Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 29 November 2013

Puaka Niring : Buaya Ganas "Bujang Seblak" Muntahkan Mayat Manusia Tanpa Kepala, Tangan Dan Kaki!!!


ROBAN – Usaha mencari nelayan sungai Adrian Thomas, 32, yang hilang dipercayai dibaham buaya dengan jolokan 'Bujang Seblak' berakhir dengan penemuan mayat tanpa kepala, tangan dan kaki, pagi semalam.

Rentetan penemuan mayat menyayat hati itu bermula apabila penduduk kampung yang menyertai usaha mencari mangsa di Sungai Seblak terlihat gelagat pelik seekor buaya dianggarkan sepanjang 16 kaki menggoncangkan tubuhnya dan mengocakkan air sebelum memuntahkan mayat manusia.

Saksi kejadian, Mani Mangai, 50-an, penduduk dari Rumah Mawan Ason, Empayak, Roban, berkata, seumur hidupnya, itulah kejadian paling aneh yang pernah dilihatnya.

"Kami amat terkejut apabila seekor buaya kira-kira sepanjang 16 kaki, berwarna kehitam-hitaman tiba-tiba muncul hanya beberapa meter dari tepi perahu kami, sambil mengocakkan air lalu memuntahkan sesuatu dari mulutnya," kata Mani ketika ditemui media di jeti perahu rumah panjang terbabit, semalam.

Beliau berkata, pada mulanya mereka menyangka buaya terbabit memuntahkan plastik, tetapi beberapa minit kemudian, mereka mula terhidu bau busuk.

"Risau dengan perkara itu, kami terus merapatkan perahu kami dengan benda terbabit sambil menariknya dengan pendayung.


"Kami kemudian terperanjat apabila mendapati bahawa ia adalah sebahagian daripada tubuh badan manusia, iaitu bahagian dari pinggang ke paras bahu.

"Menurut Mani, semasa kejadian mereka sedang dalam perjalanan untuk memeriksa mata kail buaya yang telah dipasang dalam usaha menangkap buaya yang dipercayai membaham Adrian pada petang Jumaat lepas.

"Sebaik sahaja menemui mayat terbabit kami terus berpatah balik ke rumah panjang untuk memaklumkan penduduk kampung," katanya.

Mani menemui mayat tersebut bersama tiga rakannya, iaitu Indet Senabong, pawang buaya yang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan, bapa mangsa serta Tuai Rumah Embol.
Indet, 50, berkata, kejadian pelik tersebut berlaku di muara Sungai Budak, kirakira 500 meter dari lokasi mangsa dipercayai diserang.

"Menurut penduduk di sini, lokasi itu dikenali sebagai Teluk Berauh. Kejadian ini berlaku sekitar jam 9 pagi.

"Bagi kami, petanda ini adalah sesuatu yang baik dan membuktikan bahawa kehilangan mangsa selama ini mempunyai kaitan buaya, sekali gus menangkis cakap-cakap segelintir pihak bahawa mangsa hilang di hutan berhampiran, lemas serta beberapa tanggapan lain.

"Pada masa yang sama, kejadian ini menunjukkan buaya yang bertanggungjawab sudah mula merasai kesan daripada usaha yang telah kita jalankan," jelasnya.

Justeru, Indet berharap usaha menangkap sang bedal yang dipercayai membaham Adrian akan membuahkan hasil tidak lama lagi.

Indet terkenal dengan kepakaran dalam menundukkan buaya apabila beliau pernah menangkap seekor buaya sepanjang 12 kaki di sungai yang sama pada 3 Julai tahun lepas.

Dalam kejadian itu, buaya terbabit yang dipercayai membaham Siah Munsong, isteri Tuai Rumah Embol dari Sungai Anak, tumpas dengan sekali tampar di kepalanya.

Sementara itu, ketika penduduk berkumpul di jeti rumah panjang terbabit sambil menunggu pihak polis membawa mayat berkenaan ke Hospital Saratok, mereka dikejutkan dengan berita daripada beberapa pegawai Jabatan PERHILITAN Sarawak bahawa terdapat petanda salah satu mata kail yang dipasang oleh pawang terbabit sudah mengena.


Sejurus itu, Indet, Mani dan Tuai Rumah Embol bergegas ke lokasi yang dimaksudkan, namun sekitar jam 2 petang semalam, kumpulan terbabit kembali semula ke rumah panjang dan mengesahkan mata kail terbabit belum lagi mengena. – Borneo Post Online 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers