Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 28 February 2012

Puaka Niring : Misteri Dompet Yang Hilang 35 Tahun Lalu Ditemui Semula...


Seorang bekas tentera laut terkejut selepas mendapat semula dompetnya yang tercicir ketika menyambung paip di atas loteng sebuah rumah di Spring Hill, di sini, kira-kira 35 tahun lalu.

Gean Brown Jr memperoleh dompet berkenaan selepas pemilik baru rumah berkenaan, Shawn Wyckoff memulangkan kepadanya, minggu lalu.

“Dompet saya hilang ketika saya melakukan kerja-kerja pemasangan paip di atas loteng rumah berkenaan."

“Selepas berusaha mencarinya, akhirnya saya mengalah dan membiarkan sahaja."


Dompet yang dipulangkan kepada Brown itu masih elok malah gambarnya ketika berkhidmat sebagai tentera laut dan sekeping gambar kekasihnya ketika itu, yang kini menjadi isterinya, masih berada dalam keadaan baik.

“Saya tidak pernah terfikir akan menemui semula dompet ini kecuali rumah berkenaan roboh akibat puting beliung."

“Ia amat mengejutkan kerana pemilik rumah berkenaan tidak membuangnya sebaliknya memulangkan semula kepada saya. Dia memang seorang yang baik hati,” katanya yang turut menjemput Wyckoff dan isteri makan malam di rumahnya sebagai membalas jasa baik mereka itu.

Dalam pada itu, Wyckoff berkata, dia menemui dompet berkenaan ketika membetulkan antena televisyennya di loteng tersebut.

“Walaupun tiada nombor telefon ditemui dalam dompet itu, saya telah mengesan Brown melalui internet dan kemudiannya mendapati dia hanya tinggal beberapa batu sahaja daripada rumah saya."

2 comments:

  1. Salam Sahabat Seperjuangan,
    Mohon link ke blog kami
    http://selangor13.blogspot.com
    Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.. mohon share ye.. sy creditkan.. tq.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers