Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 17 August 2012

Pas Parti Yang Tidak Bermaruah….


SEJARAH politik negara telah membuktikan bahawa Pas adalah sebuah parti yang bersedia berkawan dengan sesiapa sahaja demi mencapai cita-cita memburu kuasa dengan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada tahun 1990, Pas bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (S46) dan kemudiannya menjalin hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan pada tahun 1999 berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO.

Pas sememangnya bijak mengambil kesempatan apabila berlaku konflik di dalam UMNO sehingga ia membolehkan mereka menawan Kelantan pada tahun 1990, Terengganu pada tahun 1999 dan memperkukuhkan kedudukan dalam Parlimen pada tahun 2008.

Bagaimanapun sebijak-bijak Pas, mereka masih gagal untuk mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan sendiri berkaitan hukum hudud dan pembentukan negara Islam.

Kelantangan dan keberanian pemimpin-pemimpin Pas menentang UMNO sehingga ada ketika mengkafirkan sesama Islam tidak ke mana apabila mereka berhadapan dengan DAP yang sejak dulu lagi sentiasa konsisten menentang usaha Pas dalam soal hukum hudud.

Pemimpin-pemimpin Pas seolah-olah ‘kecut perut’ apabila pemimpin-pemimpin DAP secara terbuka menyanggah sebarang kenyataan mereka untuk melaksanakan hukum hudud.

Sikap tidak konsisten Pas dalam memperjuangkan perkara berkenaan telah memberi keberanian kepada pemimpin-pemimpin DAP untuk memastikan apa yang diperjuangkan oleh Pas tidak akan tercapai.


Malahan perjuangan politik memburu kekuasaan Pas dengan menjadikan hukum hudud sebagai modal setiap kali pilihan raya semakin sukar apabila PKR lebih menyokong DAP berbanding Pas.

Mengulas perkara ini, penganalisis politik, Ahmad Masrizal Mohamad berkata, persekongkolan politik yang dilakukan dengan kedua-dua parti itu ternyata telah memakan diri Pas dan ia tidak sebagaimana persekongkolan dengan S46 dahulu.

Katanya, persekongkolan Pas kali ini betul-betul berpaksikan kepada politik sekularisasi yakni tagline yang sering dikenakan kepada UMNO suatu masa dahulu kerana berpakat dengan MCA, MIC dan Gerakan.

‘‘Persekongkolan kali ini ternyata memberi kesan yang amat berbeza dan paling ketara ialah terhakisnya maruah Pas.

‘‘Pas dibina atas dasar yang berbeza dengan UMNO iaitu menegakkan sebuah negara Islam, itulah maruah asal Pas, namun barangkali ini adalah kerana persekongkolan parti tersebut dengan parti yang aman jauh bezanya hala tuju mereka menyebabkan Pas seolah-olah hilang arah,’’ katanya ketika dihubungi.

Sememangnya soal maruah Pas sering sahaja diperkatakan apabila menyentuh sahaja hubungan parti itu dengan PKR dan DAP. Rakyat melihat bagaimana Pas bukan sahaja menjadi ‘pak turut’ tetapi juga ‘mangsa buli’ dalam pakatan pembangkang.

Didendangkan

Namun begitu, di peringkat akar umbi mereka masih lagi percaya bahawa Pas tetap akan memperjuangkan Islam dan melaksanakan hukum hudud kerana itulah ‘qasidah lama yang sering didendangkan’ oleh pemimpin mereka menjelang pilihan raya.

Di peringkat akar umbi di dalam Pas, mereka tetap menegaskan akan terus memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam biar pun ditentang oleh DAP.

‘‘ Dalam hal ini ternyata Pas tampak semakin kehilangan navigasi politik. Pas dilihat tercari-cari semula status dan maruahnya. Sekelompok dalam Pas mengatakan mereka akan tetapi berjuang untuk Islam, sekelompok lagi mengatakan bahawa keutamaan adalah menakluki Putrajaya mana kala sekelompok lagi hanya berdiam seribu bahasa.

‘‘Pas seolah-olah wujud dalam dua versi. Versi pertama, ialah versi Pas di kampung dan di kawasan majoriti Melayu seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu yakni Pas yang masih lagi bercakap soal menubuhkan negara Islam, hukum hudud dan membangun bersama Islam,’’ kata Ahmad Masrizal.

Beliau berkata, versi kedua pula Pas lebih selesa bercakap soal-soal yang bersifat kontemporari dan kesepakatan dengan DAP dan PKR.

‘‘Pas versi ini telah membuka mata banyak pihak bahawa Pas sebenarnya telah mengorbankan ketulenan hala tuju perjuangan parti mereka demi untuk memastikan Pas diterima melalui persekitaran politik,’’ katanya.

Tidak kiralah berapa pun versi yang ada dalam Pas tetapi apa yang pasti sejak berkawan dengan PKR dan DAP, parti itu yang ditubuhkan hasil cetusan fikiran 200 ulama kira-kira 61 tahun lalu kini penuh dengan kecelaruan.

Perjuangan hukum hudud dan negara Islam yang selama ini menjadi modal kepada Pas untuk menarik sokongan orang Melayu menyokong parti itu semakin pudar dan hanya kedengaran apabila pilihan raya.

Walaupun masih ada pemimpin-pemimpin Pas yang menaruh harapan agar perjuangan berkenaan diteruskan, soalnya mampu kepimpinan Pas di peringkat pusat di bawah kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneruskan agenda tersebut.

Penyokong dan ahli Pas perlu ingat bahawa pemimpin mereka tidak pernah konsisten dalam hal ini berbanding dengan penentangan secara konsisten oleh pemimpin-pemimpin DAP. Malahan pemimpin-pemimpin mereka juga tidak ada keberanian untuk menyanggah penentangan oleh pemimpin-pemimpin DAP. Sebab itulah perjuangan Islam Pas sejak dulu lagi tidak begitu berjaya kerana mereka dilihat tidak ikhlas atau bersungguh-sungguh untuk benar-benar menegakkan perjuangan berkenaan.

Berikutan itu juga ia telah memungkinkan DAP terus keras menentang sebarang hasrat Pas sehinggakan setiap kali pilihan raya sejak tahun 1990, Pas sentiasa ‘digertak’ agar melupakan perjuangan penubuhan negara Islam. Oleh kerana perjuangan Pas lebih berpaksi kepada usaha untuk menumbangkan BN dan bukannya benar-benar ingin menegakkan perjuangan Islam maka Pas dilihat beralah kepada PKR dan DAP.

Kesudahan dalam manifesto pembangkang dan terbaru Buku Jingga, soal penubuhan negara Islam dan hukum hudud bak kata orang ‘sepatah haram’ pun tidak boleh disebut dan ini sekali gus memaksa Pas mengubah dasar perjuangan daripada sebuah negara Islam kepada negara berkebajikan.

Kesudian Pas secara sukarela menggugurkan perjuangan negara Islam dan menerima Buku Jingga sebagai rujukan dalam memburu cita-cita politik bersama pembangkang telah menimbulkan keberanian kepada DAP untuk mengingatkan Pas supaya tidak memandai-mandai dalam apa juga tindakan mereka.

Ketegasan DAP ini juga seharusnya memberi peringatan kepada orang Melayu bagaimana besarnya pengaruh parti yang memperjuangkan Malaysian Malaysia itu ke atas pakatan pembangkang.

Mungkin Pas berbangga kerana mempunyai pemimpin politik bertaraf ulama yang hebat-hebat tetapi cuba perhatikan apakah mereka ini mampu menyanggah penentangan oleh pemimpin DAP? Pemimpin-pemimpin Pas hanya berani menentang UMNO, pemimpin-pemimpin Pas hanya lantang memaki hamun pemimpin UMNO dan mereka juga begitu hebat menuduh UMNO menolak Islam.

Bagaimanapun mereka tidak mempunyai keupayaan untuk bertegas kepada pemimpin-pemimpin DAP kerana perjuangan Pas bukannya untuk menegakkan Islam tetapi semata-mata mahu menumbangkan BN, biar pun maruah parti diperkotak-katikkan! Tahniah Pas!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers