Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 1 March 2012

Blogger NFC : Lembu Punya Susu Tapi Sapi Dapat Nama... @NajibRazak @ShahrizatJalil


Kulaan sempat menjengah ke blog otai APA aku-tak-peduli.blogspot.com saja ingin melihat apa pandangan beliau mengenai isu semasa hari ini.

Kulaan tertarik dengan artikel "aku stand down demi kebaikan UMNO/BN". Bukan isu bro APA ni bagi kata dua kat blogger tersohor 'numuro uno' so-called pro BN hanya bertaraf SPM and the gang yang juga setaraf dengannya yang digelar sebagai 'tentera upahan' a.k.a 'The Mercenaries' yang mencari makan dengan "mengepau" bapak dan mak menteri.

Tapi di hujung artikel menceritakan nasib geng 'The Mercenaries" yang turut sama membantu berjuang bersama mempertahankan mak menteri mengenai isu lembu NFC tetapi hidup masih tidak sesenang ketua 'tentera upahan' dan gengnya. Sungguh sedih hati Kulaan seperti melihat siri TV3 "Bersamamu" pulak bila kisah kesusahan beliau dalam mengharungi dunia blogosfera tidak sama seperti orang lain yang punya peralatan perang yang canggih dan terkini, sedangkan beliau hanya memilik senjata api AK47 model 70an.


Ini antara petikan artikel bro APA Kulaan petik menceritakan betapa mak menteri boleh dikaburi dengan kata-kata dan janji manis ketua 'tentera upahan' sedangkan orang lain yang bersusah payah untuknya.

"Aku rasa cara blogger JAS SALLEH mempertahankan NFC hari ini lebih baik dan lebih berkesan walaupun dah agak terlewat jika hendak dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan Tentera Upahan selama ini dan sepatutnya Sharizat atau suaminya meminta pertolongan JAS SALLEH dari awal lagi untuk tugasan sepenting ini dari hanya mempercayai kata dan janji manis tentera yang berjuangan berlandaskan wang ringgit. Mungkin cara JAS SALLEH akan mendapat sokongan blogger bebas yang tidak terikat dengan mana mana kumpulan dan tidak mustahil jika aku pun turut serta membantu.

Hari ini di mana tentera elit ini bila isu NFC dan Sharizat seakan tiba di penghujungnya dan bakal mencetuskan bau najis lembu yang amat busuk? Sekadar menghantar JAS SALLEH kehadapan dan aku tak pasti sama ada sahabat aku yang seorang ini tahu atau tidak yang dia bukannya dari kumpulan tentera elit ini walaupun mungkin dia merasakan demikian. Jika benar dia di dalam kumpulan ini masakan dia masih mengusung laptop usang tanpa battery zaman Tok Adam bila kami berjumpa minggu sudah? Masakan dia mengeluh akan keperitan dan kengkangan yang terpaksa dilaluinya berblog dengan biaya sendiri, bilamana ahli ahli tentera elit ini ke hulu hilir dengan berbagai gadget terbaru masakini."

Susah payah orang lain akhirnya pihak lain yang merasa kenikmatan dan kemanisannya sama seperti kata orang-orang tua "lembu punya susu, sapi yang dapat nama".

Apa pun Kulaan bersetuju dengan kenyataan bro APA dan Double Y.. "I got nothing to lose in this battle"... But we will lose the war if we were fighting and attacking among us but not the real enemies. We're not just losing the battlefield but give the enemies the opportunity to attack us right in our backyard. The question is who's the real 'trojan horse' in the family? The opposition or ourself so-called pro BN.

It's take 100 years to build a civilization but it's need only 1 day to tear it down... Sampir fir... Hurraaah!!!...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers