Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 21 August 2011

Pembangkang Takut Dengan Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya????

Selepas kerajaan mengumumkan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya (Klik Sini) beberapa hari yang lepas, pelbagai reaksi dapat dilihat daripada pemimpin kerajaan dan pembangkang serta NGO-NGO. Pelbagai pihak mengeluarkan kenyataan berkaitan isu berkenaan. Namun yang menarik perhatian adalah kenyataan-kenyataan daripada pemimpin pembangkang terutama daripada pemimpin Pas yang kelihatan takut dengan penubuhan jawatankuasa tersebut dengan memberikan pelbagai alasan yang mengarut. Dengan penubuhan jawatankuasa ini kelak, segala niat jahat Pakatan Rakyat dalam mengeksploitasi isu SPR terutama segala tohmahan bertujuan mengurang kepercayaan rakyat terhadap SPR dilihat tidak lagi berkesan.

Jika kita perhatikan semenjak kebelakangan ini Pakatan Rakyat sering kali dilihat mencari kesalahan SPR seperti isu Mismah dan isu daftar pemilih yang meragukan. Tujuan utama Pakatan Rakyat adalah semata-mata untuk mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap ketelusan SPR seterusnya jika mereka kalah teruk dalam PRU13 nanti, dan ini akan dijadikan modal oleh mereka untuk menghasut rakyat sebagaimana mereka menghasut rakyat dengan bertopengkan perhimpunan Bersih yang lalu.

Pakatan Rakyat menyedari sejak kebelakangan ini sokongan rakyat sudah beralih kepada kerajaan BN di bawah kepimpinan DS Najib dengan beberapa dasar yang diperkenalkan beliau mula diterima baik rakyat antaranya konsep 1Malaysia. Fakta ini disandarkan dengan beberapa keputusan PRK dan PRN baru-baru ini dengan kemenangan demi kemenangan calon BN. Ini juga dibuktikan dengan perkembangan sihat peti-peti undi saluran muda di mana dapat di lihat sokongan golongan muda yang mula menyebelahi BN. Ini sudah tentu menggusarkan Pakatan Rakyat jika momentum ini berterusan sehingga PRU13 yang akan datang.

Dengan penubuhan PSC ini sudah tentu isu SPR tidak lagi boleh dijadikan modal oleh pembangkang. Sebab itulah pembangkang cuba mencari helah antaranya tidak berminat untuk turut serta menjadi ahli PSC. Pas antara parti dalam Pakatan Rakyat yang awal-awal lagi menyatakan pendirian tidak berminat untuk menyertai jawatankuasa ini. Sebenarnya Pas takut dengan bayang-bayang sendiri kerana Pas menyedari sokongan rakyat terhadap parti itu semakin pudar. Yang lebih membimbangkan Pas lagi adalah sokongan ahli-ahlinya yang dilihat mutakhir ini agak keliru dengan dasar perjuang parti itu daripada sebuah parti yang memperjuangkan penubuhan "Negara Islam" yang bertukar seperti sesumpah kepada penubuhan "Negara Berkebajikan".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers