Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 27 November 2013

Pro Mahasewel Pening Kepala Dengan Kempen Penggerak??? #PRKampus #UM @razaliibrahim @tunfaisal


Pening... Pening... Pening... Memang pening... Tapi bukan pening lalat tau...

Pilihanraya kampus UM kali ini memang memeningkan kepala tapi hanya geng MAHASEWEL yang mewakili Pro Mahasiswa bila mereka mula buntu dengan cara kempen yang dilakukan oleh Penggerak dalam berkempen kali ini.

Kempen Penggerak lebih tersusun dan lebih ke akar umbi iaitu secara terus kepada mahasiswa. Kempen Penggerak juga dilihat secara berhemah tanpa melakukan sebarang provokasi yang tidak sihat. Kempen berhemah ini lebih diterima oleh mahasiswa UM berbanding dengan kempen penuh provokasi calon Pro Mahasiswa.

Tambahan pula setelah selesainya PRU13 baru-baru ini Pro Mahasiswa kelihatan kebuntuan isu terutama untuk membawa isu nasional atau isu negara ke dalam kempen Pilihanraya Kampus UM. Tiada isu negara yang boleh mereka jadikan modal. Tambahan pula geopolitik dan landskap politik negara juga sudah berbeza berbanding sebelum PRU13.

Berbeza dengan calon Penggerak yang membawa isu kebajikan mahasiswa UM yang akan mereka perjuang jika mereka dipilih mewakili mahasiswa UM sebagai wakil pelajar. Inilah wakil pelajar yang dicari bila Penggerak sanggup membawa suara dan aspirasi mahasiswa dalam erti kata yang sebenar dan mereka inilah yang sepatutnya digelar Pro kepada Mahasiswa bukannya Pro Mahasiswa yang lebih membawa ideologi politik kotor Pembangkang.

Kepada Pro Mahasiswa sudah-sudah la jadi agen atau macai Pembangkang. Ideologi yang di bawa Pembangkang ini sudah tidak lagi boleh diterima oleh mahasiswa UM yang sudah matang dalam berpolitik ini.

Kepada mahasiswa UM, buatlah pilihan yang betul dan tepat. Pilihlah calon Penggerak kerana itu pilihan yang betul dan tepat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers