Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Hari Belia 2012. Show all posts
Showing posts with label Hari Belia 2012. Show all posts

Sunday, 27 May 2012

Lensa Niring 2 : Pemimpin Muda UMNO Di #HBN2012... @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lensa Niring 1 : Gambar Candid #HBN2012 Yang Korang Mesti Tengok... @Shaberychik @razaliibrahim @beliabangkit

Ini antara sebahagian daripada koleksi gambar yang sempat lensa gua rakamkan untuk dikongsi bersama korang sume yang tak berkesempatan untuk datang ke Himpunan Jutaan Belia 2012 yang bertempat di sepanjang Bouelevard Putrajaya.

Hari merupakan hari yang terakhir namun masih banyak program dan aktiviti yang masih berlangsung dengan meriahnya. Korang masih belum berkesempatan untuk datang merasai kemeriahan suasana ini.

Ayuh! Anak muda... Apa tunggu lagi...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 26 May 2012

Kereta Lampu Boleh Kalahkan "Knight Rider" Kat #HBN2012... @shaberychik @razaliibrahim @beliabangkit

Jangan tak caya keta Malaysia boleh kalahkan keta Knight Rider kat Amerika tu. Gua bukan kencing cakap lu. Gua story betul punya. Keta Knight Rider pun tak berani pakai lampu banyak-banyak sampai penuh satu keta.

Gua memang minat giler cerita Knight Rider ni tapi setahu gua Knight Rider ni pun pakai lampu "lip-lap" kat depan jer. Keta nie lampu neon penuh satu keta. Gua jumpa keta kat tapak Redah 4x4 kat Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena pameran autoshow yang sedang berlangsung malam ni bagi memeriahkan suasana oleh pihak penganjur.

Puluhan keta modified khas untuk pameran autoshow tersusun berderet menggamit kehadiran pengunjung yang tertarik dengan modifikasi yang dibuat oleh keta-keta nie.

So, kalo korang berada berdekatan dengan tapak pameran, ringan-ringankan kaki ke tapak aktiviti Redah 4x4 bersebelahan dengan BeeAntBlues Port.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa Hal Ada Komando Plak Kat Putrajaya ni??? #HBN2012 @shaberychik @razaliibrahim @beliabangkit



apa hal plak kecoh-kecoh kat Putrajaya nie... selama nie Putrajaya aman bahagia jer... yang dok kecoh kat sini cuma pembangkang yang dok tak sabar-sabar nak rampas Putrajaya konon... bila masa plak ada kawasan tentera kat Putrajaya nie... jangan kata kem askar... pos askar pun takda... Putrajaya aman beb daripada anasir-anasir subversif...

oooooooooooo.... demonstrasi pertunjukan kehebatan komando Askar Malaysia semasa Himpunan Jutaan Belia 2012 kat hadapan Menara KBS semalam... patut la ada 3 4 biji helikopter dok lalu lalang atas kepala gua nie... memang dahsyat rupanya komando Askar Malaysia nie... gua rasa dah sama taraf mungkin lebih daripada apa yang TV dok tunjuk pasal kehebatan askar atau komando dari barat tuh...

apa pun gua bangga rasanya dengan kehebatan askar kita dan gua ucapkan terima kasih sebab kerana mereka la gua dapat tidor nyenyak setiap malam... lu orang yang kat luar sana terutama pembangkang, jangan ler bising-bising pasal keselamatan korang nie la dijaga oleh pihak keselamatan seperti askar dan polis yang korang maki "ANJING KERAJAAN"... pasal anjing-anjing ni la korang dapat tidoq nyenyak tau dak...

Friday, 25 May 2012

@RafiziRamli Frust Tak Dapat Lawan Karok Dengan @razaliibrahim Lepas Tewas Berdebat Dengan @Khairykj.... #HBN2012 @Shaberychik @beliabangkit



Minggu lepas heboh satu malaya cerita Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dilondehkan oleh Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy semasa debat PTPTNanjuran Sinar Harian di bangunan Karangkraf.

Minggu ni pulak dia bakal dikecewakan oleh Timb. Ketua Pemuda UMNO bila melihat video santai dan sporting YB Razali yang juga Timb. Menteri Belia Dan Sukan mengajak Ketua Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli atau mana-mana Ahli Parlimen untuk karok sama.

Gempak!!! DS @HishammuddinH20 Datang Ke Y-Avenue Naik "Kuda Putih" Trafik... @shaberychik @razaliibrahim @beliabangkit

Petang ini berlangsung satu event bersejarah bila bukan senang nak tengok seorang Menteri penuh menunggang "kuda putih" (nama jolokan yang diberikan mat rempit kepada motor trafik polis).

DS Hishammuddin hadir ke pentas Y-Evenue yang terletak bersebelahan Menara KBS dengan diiringi pasukan belia bermotor seramai 50 buah motosikal (20 motosikal berkuasa besar dan 30 buah motor kapcai) untuk merasmikan Y-Avenue dan Himpunan Jutaan Belia 2012. Turut mengiringikumpulan konvoi DS Hishammuddin ini adalah sekumpulan remaja berbasikal prewel mati.

Bersama ini juga gua kongsikan bersama gambar-gambar lensa yang sempat rakamkan semasa program berlansung.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 24 May 2012

Biar Betul Ada Motor Terbang Kat Putrajaya... #HBN2012 @shaberychik @razaliibrahim @beliabangkit






Mula-mula gua tak caya gak citer member gua mat motor tapi bukan mat rempit pasal kononnya ada "motor terbang" kat Putrajaya. Ish! Gua yang duduk Putrajaya pun asal boleh tak tak sory ni. Kalo betul la story sensasi ni, confirm boleh buat story puaka niring.

Berdasarkan panduan dan arah tuju yang member gua bagi macam mana nak pi tempat tuh. Sampai kat sana gua dengar bunyi motor bukan main bingit lagi. Cantik... Kata gua. Bunyi motor dah betul.

Gua pun melangkah dengan berhati-hati ke arah bunyi motor tu. Wow! Kagum gua dengan motor-motor ni yang sedang melayang, memusing atas kepala gua. Memang betul la kata member gua, motor terbang atas kepala. Itulah aksi Freesyle Motorcross Xtreme sempena Himpunan Jutaan Belia hari yang memulakan aksinya hari ini.

Gua pun ambik 3 4 keping gambar aksi-aksi menggerun yang dilakukan oleh mat motorcross ni. Gua tanya crew yang bertugas mamat motorcross freestyle ni orang Malaysia. Depa kata majoriti adalah profesional freestyle motorcross dari luar negara seperti Jepun dan Eropah.

Apa pun gua salute kat beberapa anak muda Malaysia yang sudah meningkat tahap mereka sehingga boleh beraksi bersama pemandu luar. Kepada orang ramai di luar sana, anda dijemput ke Himpunan Jutaan Belia 2012 kat Presint 3 Putrajaya.

Jumpa anda disana.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tapak Tanah Depan Jabatan Peguam Negara Diserang Lebah Dan Semut Selama 5 Hari Berturut-turut Semasa #HBN2012... @shaberychik @razaliibrahim @tunfaisal @beliabangkit @BeeAntBlues #BeeAntBlues




Gua dengar citer yang disampaikan oleh angin kata dalam minggu ni satu kawasan padang lapang di hadapan Jabatan Peguam Negara (AG) akan dihurungi oleh lebah dan semut. Gua pun tanpa berlengahkan masa capai kunci motor kapcai gua start enjin motor cabuk gua.

Ala, Jabatan Peguam Negara bukannya jauh sangat dengan rumah gua. Pecut punya pecut sampai gak gua kat area AG. Pusing-punya pusing kat bulatan depan AG tak nampak apa-apa pun.

Gua pun cuak gak nak redah tempat cam ni. Tambah plak citer lebah ngan semut datang serang kawasan padang tuh. Karang tak pasal-pasal gua plak kena serang. Takda penyakit cari penyakit karang. Namun gua redah gak.

Tiba-tiba gua dengar sayup-sayup dari jauh bunyi riuh berdengong. Gua pun follow dari mana bunyi tu datang. Sampai kat lokasi gua tengok bukan main banyak manusia. Rupanya inilah tapak "BeeAntBlues Port" anjuran Pemuda UMNO Malaysia. Oooo!!! Bee = lebah dan Ant = semut. Kus semangat... Gua ingat apa tadi.

Pergh! Memang 'happening' port ni bro, memang sangat sesuai untuk muda-mudi datang lepak sempena Himpunan Jutaan Belia 2012. Kat sini gua selitkan sekali tentatif program untuk hari ni. Banyak siot orang datang. Aktiviti pun sesuai dengan jiwa muda mudi dan mereka yang perasan jiwa muda tapi badan dah tak muda lagi.

So, apa tunggu lagi... Ayuh anak muda merasai keriangan sambutan Himpunan Jutaan Belia 2012 di BeeAntBlues Port... Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Muda hanya sekali bro... Gua plak jiwa masih muda cuma badan jer yang tak semuda dulu... Jumpa di sana...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 23 May 2012

Khas Buat Pencari Karier Perniagaan, Sport Industry Adalah Jawapannya... #HBN2012 @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


Sport Tourism / Ekspo / Pameran / Jualan / Sport Equipment / Education / Health Related Products Exhibition

Tuesday, 22 May 2012

Peluang Bertemu Artis Di Himpunan Jutaan Belia Putrajaya... #HBN2012 @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


Pengunjung karnival Himpunan Jutaan Belia Putrajaya yang akan berlangsung selama lima hari mulai Rabu ini berpeluang menemui beberapa artis yang mempunyai latar belakang pengajian undang-undang di gerai Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam).

Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan undang-undang kepada pengunjung khususnya golongan belia, program yang mendapat kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu turut menampilkan ruang buat golongan artis berkenaan berinteraksi dengan para peminat.

Beliau berkata setiap hari 10 peminat bertuah akan dapat menemui artis berkenaan secara bersemuka, berbual mesra, mendapat nasihat atau mendengar sendiri pengalaman artis semasa mengikut pengajian undang-undang, mungkin untuk kira-kira 45 minit.

"Bagi membuat temu janji dengan artis pada hari berkenaan, mereka yang berminat boleh melawat Facebook Sukaguam dan kami akan buat pilihan dan tetapkan temu janji," katanya dalam satu persidangan media yang turut disertai Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi di pejabat Sekretariat perhimpunan di Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.

Difahamkan selain Zed Zaidi, antara artis yang sudah menyuarakan minat untuk menjayakan program itu ialah Fahrin Ahmad, Neelofa dan Ana Rafali.

Aspek Keselamatan Himpunan Jutaan Belia Diberi Perhatian... #HBN2012 @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


21 Mei 2012

PUTRAJAYA - Aspek keselamatan pengunjung dan peserta Himpunan Jutaan Belia akan diberi perhatian sewajarnya supaya tiada kejadian buruk berlaku sepanjang lima hari acara itu berlangsung.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kira-kira 1,500 anggota keselamatan beruniform termasuk Polis Diraja Malaysia akan bertugas untuk memastikan keselamatan orang awam.

"Saya sempat bertemu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tadi dan berbincang mengenai aspek keselamatan termasuk mengawal keadaan lalu lintas.

"Beliau meminta kita tidak bimbang kerana mereka akan mengawal keadaan.

Malah seperti tahun lepas tiada sebarang kejadian buruk berlaku," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Celebrity Planet yang dikendalikan Stadium First Sdn Bhd dan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara syarikat itu dan Majlis Belia Malaysia di sini hari ini.

Selain itu lebih 20,000 sukarelawan antaranya anggota Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rakan Muda akan turut sama memastikan segala acara berjalan lancar.

Monday, 21 May 2012

Jualan Kek Terpanjang Di Malaysia Sempena #HBN2012... @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


Pertandingan Cup Cake tercantik / jualan kek terpanjang 2012 (Malaysian Book of Record) pameran / pertandingan menghias kek / kelas membuat kek / fruit choclate / meneka jumlah gula-gula dalam balang / pertandingan membuat gula kapas terbesar / pertandingan membuat "kek bulan" / jualan dan pemeran coklat, gula-gula import / macaron / candies dan choco

Sunday, 20 May 2012

Hadiah Tiket AirAsia Kepada Juara Basketbal 3 On 3 #HBN2012...


nak join pertandingan street basketball 3 on 3.... ada hadiah best... Air Asia taja tiket... yahooo!!!

Friday, 18 May 2012

Ayuh Skateboarderz Yang Ada Guts... Show What U Have... #HBN2012 @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


Aktiviti yang berbentuk pertandingan yang berkonsepkan "urban skateboarding" yang berlatarbelakangkan "street skating"

Bakal mencabar peserta dengan pelbagai halangan dan jenis "tricks" yang diperlukan bagi menjadi juara. 

Penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan umur juga kewarganegaraan.

Thursday, 17 May 2012

Kalo Korang Teror Main Rubik's Cube, Try Test #HBN2012... @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


Rubik’s Cube merupakan aktiviti teka-teki mekanik dan Rubik’s Cube ini boleh didapati dalam empat versi: "Kuib Poket" (2×2×2) , Kiub Piawai (3×3×3), "Dendam Rubik" (4×4×4), dan "Kiub Profesor" (5×5×5). 

Aktiviti ini merupakan aktiviti yang diukur dari segi kepantasan menyiapkannya. Biasanya, permukaan kiub dilitupi oleh pelekat dalam enam warna tunggal, dengan satu warna tunggal pada setiap sisi kiub. 

Apabila teka-teki diselesaikan, setiap sisi kiub mempunyai satu warna tunggal. 

Pertandingan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan mempunyai beberapa kategori.

Wednesday, 16 May 2012

Giler La Ada RC Model Demons Masa #HBN2012... @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


RC (Cars/Heli/Airplanes)

Demonstrasi dan pertandingan kecil tentang kenderaan "remote control" bakal disaksikan di dalam acara ini. Bermula dari model yang asas sehingga yang paling maju ("high end).

Tuesday, 15 May 2012

@PDRMsia Akan Mempersembahkan Gerak Ops Khas Pada #HBN2012... @shaberychik @HishammuddinH2O @razaliibrahim @beliabangkit


PDRM akan mengadakan beberapa pertunjukkan Operasi Gerak Khas yang dijalankan dari sudut taktikal menggunakan peralatan yang moden dan canggih yang jarang dapat di lihat oleh orang awam...




Tarikh : 27hb Mei 2012


Masa :  2.30 - 4.30 petang

Monday, 14 May 2012

Kaki Drifter Yang Ada Telor Boleh "Fight" Kat Sini Kalo Berani La... #HBN2012 @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


KBS Autokhana (Tar Mac Attack) adalah adalah precision driving event. Pergerakan adalah bermula dengan melalui pusingan litar kemudian melakukan aksi parking, breaking point, slaloms (zig-zag) dalam keadaan kehadapan dan kebelakang. 

Pemenang ditentukan berdasarkan kepantasan masa yang dicatat menggunakan sistem sensor berkomputer, dan jentera yang tiba dahulu di garisan penamat. Objektif utama kejohanan ini adalah untuk memperhebatkan lagi kempen ”Katakan Tidak Pada Lumba Haram” kepada peserta dan ribuan pengunjung khususnya golongan belia pemotoran hingga ke peringkat akar umbi. 

Seterusnya menyediakan prasarana trek perlumbaan (Litar Autokhana) bagi pasukan-pasukan serta peminat sukan Autokhana di seluruh pelusuk tanah air untuk berlumba dengan kadar yang selamat, kos efektif, profesional serta terkawal dan memberi kesedaran kepada komuniti belia mengenai keburukan berlumba haram, penyalahgunaan dadah dan masalah gejala sosial di kalangan belia khususnya remaja. 

Pertandingan ini terbahagi kepada 5 kategori utama iaitu Kereta NA<1,000 cc / 1,000cc < NA < 1,600cc / 1,600cc < NA < 1,800cc / 1,800cc < NA < 2,000cc dan kategori OPEN cc yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM 6,000.00 beserta trofi dan barangan penajaan. 

Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia boleh turut serta apabila telah lulus tapisan keselamatan dan memenuhi syarat-syarat penyertaan dari pihak penganjur.

SEGMEN : FAST AND FURIOUS
PROGRAM : KBS AUTOKHANA (TAR MAC ATTACK)
PENYELARAS PROJEK : HAZRI NIZAM BIN ZAKARIA
NO. TELEFON : 03-8871 3415/017 322 3334

Sunday, 13 May 2012

Peta Lokasi Aktiviti Sepanjang Hari Belia 2012... #HBN2012 @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


nie ada peta gua sisipkan buat korang belia dan beliawanis yang nak datang ke Hari Belia 2012 kat Putrajaya nanti...

Sekurang-kurangnya korang tau mana nak tuju ikut minat korang masing-masing.... kalo korang ada masa, korang pusing ler semua sekali... baru puas beb...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers