Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 12 August 2012

Bukti Masuk Pas Bukan Masuk Syurga Tapi Sesat Ke Neraka...


Kenapa walaupun di bawah pemerintahan pemimpin agung Pas yang kononnya dijamin syurga namun masih lagi berlaku kecurian, rompakan, maksiat, khalwat dan semua perkara kemungkaran dalam Islam. Apa yang lebai nik aziz buat di Kelantan.

Jika hudud tak dapat dilaksanakan namun apa yang lebai nik aziz buat untuk membawa umat Islam di Kelantan untuk menjadi negeri contoh sebagai negara Islam yang paling sempurna???

Yang jelas lebai-lebai Pas hanya sibuk untuk berceramah politik tapi tak buat sesuatu untuk buktikan bahawa kerajaan Pas Kelantan telah berjaya membentuk rakyat yang seperti Pas laungkan selama ini.

Pas hanya sibuk mencari kelemahan umat Islam lain tanpa berusaha untuk menjadi kerajaan negeri contoh yang terbaik seperti yang Pas banggakan.

Apakah ciri-ciri kerajaan begini yang akan memerintah negara ??

Ada balak? Takde pulak lahir pembalak dan pengusaha kayu bumiputera yang berjaya di Kelantan sehingga boleh menyaingi kuasa monopoli bukan Islam di Malaysia.

Ada emas... Takde pulak lahir pengusaha emas yang maju dan berjaya.
Ada tanah... Takde pulak lahir pemaju bumiputera yang berjaya di peringkat nasional.
Semuanya masih bergantung kepada bukan Islam..

Sebagai pemerintah, perkara wajib diusahakan adalah membangunkan rakyat terutama umat Islam berjaya di dunia dan akhirat. Tapi ia tidak berlaku dalam perlaksanaan kerajaan Pas.

Sepatutnya sebagai sebuah kerajaan wajib melahirkan ramai ulama' Islam yang sebenar, wajib lahirkan ramai cendiakawan Islam yang mampu menjana kekuatan umat Islam, wajib melahirkan pekerja umat Islam yang mampu membantu kumpulan Islam untuk menjadi kuat di Malaysia seterusnya menguasai kuasa bukan Islam di dunia.. wajib melahirkan ramai nelayan, petani dan sebagainya yang berjaya untuk membantu Islam di Malaysia menguasai ekonomi negara.

Tapi yang sedih Pas yang menjadi penghalang untuk UMNO berusaha melahirkan kekuatan ekonomi bukan Islam. Kalau ianya datang daripada pihak DAP, kita tak heran sgt. Bila UMNO lahirkan kekuatan ekonomi Islam Pas dilihat memberi ceramah kepada rakyat untuk menjatuhkan usaha baik UMNO ini. Tapi pada masa yang sama Pas tak berbuat apa-apa pun untuk mengisi kekosongan umat Islam ini

Jadi di manakah yang dikatakan sistem pemerintahan Pas akan menjadikan umat Islam lebih baik kedudukannya??? Apa yang pemimpin Pas buat untuk majukan ekonomi umat Islam di Kelantan keseluruhannya. Yang wujud hanyalah kroni Pas yang menjadi 'Pak Ali Baba'. Macam mana nanti nasib-nasib graduan-graduan bumiputera yang setiap tahun lahir nanti. Apa yang akan mereka dapat jika dasar Pas Kelantan menjadi dasar pemerintahan di Malaysia..??

2 comments:

  1. Hasad dan dengki menjadi amalan ajaran penganut pas, apa jasa pas kpd bangsa agama dan Negara..

    ReplyDelete
  2. Ano 22:40...kosong kosong kosonggggggggggggggg..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers