Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 22 December 2011

Benarkah Madrasah Salihiah Premis Terakhir Diroboh Pas Kedah???... Apakah Jaminannya???...

MADRASAH Salihiah yang berusia 100 tahun dibina 
di tanah wakaf di Jalan Tambang badak dan akan 
dirobohkan untuk pembinaan pusat komersial.

Akhirnya Madrasah Salihiah, Kancut di Jalan Tambang badak yang menjadi 'isu hangat' di Kedah sejak kebelakangan ini bakal tewas di tangan kerajaan negari Kedah yang dipimpin Pas. Pusat pengajian Islam ini bakal di 'transformer' kan menjadi pusat komersial yang bakal dikenali sebagai "Aman Sentral".

Berita sedih ini disahkan oleh kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan bahawa bangunan ini tetap akan dirobohkan demi memberi laluan kepada pembangunan. Bangunan ini terpaksa dirobohkan kerana kedah sudah tidak mempunyai tanah lagi. Tanah sawah atau 'bendang' tidak sesuai untuk mendirikan bangunan?. 


Tapi kenapa Tesco boleh pula didirikan di atas tanah bendang? Bukan itu saja, banyak lagi bangunan yang masih boleh dibina di atas tanah bendang. Mesti ada 'udang disebalik batu' kenapa tanah itu juga yang mahu dibangunkan. Adakah kerana 'value' tanah itu menarik minat orang bukan Bumiputera yang menjadi idaman mereka. Adakah DAP yang ramai 'businessmen' di dalamnya mempunyai kepentingan peribadi terhadap projek ini?



Macam-macam persoalan yang 'fishy' timbul berkaitan isu madrasah ini. Macam ada 'something' yang berlaku disebalik kemelut ini. Macam ada 'tangan-tangan' yang memungkinkan berlaku campur-tangan demi kepentingan peribadi.


Ikuti kenyataan Azizan ini :
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah tetap akan merobohkan Madrasah Salihiah, Kancut di Jalan Tambang Badak, di sini untuk memberi laluan kepada projek pembangunan mega Aman Sentral, dengan memberi jaminan bangunan itu adalah premis terakhir yang akan dirobohkan.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata kerja untuk menyiapkan projek pembangunan Aman Sentral berkenaan akan diteruskan, selain menafikan dakwaan bahawa ia terpaksa dihentikan atas sebab tertentu, termasuk isu madrasah terbabit.
Katanya, beliau sudah melawat tapak projek berkenaan dua hari lalu dan menyifatkan kerja pembinaan berjalan lancar serta yakin ia akan menjadi mercu tanda baru Alor Setar, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat dan pembangunan ekonomi negeri.

“Kita sudah selesaikan isu Madrasah Salihiah dengan memberi jaminan kepada rakyat bahawa bangunan itu akan menjadi premis terakhir yang akan dirobohkan iaitu selepas semua yang dirancang siap.

“Selain itu, kita juga sudah memberi pampasan untuk membolehkan satu tapak baru yang dirasakan sesuai untuk mendirikan semula bangunan yang dirobohkan berkenaan dengan nilai setara,” katanya selepas Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Selain itu, Azizan berkata, beliau juga sudah melihat pelan pembangunan kompleks baru berkenaan yang didakwa turut dilengkapi surau dengan reka bentuk moden yang mampu memberi keselesaan kepada jemaah.
"Selain itu, kita juga akan membangunkan sebuah surau di dalam tapak kompleks berkenaan dengan reka bentuk moden yang dijangka dapat memberi keselesaan kepada 400 jemaah selain boleh digunakan untuk solat Jumaat,” katanya.

Azizan berkata, projek Aman Sentral bernilai hampir RM500 juta yang dijangka siap pada 2014 itu akan membuka lebih 2,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

“Pembangunan projek Aman Sentral ini bakal mewujudkan peluang kerja kepada penduduk tempatan, selain meningkatkan pembangunan ekonomi negeri,” katanya.

Ahad lalu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin, menyelar sikap kerajaan PAS Kedah kerana tidak mempertahankan Madrasah Salihiah, bagi memberi laluan kepada Projek Pembangunan Aman Sentral.

Zulkifli mendakwa kerajaan Kedah mengamalkan sikap ‘double standard’ kerana dalam masa yang sama mengekalkan rumah ibadah agama lain dan lari daripada konsep parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam. Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers