Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 21 February 2013

Bila Kakitangan Awam Mula Menjadi Pembangkang??? @NajibRazak @Ali_Hamsa55 @TengkuAdnanReal


Pada awalnya gua malas nak sembang sangat pasal kakitangan kerajaan nie. Tapi bila insiden penduduk terperangkap di blok kediaman gua di Presint 9 pagi nie, gua rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai "peel" kakitangan awam walaupun bukan semua tapi ia boleh berlaku "luka menjadi kudis, kudis menjadi barah" kepada kerajaan.

Bila ada penduduk yang terperangkap dalam lif pagi ini, bomba bertindak pantas membantu menyelamatkan mangsa. Maka, ramai la penduduk yang jadi pemerhati daripada berusaha membantu. Dalam pada tu terdengar soksek-soksek rungutan mengenai ketidakpuasan hati dengan kontraktor penyelenggara mengenai selenggaraan lif penduduk.

Kemudian mula la dok kata apa kontraktor dengan Bahagian Pengurusan Hartanah buat sampai lif pun tak diselenggara. Takkan nak tunggu berlaku kematian macam cerita lif putus di Lumut beberapa hari lepas berlaku baru nak ambil tindakan. Ada plak mangkuk ayun dok salahkan Ahli Parlimen Putrajaya tak turun padang la. Sampai melalut kata ni la kerajaan sekarang berlaku banyak korupsi dalam kerajaan melibatkan rasuah sampai lif tak diselenggarakan pun kakitangan awan dan agensi yang berkaitan pun tak tau.


Ada plak kakitangan awam yang gua kenal mula menyalahkan kerajaan bila benda-benda macam nie berlaku. Gua pun menyelit la tanya. Asal tak terus buat aduan jer kat BPH alang2 dah kerja kat Blok AB JPM, asal tak buat aduan terus jer kat KSN sebab duduk satu bangunan. Macam-macam alasan plak dok bagi kata itu kerja pihak atasan la, dia tak boleh komplen sebab kerja kerajaan la, patut persatuan penduduk la yang buat aduan. Gua tanya apasal masa mesyuarat penduduk tak turun buat aduan, dah terdiam.


Gua rasa dah melalut panjang dah cuma apa yang gua nak kongsikan di sini cuma perangai komplen sana salahkan kerajaan, komplen sini salahkan BN gua rasa ada benda yang tak kena dengan isi perut kakitangan awam ni. Dah nampak perangai pembangkang dikalangan kakitangan awam semakin berkembang. KSN kena buat sesuatu dengan parasit-parasit ni yang mula menghasut penduduk dan kakitangan awam lain. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


3 comments:

  1. Kaki tangan kerajaan yang banyak mengutuk kerajaan boleh belah.

    Barua-barua ni bukan sahaja mentekedarah duit rakyat, kerja malas, dah bagi macam-macam kemudahan masih dok mengata.

    Kalau tak suka dengan kerajaan pi cari makan dengan puak pembangkang atau buat kerja sendiri.

    Memang dasar pengecut. Patut dibuang saja ganti dengan orang lain yang benar-benar iklas berkerja.

    KSN tunggu apa lagi teropong juga Ketua-ketua Jabatang yang talam dua muka.

    Menyusahkan Rakyat saja dengan adanya malaun-malaun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka tu tak sedar diri...tengok pegawai kerajaan di Singapura, tak betul je, kena berhenti, rasuah je kena buang. Kalau kat Malaysia buat macam tu agaknya, ramai kakitangan kerajaan kena berhenti sebab pemalas. Itu sebab kenapa DAP nak kurangkan kakitangan awam kalau mereka berkuasa...Kalau itu pun, pekerja awam tak sedar jugak, memang tak layak kerja dgn kerajaan....berhentilah, dan buat kerja sendiri baru tahu betapa susahnya nak dapatkan duit 2-3 ribu sebulan...

      Delete
  2. penyakit ni dah melarat sampai ke pihak pegawai2 atasan..masa dah suntuk harap2 dapatlah bendung sedikit sebanyak menjelang pru13 nie

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers