Bermula 14hb Julai 2012 hingga 15hb Julai 2012 telah berlangsung satu event peringkat antarabangsa di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor. World Jetrace Pangkor merupakan perlumbaan jetski yang peringkat antarabangsa yang dia diadakan di Malaysia.
Pulau Pangkor merupakan destinasi ke-III kejohanan ini yang sebelum ini telah diadakan di Langkawi untuk serkit pertama dan lokasi serkit ke-II telah diadakan di Hari Belia Negara baru-baru ini di Putrajaya.
Kejohanan ini yang berlangsung selama 2 hari bermula semalam dan berakhir hari ini dianjurkan di lokasi pantai Pulau Pangkor juga bersempena Tahun Melawat Perak 2012 telah menarik ribuan pengunjung dan pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke Pulau Pangkor.
Pengunjung dan pelancong yang hadir juga turut melahirkan kegembiraan dengan penganjuran pertandingan ini dan berharap is dapat diadakan setiap tahun dan dimasukkan dalam kelender promosi negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment