Dulu satu ketika dulu, dunia perfileman pernah meletup dengan filem-filem dari seberang (Indon la bukan Siam…)… Antara filem yang aku masih ingat ialah “Ada Apa Dengan Cinta…”... Boleh ler tahan pasal masa tuh aku masih belajar di menara gading tengah syok bercinta dengan awek sekuliah... La ni jalan cerita dia pun aku dah tak ingat... Tambah lagi ler kalo tanya sapa hero dengan heroin dia… Tapi sekarang aku disajikan dengan satu lagi dengan tajuk yang hampir sama tapi bezanya hanya ada di dunia maya, “Ada Apa Dengan Bahasa”…
Ruper nyer dalam dunia maya nie bahasa tidak lagi menjadi keutamaan, bukan lagi isi kandungan atau cara penulisan... Tapi atas dasar kebebasan bersuara la macam yang orang dok sebut-sebut… Ala adik beradik la dengan kebebasan berhimpun macam pembangkang kata tuh… BERSIH yang entah hapa-hapa tur.. Banyak kotor daripada BERSIH… Isi dan bahasa dah tak penting… Sama jer blog Pro Kerajaan ker @ blog Pro Pembangkang… Sume nyer sama pakai bahasa kasar, jijik, maki hamun, caci mencaci, lucah dan macam-macam yang buruk lagi la WALAUPUN yang buat bukan semuanya macam tu… Kepada yang rasa dia tuh beragama Islam, ada ker Islam mengajar macam tu (Ni ditujukan khas buat blogger pembangkang yang majoriti kononnya memperjuangkan ”Islam is the way of life”)… Aku tabik spring kerana masih ada blogger-blogger di luar sana yang masih menggunakan bahasa yang sopan, berbudi bahasa dan ada setengahnya yang mengangkat tinggi bahasa melayu @ atau bahasa malaysia didalam penulisan mereka… Tahniah…
Peribahasa melayu ada mengatakan “Bahasa Jiwa Bangsa” maknanya sesuatu bahasa itu melambangkan identiti sesuatu bangsa… Tak ker malu kalo bangsa asing yang boleh berbahasa dan membaca dalam bahasa melayu baca artikel dia orang nie… “ini oreng melayu suker chakep-chakep kotor dalem die oreng punyer blog… shame… shame…”. Kalo korang tak caya korang boleh bukak blog-blog terutama blog yang ada ranking terutama… Korang tengok dia punya bahasa MasyaAllah takut aku nak baca…
Kepada blogger Pro Kerajaan nie macam ?????? aku nasihatkan pakai la bahasa yang elok sikit… Kalo aku sebut nama blog dia orang ni saheh dah aku kena hentam kao-kao… Tapi takpa la biasa la kalo aku kena hentam… Aku pun bukannya famous sangat… Mana ada orang kenal aku nie… Aku sebagai rakyat Malaysia sekadar menasihkan agar pakai ler bahasa yang manis skit, yang elok skit… Kita nie orang melayu kaya dengan ayat berlapik yang makan dalam punyer… Bidalan dan peribahasa melayu kalo korang kaji mana ada pakai ayat macam korang pakai tapi maksudnya sampai…
Kulaan : amon aku gin kada beranakkan banjar tahok basurah kaepang kulaan…
No comments:
Post a Comment