Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Zahid Hamidi. Show all posts
Showing posts with label Zahid Hamidi. Show all posts

Friday, 14 February 2014

Cybertroopers PR Tawar RM1500 Untuk Tampar Zahid??? #PRKKajang

Zahid_Hamidi

Sebuah laman sosial milik cybertroopers DAP yang dikenali sebagai We Fully Support PKR dikatakan telah menawarkan ganjaran sebanyak RM1,500 kepada individu yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.



zahid1


Tindakan biadap itu dipercayai tercetus selepas mereka didapati tidak berpuas hati dengan kenyataan Ahmad Zahid berhubung isu ancaman yang diterima Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Teresa membuat laporan polis berhubung ancaman tersebut, lantas Zahid menjelaskan tiada keperluan untuk pihak polis menjalankan siasatan tersebut kerana Teresa bukannya mendapat ancaman bunuh daripada pihak-pihak tertentu.

Memetik kenyataan Zahid, “mengapa kita perlu menyiasat? Jika dia telah ditampar, barulah kita boleh ambil tindakan”.

“Menampar bukan satu ancaman. Jika mereka kata ‘membunuhnya’, maka ia akan menjadi satu ancaman,” katanya lagi.

Menerusi ganjaran menampar Zahid itu, turut ditulis bonus yang akan diberi sekiranya mereka berjaya melakukan tugasan-tugasan tersebut.

Malah terdapat beberapa komen yang kedengaran kasar di laman tersebut seperti, “why dont offer lontar tahi”??? dan “ask him to slap himself”.

Sebelum ini, Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia telah memberikan tawaran sebanyak RM1,200 sekiranya dapat menampar Teresa selepas beliau menghasilkan video Tahun Baru Cina yang didakwa menghina pemimpin tertinggi negara menerusi video tersebut.

Friday, 22 February 2013

Anggota ATM Hanya Layak Diludah???...

KENAPA penulis tidak terkejut dengan pendedahan 4 bekas pegawai tinggi ATM mengenai kegiatan rasuah yang berleluasa di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti yang didedahkan mereka dalam Suara Keadilan kelmarin?

Sebab perkara itu sudah jadi rahsia umum, semua orang pun tau, nak membuktikannya itu sahaja yang susah sebab yang terlibat dari atas sampai ke bawah.

Banyak mata yang nampak, banyak juga pihak yang sedar tapi tak mampu nak berbuat apa-apa kerana status 'Diraja" yang terdapat pada kebanyakan kor dalam ATM.

Menteri Pertahanan pun dikatakan tak boleh nak kacau.

Khabarnya, status itu memberikan lesen besar kepada pegawai-pegawai tinggi tentera dan kakitangan bawahan mereka untuk berbuat sesuka hati terutama dalam soal perolehan. Sumber menyatakan, dari Wisma Padang Tembak, Batu Kantomen sampai ke kem-kem tentera, semuanya terbabit dengan penyelewengan.

Rasuah dalam MINDEF/ATM ini, samalah seperti kegiatan sumbang Chow Kit sana. Semua orang pun tau Chow Kit sarang pelacuran, tapi siapa yang berani ambil tindakan?

Ironinya, kadang-kadang yang sedar akan perbuatan rasuah dalam MINDEF ini adalah di kalangan "Diraja", "Diraja" ini juga. Contohnya, Sultan Johor pernah murka kerana anggota tentera (Regimen Komando) dibekalkan dengan peralatan ketenteraan tidak bermutu, tidak sepadan dengan harga yang dibayar.

Sumber : MyNewsHub
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 1 July 2012

Anak Jawa Bagan Datoh Jadi PM??? Anak Banjar???... @Zahid_Hamidi @zahidhamidi_my


APABILA membincangkan siapakah yang harus menjadi Perdana Menteri (PM) kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, balik-balik nama disebut ialah Anwar Ibrahim, kemudian Haji Hadi Awang. Ada orang kata, “Macam tak ada orang lain lagi.”

Tafsirannya mudah. Nampaknya tidak ada barisan pemimpin pembangkang yang benar-benar layak untuk dicalonkan ke jawatan tertinggi itu. Sebaliknya, majoriti pemimpin dalam PKR dan Pas hanya berkemampuan jadi menteri sahaja. Itu pun berdasarkan ceramah politik atau kenyataan mereka yang tersiar dalam media.

Cakap memang semua orang boleh cakap sedangkan hasilnya belum terbukti, semua orang boleh buat. Ini berbeza dengan kem BN, terutamanya Umno. Sejak dulu lagi Umno tidak pernah ketandusan pemimpin yang layak menjadi PM. Cuma ada yang tidak bernasib baik dalam pemilihan pucuk pimpinan parti atau kurang berminat untuk mempromosikan diri sebagaimana dilakukan Anwar.

Dalam Umno, ramai pemimpin yang berpotensi, walaupun bukan daripada kalangan Naib Presiden Umno. Ada satu atau dua kalangan kepimpinan Pemuda yang mempunyai flair dan karisma untuk menjadi PM. Begitu juga mereka yang terpilih selaku Naib Presiden dalam pemilihan lalu. Antaranya, seorang anak Jawa dari Bagan Datoh yang pernah menjadi Ketua Pemuda Umno dan kini, Naib Presiden Umno.

Walaupun Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sering menjelaskan kepada umum bahawa beliau tidak bercita-cita menduduki jawatan tersebut tetapi beliau nampaknya tidak berdaya menghalang kejayaan yang ditakdirkan ke atas dirinya.

Kira-kira 30 tahun dulu ketika Dr Mahathir menjadi PM, Zahid hanyalah seorang Mat Motor yang berpendidikan tinggi, berakhlak dan berkerjaya. Beliau kerap menganjurkan konvoi motosikal berkuasa tinggi bagi memupuk kesetiakawanan kalangan belia. Kini cintanya pada motor besar masih berkobar-kobar. Atas semangat dan tujuan ini jugalah Zahid berada dalam Umno.

Namun ditakdirkan Zahid kini berada dalam kalangan pemimpin Pemuda Umno, dilantik menjadi Ketua Penerangannya ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Ketuanya dan akhirnya menjadi Ketua Pergerakan tersebut. Ibarat orang bermain silat dalam gelanggang yang dipenuhi pemain yang sama handal, Zahid tidak menunjukkan buah-buah yang boleh membawa pukulan maut. Dia sedar bukan masanya untuk mendahului mana-mana pihak namun sebagai Naib Presiden Umno, Zahid berada kalangan tokoh yang bakal bersaing masa depan.

Friday, 20 January 2012

Mulut Tony Pua Dan Saifuddin Nasution Ternganga Dengar Penjelasan @zahidhamidi_my


Pelbagai pertikaian dan dakwaan penyelewengan yang dibangkitkan pihak pembangkang berkaitan pembelian aset pertahanan negara termasuk enam unit Kapal Tempur Pesisir (LCS) bernilai RM9b akhirnya terungkai.

Wakil pembangkang Tony Pua, Saifuddin Nasution, Dzulkefly ternganga apabila mendengar penjelasan dan penerangan yang dibuat oleh KSU Kementerian Pertahanan bersama Panglima Angkatan Darat, Laut dan Udara serta Menteri Pertahanan sendiri.

Thursday, 29 December 2011

Zahid : Pemimpin Politik Jangan Cuba Jadi Hero Sokong Kumpulan Mahasiswa Biadap....


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada mana-mana pemimpin politik supaya tidak menyokong sekumpulan mahasiswa yang menunjukkan sikap biadab terhadap Perdana Menteri baru-baru ini.

“Kita tidak mahu mana-mana pemimpin politik cuba menjadi hero atas isu-isu tertentu untuk membela tindakan mahasiswa yang melakukan perbuatan biadab itu,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas di sini hari ini sempena perayaan Krismas.

Tuesday, 13 December 2011

Isu Kapal Selam : Dah Menyelam Pun Lim Guan Eng Spin Cerita Lagi Plak...


Dah bagi bukti pun tetap nak menipu jugak... kalo dah keturunan penipu tu tetap penipu jugak... dulu kata kapal selam tak boleh menyelam... dah bagi selam sekali dok nak spin jugak cerita kapal selam nie dalam ceramah-ceramah... yang orang melayu bodo yang dengar sekali pun dok sokong memBABI-buta... BABI pun tak buta macam tuh... Lu pikir la sendiri...



Ihsan : Minag Jinggo

Thursday, 8 December 2011

Lim Guan Eng Akan Menyelam Dengan Kapal Selam Tak Boleh Menyelam????...



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menaiki kapal selam KD Tun Razak Jumaat ini bagi membuktikan bahawa dakwaan pembangkang yang kapal selam negara tidak boleh menyelam adalah tidak betul. 




Ahmad Zahid berkata, beliau dan Guan Eng akan menaiki kapal selam itu di pusat pameran maritim sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima '11) di Awana Porto Malai pada pukul 3 petang. 

Thursday, 20 October 2011

Zahid Hamidi : Dunia Blogosfera Pro BN Dinasihat Henti Hentam Pemimpin Kerajaan

Kulaan sempat bertemu dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi semalam bersama dengan rakan-rakan bloggez tersohor, facebookez dan pengamal media di bilik mesyuarat pejabat beliau tingkat 5 Wisma Kementah. Banyak ilmu dan pandangan yang beliau kongsikan sebagai panduan di alam siber.

Perjuangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti adalah untuk membentuk kerajaan baru dengan majoriti lebih besar dan bukannya kerajaan yang ada hari ini. Pengamal media, facebookez dan bloggez pro BN diminta supaya mengenepikan kepentingan individu dan kelompok sendiri serta menghentam pemimpin kerajaan dari mana-mana komponen demi untuk memperkukuhkan BN. DatukZahid juga meminta agar perkara ini diberhentikan dengan segera atau dengan nada berseloroh "cuti ler sekejap hentam pemimpin kerajaan, lepas PRU13 nak sambung, sambung la balik. Lagi bagus jangan sambung lagi".
"Dengan slogan lawan kita menuju ke Putrajaya, maka kita perlu mempertahankan Putrajaya, tiada gunanya kita bertelagah dan saling membunuh karier pemimpin BN, namun akhirnya Putrajaya jatuh ke tangan lawan." katanya semalam.

Kulaan : Kulaan berharap agar pengamal media, facebookez dan bloggez Pro BN agar menghentikan segera segala serangan peribadi kepada pemimpin kita yang akhirnya memberi ruang kepada pembangkang melemahkan serta merugikan kerajaan pimpinan PM kita, Datuk Seri Najib.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers