Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 28 December 2011

KDN Longgar Syarat Pemutihan Program 6P...


Kerajaan bersetuju melonggarkan dasar serta syarat proses pemutihan Program Penyelesaian menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) berkuatkuasa serta merta.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, selari dengan keputusan itu sebanyak 10 sektor luar dasar dan 11 sub sektor di bawah sektor perkhidmatan yang sebelum ini dibekukan kini dibuka untuk menyertai proses pemutihan.

“Sebanyak 10 sektor luar dasar yang dibuka untuk proses pemutihan ialah croupier, perlombongan/kuari, kayu bakau, gerai/kafe/kantin/katering, restoran makanan segera, pemotong rumput, vendor akhbar, pencuci rumah ke rumah, pencuci kenderaan dan bengkel kereta."

“Manakala 11 subsektor yang dibuka untuk proses pemutihan adalah barangan logam/lusuh/terpakai, pengendalian kargo, rumah kebajikan, spa/refleksologi, perhotelan, kedi/padang golf, dobi, tukang gunting, tukang emas, perniagaan runcit/borong dan perniagaan tekstil,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mahmood berkata, bagaimanapun kerajaan memutuskan bahawa tempoh penggajian pekerja dan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi dua kelulusan tersebut dihadkan untuk dua tahun sahaja.

Menurutnya, pada masa sama sektor informal iaitu Pembantu Rumah Asing (PRA) turut diluluskan untuk proses pemutihan dan diletakkan di bawah urusan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) manakala Agensi Kawal Selia proses pemutihan pula diberi kuasa melonggarkan prosedur syarat serta kriteria sedia ada.

Kata beliau, keputusan itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) dan sah berkuatkuasa sehingga proses pemutihan selesai.

Jelas beliau, hal itu adalah susulan permohonan yang dipanjangkan KDN mewakili pelbagai kementerian dan agensi kawal selia Program 6P selepas mengambil kira rayuan majikan, syarikat pengurus dan pejabat kedutaan yang mahu semua perkara tersebut dikaji semula.

Dalam perkembangan lain, katanya, KDN mewujudkan satu lagi cawangan pusat setempat di JIM Seberang Jaya, Pulau Pinang sebagai tambahan kepada dua sedia ada di JIM Putrajaya dan JIM Setia Tropika, Johor Baharu.

“Sehingga tarikh akhir proses pemutihan pada 10 Januari 2012 kesemua tiga pusat setempat ini akan beroperasi setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 5 petang,” katanya.

Tambah beliau, pembukaan cawangan di Pulau Pinang bertujuan memberi kemudahan kepada majikan di utara tanah air menguruskan permohonan berkaitan PATI tanpa perlu hadir ke pusat operasi utama di JIM Putrajaya.

Melainkan permohonan pertukaran majikan oleh PATI, semua urusan di cawangan Seberang Jaya menyamai operasi di pusat setempat proses pemutihan Putrajaya, iaitu permohonan ID untuk majikan mengemaskini data PATI, permohonan Surat Makluman kepada kedutaan, pemprosesan permohonan pengambilan pekerja asing, pembayaran levi dan pengeluaran Surat Kelulusan Pemutihan, katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut majikan dan orang ramai diminta melayari laman web KDN di alamat www.moha.gov.my atau menghubungi talian `hotline’ 8880 1157. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers