Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

Thursday, 24 April 2014

Pilihan Raya Bukit Gelugor 25 Mei, Penamaan Calon 12 Mei??? #PRKGelugor


Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang ditetapkan pada 25 Mei, penamaan calon, 12 Mei manakala pengundian awal pada 21 Mei, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2012 yang digabungkan dengan daftar pemilih 2013 suku tahun pertama, kedua, ketiga dan keempat.

“Sebanyak 21 pusat pengundian akan dibuka, 17 daripadanya untuk pengundian biasa dan selebihnya untuk pengundian awal” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berkaitan kerusi berkenaan di sini.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh, dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak pada 17 April lepas.

Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh, 74, menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam.

Abdul Aziz berkata bagi Pilihan raya kecil (PRK) itu, Dewan Sri Pinang, Georgetown dipilih sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

“Bagi tujuan PRK kali ini juga seramai 1,095 orang petugas akan dilantik dan membabitkan kos perbelanjaan RM1.9 juta,” katanya.

Sebanyak 82,431 pemilih berdaftar terdiri daripada 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi PRK itu akan mula dijual pada 6 Mei.

Pengundi yang ingin membuat semakan boleh melayari laman sesawang www.spr.gov.my serta melalui khidmat pesanan ringkas SPR SEMAKNO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888 mulai tarikh sama. – BERNAMA

Monday, 10 February 2014

P*****k Punya Anwar Kata SPR Tu Agen UMNO??? Yang Ko Jadi MP Tu Apa Jadah!!! #PRKKajang


P*****k punya Anwar ni, sesedap mulut dia jer kata SPR ni agen Umno. Pasal agen Umno ni la dia boleh jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh tiga penggal. Kalo tang dia semua boleh, bila tang orang lain semua tak betoi. Haramjadah betul la.

Wah! Bukan main kuat lagi lu berkempen walaupun belum masuk masa berkempen lagi 11hb nanti. Boleh plak kalo si Anwar ni kempen awal. Kalo sebelum ni melalak macam anjing dok kata BN dah "start" kempen awal la masa PRK sebelum ni. Dah kebulur sangat ka nak menang kerusi DUN seterusnya nak jadi MB Selangor setelah kecewa tak dapat jadi PM masa PRU13 lalu. Hak!!! Tuuuuuuuuuuuiiiiii!!!...

Nanti bila lepas PRK Kajang kalo dia dah menang mesti dia kata SPR telus dan berjaya menjalankan pilihanraya dengan baik. Tapi kalo dia kalah, "confirm" aku jamin dia akan heret semua balaci-balaci dia dalam Pas dan DAP untuk menyalak sama kononnya SPR tak telus dan menyebelahi calon BN. Maka balaci-balaci Pakatan akan ikut sama menyalak mengalahkan anjing dah nanti. Caya la cakap aku.


Korang boleh baca kenyataan jahat si Anwar ni kat bawah :

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menegur tindakannya memulakan kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang lebih awal sebelum tempoh yang dibenarkan.


Malah Ketua Pembangkang itu seperti biasa mendakwa suruhanjaya berkenaan sebagai ejen Umno ekoran daripada teguran berkenaan.

"SPR ejen Umno. Mereka hanya tonton TV3. Mereka tak tonton TV1, TV2," katanya.

Sunday, 6 May 2012

Benarkah Perhimpunan #Bersih Untuk SPR Atau Ada Agenda Tersirat???...


Pilihanraya kita selama ini sememangnya bersih adil dan bebas.

SPR tidak pernah menipu untuk memberi kemenangan kepada parti yang memerintah.

Tidak ada orang yang tidak layak mengundi telah membuang undi di dalam mana-mana Pilihanraya kita.

Permintaan BERSIH untuk Pilihanraya yang bersih, adil dan bebas serta "Electoral reform" adalah perbuatan meminta perkara yang memang meraka sudah dapat dan nikmati selama ini.

Memang tidak salah dengan apa yang mereka minta, tapi apa yang mereka minta tu memang sudah pun mereka dapat dan nikmati, jadi buat apa nak berdemo???...

Friday, 27 April 2012

Hahahaha!!! Ini Wajah Sebenar Abdul Aziz Bin Mohd Yusof Dari Cawangan Daisy Putrajaya!!!... @NajibRazak @TengkuAdnanReal @ZakiZahid @tunfaisal


INI LAH ABD AZIZ YANG SEBENARNYA TELAH DIMAINKAN OLEH PEMBANGKANG DALAM WIKIPEDIA

NAMA : ABD AZIZ BIN HJ MOHD YUSOF
NO IC : 590410-05-5139
PEKERJAAN : PEMANDU DI JABATAN PERDANA MENTERI

Dalam wikipedia Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah di kaitkan kononnya beliau adalah Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Daisy tetapi kenyataannya Abd Aziz Bin Hj Mohd Yusof adalah seorang pemandu yang telah berkerja sebagai pemandu di bahagian Kebinet Jabatan Perdana Menteri...

Maklumat lebih detail sila rujuk PerdanaHitam KLIk SINI

hahahahahahahaha!!!! bodoh punya pembangkang dengan pengikut bangangnya kantoi tembak tak tentu arah...


Friday, 30 December 2011

SPR Uji Dakwat Kekal Untuk PRU13


Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) telah menguji dakwat kekal yang akan digunakan ke atas pengundi berdaftar sahaja dan susun atur tempat mengundi juga diubah terutama tempat duduk 'agen calon'.

Ini antara perubahan yang dilakukan SPR bagi menjadikan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang lebih telus melalui PSC yang ditubuhkan. Beberapa cadangan daripada Bersih telah diambil kira, kini apa pula tuntutan 'gila' mereka.

Tuesday, 20 December 2011

Isu Dakwat Kekal Akhirnya Selesai, Apa Lagi Pembangkang Nak Lepas Nie Pulak????...


Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk menggunakan dakwat kekal ‘silver nitrate’ pada pilihan raya umum ke-13, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini.

Beliau berkata dakwat itu adalah berlainan daripada dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum ke-12.

Enggan memaklumkan sumber negara ia diimport, Abdul Aziz berkata dakwat kekal itu digunakan di beberapa negara bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar.

Wednesday, 7 December 2011

PRU 13 : Penggunaan Dakwat Kekal Bakal Jadi Kenyataan, Apa Kata Pembangkang Sekarang!!!!...



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin akan menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya sedang menyediakan undang-undang mengenai penggunaan dakwat kekal itu bersama Jabatan Peguam Negara. 

“Itu adalah matlamat kita (SPR) untuk memastikan dakwat kekal digunakan pada PRU13. SPR sedang melakukan beberapa proses sebelum ianya dibentangkan semula pada Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC)." Katanya. 

“Semua pihak tidak perlu khuatir kerana SPR sedang berusaha untuk memenuhi kehendak rakyat dan Insya-Allah ianya sempat digunakan,” katanya lagi. Beliau berkata, beberapa proses perlu dilakukan sebelum semuanya diputuskan di Parlimen. 

Sunday, 21 August 2011

Pembangkang Takut Dengan Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya????

Selepas kerajaan mengumumkan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya (Klik Sini) beberapa hari yang lepas, pelbagai reaksi dapat dilihat daripada pemimpin kerajaan dan pembangkang serta NGO-NGO. Pelbagai pihak mengeluarkan kenyataan berkaitan isu berkenaan. Namun yang menarik perhatian adalah kenyataan-kenyataan daripada pemimpin pembangkang terutama daripada pemimpin Pas yang kelihatan takut dengan penubuhan jawatankuasa tersebut dengan memberikan pelbagai alasan yang mengarut. Dengan penubuhan jawatankuasa ini kelak, segala niat jahat Pakatan Rakyat dalam mengeksploitasi isu SPR terutama segala tohmahan bertujuan mengurang kepercayaan rakyat terhadap SPR dilihat tidak lagi berkesan.

Jika kita perhatikan semenjak kebelakangan ini Pakatan Rakyat sering kali dilihat mencari kesalahan SPR seperti isu Mismah dan isu daftar pemilih yang meragukan. Tujuan utama Pakatan Rakyat adalah semata-mata untuk mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap ketelusan SPR seterusnya jika mereka kalah teruk dalam PRU13 nanti, dan ini akan dijadikan modal oleh mereka untuk menghasut rakyat sebagaimana mereka menghasut rakyat dengan bertopengkan perhimpunan Bersih yang lalu.

Pakatan Rakyat menyedari sejak kebelakangan ini sokongan rakyat sudah beralih kepada kerajaan BN di bawah kepimpinan DS Najib dengan beberapa dasar yang diperkenalkan beliau mula diterima baik rakyat antaranya konsep 1Malaysia. Fakta ini disandarkan dengan beberapa keputusan PRK dan PRN baru-baru ini dengan kemenangan demi kemenangan calon BN. Ini juga dibuktikan dengan perkembangan sihat peti-peti undi saluran muda di mana dapat di lihat sokongan golongan muda yang mula menyebelahi BN. Ini sudah tentu menggusarkan Pakatan Rakyat jika momentum ini berterusan sehingga PRU13 yang akan datang.

Dengan penubuhan PSC ini sudah tentu isu SPR tidak lagi boleh dijadikan modal oleh pembangkang. Sebab itulah pembangkang cuba mencari helah antaranya tidak berminat untuk turut serta menjadi ahli PSC. Pas antara parti dalam Pakatan Rakyat yang awal-awal lagi menyatakan pendirian tidak berminat untuk menyertai jawatankuasa ini. Sebenarnya Pas takut dengan bayang-bayang sendiri kerana Pas menyedari sokongan rakyat terhadap parti itu semakin pudar. Yang lebih membimbangkan Pas lagi adalah sokongan ahli-ahlinya yang dilihat mutakhir ini agak keliru dengan dasar perjuang parti itu daripada sebuah parti yang memperjuangkan penubuhan "Negara Islam" yang bertukar seperti sesumpah kepada penubuhan "Negara Berkebajikan".

Saturday, 20 August 2011

Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya

Rabu lepas kerajaan telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini. Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas (Klik Sini).

Namun penubuhan PSC ini mendapat sambutan suam-suam kuku oleh pihak pembangkang dengan alasan ahlinya tidak menyebelahi pembangkang kerana dilihat lebih kepada kerajaan. Ini disokong oleh kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (laporan lanjut Klik Sini) yang mahu PSC ini diganti dengan satu lagi jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Khas Pilihanraya mencadangkan agar keanggotaan jawatankuasa ini dirombak menjadi 12 orang, dengan 3 ahli parti pemerintah, 3 ahli daripada pembangkang, 3 ahli NGO, satu wakil SPR dan satu wakil JPN dan pengerusi yang dilantik oleh jawatankuasa terbabit mestilah seseorang yang diterima baik dan diyakini oleh semua lapisan rakyat sebagai seorang yang adil dan tegas dalam isu reformasi pilihanraya, seperti wakil dari Bersih 2.0 dan juga Suhakam.

Sekali lagi kita lihat perangai hodoh dan niat busuk pembangkang bila sesuatu perkara itu tidak menyebelahi mereka maka mereka akan mencari jalan agar perkara tersebut memberi keuntungan kepada Pakatan Pembangkang. Jika dilihat kepada cadangan pembangkang ini secara tidak langsung senarai ahli jawatankuasa ini juga akan memberi kelebihan kepada pembangkang. Persoalannya apakah tindakan mereka ini juga sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan. Jika pihak kerajaan mereka katakan tidak adil dan berat sebelah, apa yang mereka lakukan juga tidak ada bezanya.

Persoalan Kulaan yang kedua pula ialah apa kaitan dengan kehadiran wakil daripada Bersih  2.0 dalam jawatankuasa ini sedangkan kita tahu niat buruk sebenar Bersih yang bertopengkan NGO tetapi disebaliknya adalah atas pengaruh pembangkang. Kononnya tujuan Bersih mengadakan perhimpunan adalah untuk menyampaikan memorundum kepada DYMM Agong tetapi bila DYMM Agong menitahkan mereka mengadap tidak pula diserahkan memo tersebut. Hakikatnya niat busuk Bersih adalah untuk membuat huru-hara semata-mata seperti yang diakui sendiri oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga yang tetap mengadakan perhimpunan meski pun ditegah oleh DYMM Agong. Pengakuan beliau boleh dirujuk Klik Sini.

Sebenarnya pembangkang mengakui kredibiliti yang masih ada pada SPR kerana atas dasar kredibilti SPR inilah pembangkang berjaya membentuk 4 buah kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan berjaya mengurangkan majoriti 2/3 di Parlimen. Sememangnya itu perangai hodoh pembangkang apabila tidak menguntung mereka maka benda tersebut ada saja yang tidak betul.

Fikir-fikirkanlah, jika SPR tidak telus dalam tugasnya masakan pembangkang berjaya mengekalkan kerajaan negeri Kelantan dan membentuk 3 kerajaan negari yang lain (Kedah, Pulau Pinang dan Selangor).



SPR : Hanya 0.0001% Kesilapan Daftar Pemilih

SPR melalui kenyataan rasmi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengakui memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih tetapi mendakwa ia cuma mewakili hanya 0.0001 peratus daripada sejumlah 12.4 juta pengundi berdaftar. Satu jumlah kesalahan yang terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah data keseluruhan tugas mengemaskini daftar nama pemilih yang dilakukan secara rutin harian. Kulaan faham dan Kulaan berharap orang lain juga faham terutama pembangkang yang tak habis-habis menghentam SPR semenjak berakhirnya perhimpunan Bersih dengan pelbagai isu yang tak benar dan tepat pun. Isu Mismah contohnya, dimanupulasi dengan meluas terutama di alam siber oleh Malaysiakini dan pembangkang. Setelah fakta sebenar kita ketahui dan diberi penjelasan oleh pihak JPN dan SPR sendiri, pembangkang dengan tebal mukanya cuba mengalih pandangan umum dengan isu baru pulak antaranya ada 54 orang lagi yang berlaku seperti Mismah. Kemudian timbul pula isu "Kampung Baru" pun menjadi daftar pemilih.


"Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil.”
Ini antara statement pada pandangan Kulaan sesuatu yang berani dilakukan oleh seseorang yang menjadi "Target Market" pembangkang. Bukan senang untuk mengakui sesuatu kesilapan lebih-lebih lagi kesilapan yang bakal membuka ruang kepada pihak pembangkang.
"Harap-harap mereka yang berminat membersihkan daftar pemilih bersama kami - PAS dan satu lagi yang selalu hubungi kami - Malaysiakini, saya tidak tahu sama ada kamu (wartawan Malaysiakini) ada di sini atau tidak - jika kamu ada perangkaannya, sila hantar kepada kami supaya kami dapat mengesahkannya. Kenapa tidak kita bersama membersihkannya (daftar pemilih)? 
Malaysiakini yang dilihat sejak kebelakangan ini banyak menampilkan isu-isu yang tidak berasas dan tidak tepat hingga boleh mengurangkan kredibiliti portal tersebut kesan berita yang disampaikan jauh menyimpang dari etika kewartawanan. Sanggupkah Malaysiakini dengan beraninya mengakui kesilapan yang dilakukannnya dalam menyampaikan berita. Contoh paling mudah, isu kewarganegaraan Mismah. Dengan jelas dan terang Malaysiakini telah melakukan kesalahan yang serius dan jauh menyimpang daripada etika kewartawanannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers