ia juga boleh dihubungkait dengan dunia politik, bahkan dunia blog dan blogger juga. Memang sudah menjadi sistem, nama-nama besar akan diangkat dan diagung-agungkan walaupun ideanya tidaklah sehebat mana. Walaupun nukilan tinta sekadar lebih banyak merapu dan tidak tersusun, bahkan sehingga taraf sampah tapi kerana sudah menempa nama sebagai antara yang tersohor kononnya, maka nukilan itu diangkat sebagai rujukan dan bandingan.

Samalah seperti yang cuba disampaikan dalam Teater Juta-juta, kerana kegagalan sistem maka "yang kaca dikatakan intan permata, sedangkan intan berlian dianggap sebagai sebutir pasir tanpa nilai". Fikir-fikirkanlah... Lu pikir la sendiri...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers