Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 16 April 2012

Akhirnya Puak-puak Pembangkang Percaya Dengan Bukti CCTV???...


Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mula mempercayai bukti CCTV Anwar???...

Musim puak-puak Pakatan Rakyat mempercayai bukti CCTV telah kembali. Pendapat ulamak PAS mengatakan CCTV tak boleh dijadikan bukti sudah ditolak . 

Secara peribadi gua bersyukur dengan perkembangan sihat yang terbaru ini. Benarlah kata-kata bijak pandai , setiap musibah yang berlaku, pasti ada kebaikan di sebaliknya . 

Musibah yang gua maksudkan ialah kes anak seorang menteri yang dikatakan memukul pengawal keselamatan di sebuah kondo yang berjaya dirakam CCTV . Ramai pemimpin-pemimpin PR mencabar supaya bukti CCTV itu dikeluarkan.


Nampaknya masing-masing seolah-olah telah meletakkan kepercayaaan 100% pada bukti CCTV , malah tiada la tanda soal - tanda soal seperti menggunakan orang yang berwajah serupa melakukan perbuatan jahat itu. Tiada lagi ungkapan konspirasi fitnah berniat jahat untuk menjatuhkan imej menteri UMNO .

Oleh itu secara tak langsung , penyokong-penyokong dan pemimpin-pemimpin PR telah bersedia menerima bukti video / CCTV yang membabitkan pemimpin tertinggi mereka iaitu "si anugerah tuhan Anwar Ibrahim"

Terdapat beberapa gambar CCTV di bawah ini, tentulah yang paling 'hot' sekali rakaman CCTV bersama seoarang wanita. Jadi sekiranya CCTV anak menteri ini boleh diterima mereka sebagai benar maka CCTV yang dikaitkan dengan pemimpin mereka juga harus diterima dengan hati terbuka . 

Jangan lah bersifat hipokrit pula apabila mengiyakan sesuatu yang sama apabila ia beri keuntungan dan pada masa yang sama menidakkannya apabila ia terkena batang hidung sendiri.

2 comments:

  1. Hj Hadi buat U-Turn... Kata bukti video boleh diterima pakai... Ha ha ha ha ha... Aku nak tunggu dia keluar kenyataan ni...

    Menjawab Isu Kubur 1 Malaysia Di Pekan

    ReplyDelete
  2. haaaa...baru skrg depa tersedar betapa pentingnya bukti cctv tu..
    tak lama pun kan??? sekejap je Allah dah kasi bungkam puak2 pakatan tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers