Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 28 November 2013

Panas!!! MB Selangor Dan Para Exco Naik Gaji Gila-Gila!!!


Wah… kalau langkah ini diambil oleh kerajaan pusat atau Barisan Nasional (BN), entah apa-apa spin yang akan keluar di media sosial seperti Facebook.

Namun, disebabkan ia libatkan kerajaan Pakatan Rakyat, maka sudah tentu ia akan dizahirkan dengan penuh keharuman bak bunga yang baru kembang di taman larangan.

Menteri Besar Selangor dilaporkan akan menerima lonjakan gaji daripada RM14,175 kini kepada RM29,250. Manakala para exco pula menerima kenaikkan dari RM6,000 kepada RM11, 250.

Kadar baru yang mencapai hampir 100 peratus.

Kenaikkan berkenaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor.

Tiada siapa yang boleh membantah kenaikkan itu, cuma bayangkan apa yang akan dilontar dan dibakar di media sosial jika yang timbul ialah gaji perdana menteri dinaikkan.

Macam-macam la poster dan kenyataan memburukan perdana menteri, keluarga beliau dan kerajaan akan timbul… cubalah berlaku adil sekali-sekala.


Berita Penuh;


SHAH ALAM — Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Selangor hari ini meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berkuat kuasa 1 Jan depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus. 

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 Nov bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak. "Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid mengumumkan pembayaran setengah bulan bonus kepada kesemua 15,643 penjawat awam negeri yang akan dibayar mulai Januari depan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM14.821 juta. Dengan pemberian bonus itu, penjawat awam negeri menikmati satu setengah bulan bonus termasuk bonus untuk Aidilfitri yang diberikan tahun ini. Persidangan DUN bersambung esok. — BERNAMA


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.















1 comment:

  1. Kulaan Niring,ancapi ku iring ,mohon izin,

    Tahniah kapada Ah jib Gor Gong dan Idris Pemandu yang memberi galakkan padu kapada visi liberal moderate inklusive worldview transformaci blue ocean strategy the best is yet to come endless possibilities high income nation.
    Dengan visi Ah Jib Gor Gong , Selangor telah merampaskan kedudukan teratas ranking menjadi negeri pertama yang mencapai KPI 1M high nation per capita income RM30,000 untuk Barisan PR(aka ex UMNO).Ada yang nyatakan sokongan dengan ayat "they make money for the state".
    Apa pun,bagi kalangan bangsawan wannabe Selangor yang teruk(kesian kesian) memikul bebanan kerja yang berat 365 24 7/11, bagi pihak penduduk negeri selangor, yaani 2 juta orang rakyat malaysia dan 1.5 juta PATI/expat dari Indon,Vietnam,Myanmar,Bangla,PRC Cina,Sri Lanka,Palestine. Juga dari lithuania,bosnia,filipine,nepal,india,korea,jepun,nigeria,ghana,iran,irak,kenya.(Truly Asia).
    Serta semua orang yang sayangkan Ah Jib Gor Gong 1M 1M4U untuk memenuhi kehendak truly asia dan every one can fly AA TS TFFFFF.
    Memang tepat pada masa nya di Labuan IFC, sudah ada Wealth advisors bakal memberi khidmat kapada peningkatan bilangan miilionaires daripada 30,000 orang ke 60,000 menjelang 2015.
    Hebat sungguh Visi 1M ah jib gor .Hinggakan inklusive nya no one will be left ,juga meraih sokongan Pakatan Rakyat yang sentiasa membantah GST ,tetapi naik gaji sampai 331 % disebabkan DUN Selangor dah yakin GST memang akan mengakibatkan inflasi.
    PR yakin kos sara hidup sebab subsidi gula/bahan bakar menurun, dan kos meningkat sebab tekanan dari kenaikan gaji untuk golongan bangsawan setaraf Ah Jib Gor Gong, yaani DUN Negeri Selangor yang juga mirip Ah Jib Gor Gong the English Anglopile Finance Minister.
    Ah Jib Gor dah sombong ,tidak mau kurangkan extravagant expenditure dan abuse of public tax payers monies saperti RM7.2 biillion bayaran kpd consultant.
    Seterusnya Dun Selangor adalah pelajar terbaik di bawah perguruan aH JIB GOR Gong .
    TAHNIAH Tan Sri Khalid.
    Saya anugerah anda best student of the year award ( di iktiraf di Battersby,London,UK) - Ah jib gor gong -UMNO Merit Certificate.
    Tahniah ah Jib Gor Gong,the best big spender award of Malaysia (di iktiraf di Sans Francisco dan New York olih Khazanah Group USA),Certificate of Merit.
    Applause untuk Hannah,"I din want the hike, but I will donate the increment to Izzaah Hall,Subang jaya selama 5 tahun.Hallelujaaah.
    Ah Jib Gor gong,TS Khalid ,twitt twitt twitt lebih sikit lagi lah, hebat sungguh,mengkagumkan gandingan anda berdua.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers