Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 15 June 2012

@KhairyKJ Bengang #twtupkj #BNYV Tak Ramai Yang Datang... @NajibRazak @razaliibrahim @tunfaisal

Malam ni sedang berlangsungnya Program BN Youth Volunteers yang diilhamkan oleh KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dibuat di NZ Garden KLCC.

Gua sempat turun ke lokasi untuk melihat sendiri dengan mata kepala gua betul ker kata-kata kawan-kawan sekolah gua, sahabat-sahabat gua bahkan ada ahli keluarga gua yang merupakan penyokong totok pembangkang dok bagi tau kat gua yang program ni takkan mendapat sambutan punya.

Betul la kata dia orang, tak ramai yang datang tapi gambar ni menceritakan sebaliknya (a picture speak a thousand words). Gua sampai nak masuk pun tak dapat. Itu yang duduk kat dalam pun bersesak-sesak. Yang kat luar takyah citer la.

Program yang simple dan santai ini mendapat sambutan ramai anak muda dan belia yang hadir untuk menjadi sukarelawan. Selama ini pihak pembangkang sering memfitnah kononnya Pemuda UMNO sering menyogok ahli-ahlinya dan sukarelawan yang bertugas dan berkhidmat untuk apa-apa program dengan WANG RINGGIT sebagai upah.

Malam ini membuktikan bahawa segala tohmahan pembangkang adalah fitnah dan bohong semata-mata. Seramai 157 orang anak muda dan belia yang majoritinya bukan ahli mana-mana parti politik pun sudah mendaftar menjadi sukarelawan.

Tahniah kepada sukarelawan yang mendaftar.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers