Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 18 July 2011

Siri 1 : Pakcik Tanpa Nama - “Aku tak boleh nampak kiblat Allah tu dengan DUIT”

Memang biasa kita tengok video tapi jarang sekali kita meneliti apa yang diungkapkan didalamnya... Bait-bait kata daripada seorang insan tua yang menjadikan Kompleks SOGO sebagai tempat berteduh... kaki lima sebagai tempat melepas lelah... tangganya sebagai meja dan kerusi bagi nukilan hati... manusia yang lalu-lalang memandang serong dengan sekelumit rasa curiga dan jijik... namun jauh di sudut hati seorang insan tua ini kata-katanya penuh dengan peringatan dan renungan yang belum tentu bagi mereka yang dikurniakan akal sempuna dapat berfikir sepertinya... bagi kita yang dikurniakan Allah dengan akal yang sempurna seharusnya berfikir lebih tinggi... alangkah sedihnya seorang insan seperti kita yang Allah kurniakan akal fikiran dan kehidupan yang mungkin jauh lebih sempurna daripada "Pakcik Tanpa Nama" ini, berfikir seperti bukan manusia kerana hanya manusia dikurniakan akal fikiran berbanding makhluk Allah yang lain...



Ko orang Islam ko tau Allah melihat dari atas…
Arah mana tak tau la…
Buta takda bersopan langsung baik Parti Keadilan sekali pun…
Yang kita tau masa dia orang berarak tu... Anak-anak Anuar pun ada…
Kenapa dia orang kena tangkap… hilang akal dia…
Nak kata manusia bukan manusia lagi dah…
Itu yang dikatakan BERSIH
Kalo ko nak tau bersih ko duduk kat mesjid… bersih…
Entah agong nak jumpe dia… agong pun takut…
Terjerit terlalak macam tu beratus-ratus orang...
Bawak senjata lagi… engkau berani jumpa…
Kalo saya pun bawak kayu pun orang dah takut...
Apatah lagi dia orang terjerit… menyusahkan polis…
Berapa banyak anggota polis terpaksa… orang yang cuti tak habis tak dapat cuti…
Nak bawak anak berjalan seminggu sekali pun tak dapat…
Allah… macam itu ker orang bertamadun…
Engkau tak sedar… tanya diri kau…
“Apa bakti kau pada negara jangan tanya apa negara berbakti pada diri engkau…”
Susah ko nak mengenal jadi orang macam tu…
Tak payah la… engkau tak payah berkomunikasi dengan aku…
Sikit dengan aku pun aku tak hendak… tolong jalan bingkas…
Tolong jalan bingkas… tak payah… terima kasih…
Aku duduk di mana pun… TV3 Bersamamu nak bagi 20 ribu pun aku tak pandang la…
“Aku tak boleh nampak kiblat Allah tu dengan DUIT”
Biar aku miskin tapi aku ilmu kaya… biar aku dihina tapi aku martabat aku mulia… tu aje..
Tak payah di arah ke mana pun… orang kalo dia tahu duduk kat mana pun..
Agama dia tetap dia buat…
Tak payah… aku tak nak berkomunikasi dengan orang macam nie…
Spontan ko nak ambik… nak ambik mencari duit la cara dia…
nak publisiti ker... nak buat aper ker…
Tak payah… terima kasih jer… aku sampai arab tu bawak sampai kat madinah post… tahu…
Islam bertamadun di Malaysia… jangan ditamadunkan…
Aku bukan itu layak bagi diri aku...
Aku musafir… bukan aku cakap… sanjung tinggi tak ada…
“Aku bakal mati dan kaku hancur di makan bumi…”
Apa yang orang Islam ada buat… aku tak mintak disanjung…
Sebab tu aku cakap… tak payah nak interview aku… aku semua dah tahu jalan dia orang…

Kulaan : amon bungol tuh tuhuk jua kalo berpadah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers