Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) telah menguji dakwat kekal yang akan digunakan ke atas pengundi berdaftar sahaja dan susun atur tempat mengundi juga diubah terutama tempat duduk 'agen calon'.
Ini antara perubahan yang dilakukan SPR bagi menjadikan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang lebih telus melalui PSC yang ditubuhkan. Beberapa cadangan daripada Bersih telah diambil kira, kini apa pula tuntutan 'gila' mereka.
Kulaan berharap isu ketelusan SPR dan pengundian yang tidak telus sudah terjawab. Tapi Kulaan yakin walau apa yang dilakukan oleh SPR, pembangkang tetap tidak akan berpuas hati. Mana ada manusia akan puas dengan apa yang dia dapat ibarat pepatah orang-orang tua 'sudah diberi betis mahukan peha pula'...
Kulaan : pembangkang mana pernah puas... Buat la macam mana tetap takkan dapat puaskan hati mereka... Yang nyata lebih baik puaskan hati rakyat dulu daripada PR...
Bagi saya, walau secanggih manapun sistem pilihanraya yang bakal dijalankan termasuk memenuhi tuntutan mereka, mereka tetap 'cari pasal' dengan SPR sebagai persiapan untuk menyalahkan sistem SPR seandainya mereka tidak mendapat majoriti bagi mengambil alih pemerintahan negara. Ayat mudah.. Kalau mereka menang, bermakna SPR adil dan telus. Kalau mereka kalah, kita dah tau apa jawapan mereka...
ReplyDeletemungkin ada kebenaran pandangan Anon 16:10 nie... buat la apa saja jika tidak memihak kepada mereka pasti mereka akan katakan SPR tidak telus... dalam ketidaktelusan SPR 4 buah negeri mereka boleh menang... tuh yang heran...
ReplyDelete