Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 21 December 2011

Pas Sudah Berantakan Bila Anak Nik Aziz Sudah Berani Selar Harakah Dan SU Agung PAS...

kartun menghina Nasharuddin disiarkan Harakah baru-baru ini...

Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz menyelar lidah rasmi parti itu Harakah kerana menerbitkan kartun yang mengkritik bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa.

Bukan itu sahaja, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga menjadi mangsa kritikan atas kenyataannya terhadap Nasharudin dan bekas pesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sebelum ini.

“Saya menolak kartun Drnots dalam Harakah cetak terbaru yang menghina kekanda saya, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa."

“Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh,” kata Nik Abduh.

Harakah edisi Isnin menerbitkan kartun karya Drnots yang digambarkan terjerat dengan pancing di depan bendera BN.

Seorang watak mirip Datuk Seri Najib Razak digambarkan memegang pancing itu sambil berkata dalam hati: “kena dahhh….”

Penerbitan kartun dalam ruangan “Malaysia Kini” itu dilihat sebahagian daripada ‘perang’ menghadapi pemimpin itu yang sering dikaitkan dengan Umno sejak beberapa tahun lalu.

‘Tungulah masuk Umno dulu’

Mustafa antara pemimpin tertinggi PAS paling lantang mengkiritik kedua-dua pemimpin itu melalui wawancara khas dengan Harakah dan edisi dalam taliannya Harakahdaily sebelum ini.

Pemimpin veteran itu antaranya dilaporkan berkata Nasharudin dan Hasan terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS atas tindakan yang seolah-olah mempersoal dasar Islam parti itu.

Nik Abduh menolak “tuduhan” dan kenyataan Mustafa ketika kedua-dua pemimpin kontroversiti itu “berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada PAS”.

“Tunggulah dulu dua (orang) itu masuk Umno jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga PAS. Jika tidak, ia hanya tuduhan yang memecahkan (parti),” katanya yang juga anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Nik Aziz bagaimanapun sebelum ini enggan mengulas isu itu dan meminta media merujuknya Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman.

Nik Abduh juga mempersoalkan kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib yang dilihat mula menghangatkan isu itu apabila dilapor berkata Dr Hasan tidak menerima pencalonan cukup daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

“Mengapa memperkecilkan kenyataan Saari Sungib yang memulakan isu yang dah sedia membara dalam sekam?"

“Di mana beliau untuk tidak memohon maaf secara terbuka? Pemuda PAS menjunjung akhlak berjamaah yang tinggi,” katanya lagi.

Kulaan : ini demokrasi yang korang kata kerajaan BN sekarang zalim... bila kena batang hidung korang, pandai plak korang marah melenting... ini baru kartun yang "lidah rasmi" korang yang keluarkan... baru kritik sikit dah melenting... masa korang hentam kerajaan takpa plak... itu belum lagi masuk bahasa yang korang pakai 'time' ceramah... maki hamun dah menjadi darah daging korang... fitnah dah jadi makanan 'ruji' korang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers