Tahniah orang-orang Felda yang dapat durian runtuh melalui pengumuman PM, DS Najib sebentar tadi sekitar jam 10.30 pagi tadi di Felda Jengka 8, Pahang...
Ketua keluarga (bapa) akan mendapat RM5000, isteri ketua keluarga (ibu) juga mendapat RM5000, anak pertama mendapat RM5000... Jumlah keseluruhan RM15,000... Kalo keluarga anak ramai, pandai-pandai ler bahagi-bahagikan duit tuh sorang skit...
Jangan karang sebab duit durian runtuh pemberian kerajaan nie jadi bergaduh pulak anak beranak, bergaduh pulak adik-beradik sampai berparang-parang...
Diharapkan orang-orang Felda dapat menggunakan duit ini dengan sebaik-baiknya... Jangan jadi seperti sesetengah peneroka yang menjadi jutawan dalam sekelip mata, tak lama lepas tu sekelip mata menjadi susah semula dek kerana kegagalan menguruskan wang yang ada dengan baik...
P/S : kepada penyokong pembangkang dan mereka yang menentang dan membenci pembangkang terutamanya kepada PM... Harap-harap jangan ler malu-malu tebal muka nak ambik duit durian runtuh nih... cakap jer kat pegawai Felda... "saya tak nak duit durian runtuh nie sebab ini adalah gula-gula kerajaan BN dan rasuah pilihanraya"... agak-agak berapa ramai yang nak tolak duit durian runtuh nie nanti...
No comments:
Post a Comment