Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 24 November 2013

[18SX] Gempar!!! Orang Utan Berjaya Diselamatkan Setelah Dijadikan PELACUR Di Kalimantan Tengah!!!


Seekor Orang Utan betina berusia enam tahun berjaya diselamatkan setelah dijadikan PELACUR di wilayah Kerengpangi, Kabupaten Katingan, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Menurut Koordinator The Borneo Orangutan Survival Foundation (BOS), Monterado Fridman, tidak ada yang tahu sudah berapa lama Orang Utan bernama Pony itu berada di sana.

Katanya, pemilik rumah pelacuran tersebut pada mulanya berkeras tidak mahu menyerahkan Pony. Baginya Pony adalah sumber kewangan rumah pelacurannya

"Tidak mudah mengeluarkan Pony dari tempat mengerikan itu, ini kerana siapa saja yang cuba hendak menyelamatkan Pony akan berhadapan dengan orang-orang desa itu yang sanggup mengayunkan parang demi membela pemilik rumah pelacuran berkenaan," kata Monterado dalam laman web Yayasan BOS.

Akhirnya selepas mencuba selama kira-kira satu tahun, Yayasan BOS dengan kerja sama dengan pasukan polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) berhasil memaksa pemilik rumah pelacuran itu untuk menyerahkan Pony.

Difahamkan ketika operasi menyelamatkan Pony dilancarkan, anggota tentera dan polis seramai 35 orang lengkap dengan senjata automatik AK-47 terlibat bagi memastikan ia berjalan lancar.

Menurut Fridman, penjaga rumah pelacuran itu telah mencukur hampir seluruh tubuh Pony dan menyerahkan tubuh Pony untuk 'diratah' para pemuda yang kemaruk seks di kampung itu dengan sedikit bayaran.

Paling mengejutkan, jumlah mereka yang melanggan Pony cukup ramai hingga mencecah bilangan beratus orang, menjadikan rumah pelacuran itu terkenal di kawasan sekitarnya.

Ketika ditemui, Pony diikat dengan rantai besi dan dibiarkan meniarap di atas tilam nipis menunggu untuk disetubuhi oleh pelanggan!

Apapun kini nasib Pony terbela dan binatang itu sedang dilatih di sebuah pust pemuliharaan Orang Utan di sana sebelum dijangka dilepaskan kembali ke habitat asalnya tidak lama lagi.

Ternyata manusia semakin gila!

Macam-macam…

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. tahap pemikiran mereka dah macam binatang sannggup orang utan diperhambakkan untuk sex, bodoh, bangang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers