Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 22 February 2013

Anggota ATM Hanya Layak Diludah???...

KENAPA penulis tidak terkejut dengan pendedahan 4 bekas pegawai tinggi ATM mengenai kegiatan rasuah yang berleluasa di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti yang didedahkan mereka dalam Suara Keadilan kelmarin?

Sebab perkara itu sudah jadi rahsia umum, semua orang pun tau, nak membuktikannya itu sahaja yang susah sebab yang terlibat dari atas sampai ke bawah.

Banyak mata yang nampak, banyak juga pihak yang sedar tapi tak mampu nak berbuat apa-apa kerana status 'Diraja" yang terdapat pada kebanyakan kor dalam ATM.

Menteri Pertahanan pun dikatakan tak boleh nak kacau.

Khabarnya, status itu memberikan lesen besar kepada pegawai-pegawai tinggi tentera dan kakitangan bawahan mereka untuk berbuat sesuka hati terutama dalam soal perolehan. Sumber menyatakan, dari Wisma Padang Tembak, Batu Kantomen sampai ke kem-kem tentera, semuanya terbabit dengan penyelewengan.

Rasuah dalam MINDEF/ATM ini, samalah seperti kegiatan sumbang Chow Kit sana. Semua orang pun tau Chow Kit sarang pelacuran, tapi siapa yang berani ambil tindakan?

Ironinya, kadang-kadang yang sedar akan perbuatan rasuah dalam MINDEF ini adalah di kalangan "Diraja", "Diraja" ini juga. Contohnya, Sultan Johor pernah murka kerana anggota tentera (Regimen Komando) dibekalkan dengan peralatan ketenteraan tidak bermutu, tidak sepadan dengan harga yang dibayar.

Sumber : MyNewsHub
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers