Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 24 May 2012

Tapak Tanah Depan Jabatan Peguam Negara Diserang Lebah Dan Semut Selama 5 Hari Berturut-turut Semasa #HBN2012... @shaberychik @razaliibrahim @tunfaisal @beliabangkit @BeeAntBlues #BeeAntBlues




Gua dengar citer yang disampaikan oleh angin kata dalam minggu ni satu kawasan padang lapang di hadapan Jabatan Peguam Negara (AG) akan dihurungi oleh lebah dan semut. Gua pun tanpa berlengahkan masa capai kunci motor kapcai gua start enjin motor cabuk gua.

Ala, Jabatan Peguam Negara bukannya jauh sangat dengan rumah gua. Pecut punya pecut sampai gak gua kat area AG. Pusing-punya pusing kat bulatan depan AG tak nampak apa-apa pun.

Gua pun cuak gak nak redah tempat cam ni. Tambah plak citer lebah ngan semut datang serang kawasan padang tuh. Karang tak pasal-pasal gua plak kena serang. Takda penyakit cari penyakit karang. Namun gua redah gak.

Tiba-tiba gua dengar sayup-sayup dari jauh bunyi riuh berdengong. Gua pun follow dari mana bunyi tu datang. Sampai kat lokasi gua tengok bukan main banyak manusia. Rupanya inilah tapak "BeeAntBlues Port" anjuran Pemuda UMNO Malaysia. Oooo!!! Bee = lebah dan Ant = semut. Kus semangat... Gua ingat apa tadi.

Pergh! Memang 'happening' port ni bro, memang sangat sesuai untuk muda-mudi datang lepak sempena Himpunan Jutaan Belia 2012. Kat sini gua selitkan sekali tentatif program untuk hari ni. Banyak siot orang datang. Aktiviti pun sesuai dengan jiwa muda mudi dan mereka yang perasan jiwa muda tapi badan dah tak muda lagi.

So, apa tunggu lagi... Ayuh anak muda merasai keriangan sambutan Himpunan Jutaan Belia 2012 di BeeAntBlues Port... Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Muda hanya sekali bro... Gua plak jiwa masih muda cuma badan jer yang tak semuda dulu... Jumpa di sana...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers