Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 2 March 2012

Dato Ahmad Basha Pilih Ahli Pas Seumur Hidup Jaga Unit Siber Kedah Beroperasi Dari KL Dengan Harga RM24K Sebulan???... @NajibRazak @Mukhrizmahathir


Terkejut gak Kulaan bila dok terbaca beberapa artikel daripada blog pro UMNO yang dok hangat bincang pasai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah nie Klik Sini Klik Sini Klik Sini. Kulaan sebelum nie pernah habaq bahawa desas-desus di bawa angin seorang "ahli Pas seumur hidup" bakai diberi kepercayaan menjaga dan menguruskan segala yang berkaitan dengan media sosial terutama dunia blogosfera di Kedah Klik Sini tapi ialah siapa la Kulaan hanya sekadaq blogger nyamuk seperti yang diungkapkan oleh pemimpin UMNO Kedah.

Apa yang diramalkan oleh sesetengah pihak dalam dunia blogosfera kini menjadi kenyataan bila mana "ahli Pas seumur hidup" akhirnya diberi kepercayaan dan kuasa menjaga dunia blogesfera Kedah dengan bayaran RM24K sebulan dan hanya beroperasi daripada KL saja.

Wow! dahsyat sungguh kungfu "ahli Pas seumur hidup" nie... boleh beroperasi dari jarak hampir 500 km daripada lokasi walaupun Kulaan faham bahawa dunia siber ini tiada sempadan dan boleh beroperasi di mana jua. Cuma yang menjadi persoalan kepada Kulaan bagaimana "ahli Pas seumur hidup" boleh memperolehi bahan "first handed raw material" berkaitan sesuatu isu atau berita yang boleh dijadikan senjata penulisan jika berada di lokasi yang jauh.


Mungkin ada sesetengah orang akan mengatakan bahawa "ahli Pas seumur hidup" boleh menghantaq orang bawahan untuk mencari bahan berita tapi alangkah mudahnya hidup "ahli Pas seumur hidup" nie bila orang lain bersusah payah mencari bahan, dia pula senang lenang di KL dengan pendapatan RM24K sebulan yang entah berapa sen dia bagi kat orang bawahan.

Manakala pemimpin UMNO Kedah seperti Dato Bashah nie macam mana boleh terpengaruh dengan kata-kata dan janji-janji manis "ahli Pas seumur hidup" sampai nampak seperti 'lembu NFC dicucuk hidung' ikut sahaja kata dan rentak "ahli Pas seumur hidup" nie tanpa boleh berpikiaq panjang.

Kulaan amat berharap PM kita DS Najib tolong tengok-tengokkan depa nie. jangan dok lepaih tangan sangat dok percaya habih kat depa nie takut nanti PRU13 'telan ayaq liuq ja'.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers