Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 21 December 2011

Hassan Ali : Pakatan Punca Pas Sudah Berubah Wajah...


EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali mendedahkan, pakatan PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP antara punca perubahan prinsip perjuangan PAS yang tidak lagi menegakkan negara Islam hingga menyebabkan kemerosotan sokongan ahli.

Beliau berkata, penyokong mula mempersoal dan mahu menarik diri daripada menyokong PAS berikutan perubahan dasar daripada negara Islam kepada kerajaan perpaduan yang kemudian diganti negara berkebajikan.

“Saya minta PAS kembali ke perjuangan asal, ini bukan saya saja yang minta, orang lain pun minta... cuba kita buat undian, tetapi undian terbaik adalah Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti,” katanya."

Hassan menyifatkan pemimpin tertinggi DAP, terutama pengerusinya, Karpal Singh sebagai ‘stumbling block’ (penghalang) untuk PAS mempertahankan prinsip perjuangan.

“Pengerusi DAP kata langkah mayat dia dulu, ini jelas menandakan pintu rundingan mengenainya tertutup dan terkunci buat selama-lamanya selagi dia hidup,” katanya.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak yakin parti itu mampu mengekalkan dasar perjuangan asal jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya disebabkan kegagalannya mempertahankan prinsip itu ketika ini.

Beliau berkata sebagai reaksi kepada kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini selain menggesa pucuk pimpinan mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip yang didakwa menyemai bibit perpecahan di kalangan ahli dan penyokong parti.

Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu turut mempersoalkan konsep negara berkebajikan yang diperincikan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi 10 agenda baru-baru ini yang katanya tidak wajar dilaksanakan PAS.

Katanya, matlamat memartabatkan Islam, bangsa Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu perlu dimasukkan kembali dalam konteks perjuangan parti.

Sementara itu, Hassan menyerahkan kepada pucuk pimpinan sama ada wajar Mahfuz dan Mustafa dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin kerana kenyataan negatif dan berniat jahat, berbeza dengan kenyataan beberapa pemimpin tinggi parti termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi.

Dalam kenyataan tiga muka surat, beliau menyifatkan Mustafa sebagai pemimpin yang bongkak dan sombong kerana menggunakan jawatan untuk membidas beliau hingga sanggup memfitnahnya.

Beliau turut menempelak Mahfuz yang disifatkan bankrap pemikiran dan tidak mengikuti perkembangan semasa kerana mengalu-alukannya untuk keluar parti dan menyertai UMNO.

Ditanya mengenai dakwaan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman pada sidang media semalam bahawa tindakan beliau memberi kenyataan kepada media merosakkan imej parti itu, Hassan mempersoalkan kenyataan itu dengan membandingkan tindakan Saari yang membuat pengumuman pra-matang mengenai pencalonannya.

“Mana yang merosakkan imej parti, tindakan Saari atau tindakan saya? Bahkan apa yang timbul sekarang adalah hasil daripada tindakannya dan sehingga hari ini, saya tidak nampak sebarang tindakan PAS Pusat... Saari menikus jatuh di labu mana pun saya tidak tahu."

“Jadi pada saya, Rani kena tengok sekeliling, kena bijak dan ‘multi linear’,” katanya yang turut menegaskan tiada masalah untuk berbincang dengan PAS Selangor.

3 comments:

  1. Ramai berpendapat DAP bkn regu yg baik dan sesuai utk PAS, UMNO dan PKR pun krg suai dgn PAS..so the bez thing to do PAS hendaklah jadi parti pembangkang dalam negara ini utk 'check & balance' tak kira lah siapa yg perintah Malaysia..itu lbh sesuai rasanye

    ReplyDelete
  2. Tudiaaaa....patutlah Dato Hassan Ali, ust. Nasha, Dato' Harun Din kena balun pun tak akan lompat keluar parti PAS sebab depa dah bai'ah dengan parti, kalau lompat parti kena cerai isteri jatuh talak 3....woooooo... kena balun macamana pun kena tahan jugak la. Suka tak suka kena duduk jugak dalam parti. nampak gaya puak2 ni akan kena gantung tak bertali la yer...kesian... aku sayangkan ulamak2 ni tapi aku benci PAS..nak buat macamana yer????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers