Rakyat Malaysia terutama penduduk Sabah pasti berasa lega dengan pengumuman kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang menceroboh masuk Kampung Tanduo berhampiran Felda Sahabat 17 di sini bersetuju untuk berundur dari negara ini dalam masa terdekat.
Parti DAP bagaimanapun dilihat bersikap sebaliknya dengan pengumuman itu apabila mendakwa kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengenai perkembangan terbaharu situasi di Lahad Datu berkenaan sebagai tidak masuk akal.
Kenyataan keras Penasihat DAP, Lim Kit Siang tersebut sekali gus menimbulkan tanda tanya ramai pihak mengenai kecenderungan parti itu untuk mempolitikkan semua perkara termasuk perkara yang membabitkan keselamatan rakyat dan negara ini.
"Laporan Philippine Daily Inquirer meskipun penguasa Malaysia mengisytiharkan berakhirnya rundingan dengan lebih 100 rakyat Filipina bersenjata yang mendarat di Sabah awal minggu ini tetapi ketua kumpulan itu bertegas mereka tidak akan berganjak.
"Laporan ini telah menjadikan kenyataan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid dan Hamza bahawa rundingan telah tamat dengan 100 orang Filipina bersenjata berada di perkampungan tepi laut Tanduo di Lahad Datu dan penguasa Malaysia bersedia untuk menghantar pulang kumpulan bersenjata itu kembali ke selatan Filipina tidak masuk akal," dakwanya.
Kit Siang juga mendakwa, kejadian itu telah memburukkan nama Kementerian Dalam Negeri memandangkan kesabaran dan keyakinan rakyat Sabah terhadap kemampuan menyelesaikan kebuntuan di Lahad Datu dengan segera dan aman semakin tipis.
Media semalam melaporkan kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang menceroboh masuk Kampung Tanduo berhampiran Felda Sahabat 17 di sini bersetuju untuk berundur dari negara ini.
Bagaimanapun kumpulan berkenaan dikatakan meminta untuk berjumpa dengan personaliti tertentu sebelum pulang ke negara asal mereka dan polis sedang berusaha membawa individu berkenaan untuk membolehkan proses pengusiran dijalankan secepat mungkin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment