Sedang gua duduk lepak dalam keta sambil dengar radio tetiba terdengar berita yang disampaikan oleh penyampai berita Sinar.fm yang artis Yassin mengaku telah menjadi duta kepada satu parti politik.
Menurut berita tu, Yassin mengaku bahawa beliau dengan rela hati menjadi duta bagi parti politik tersebut. Yang selebihnya hanya tuan punya badan dan Allah swt sahaja yang mengetahui niat sebenar beliau.
Nak kata terkejut pun tak, nak kata tak terkejut pun ada. Cuma berita tu tak la menyatakan secara terperinci parti mana yang disertai Yassin hingga diangkat menjadi duta parti. Tapi kalo berdasarkan gerak hati gua, gua rasa pasti sebuah parti pembangkang kalo ikut stail Yassin ni la.
Cuma gua tak berani nak menuduh tanpa bukti yang kukuh. Kalo pembaca ada info yang lebih detail dan terperinci pasal citer nie plez syer ngan gua okay.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment