Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 8 November 2011

Pembangkang Cemburu Dengan Kestabilan Ekonomi Di Bawah Pemerintahan BN

Ke-17 daripada 110 negara dalam Indeks Kemakmuran

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia mendapat pengiktirafan mencapai prestasi baik menduduki senarai ke-17 daripada 110 negara seluruh dunia berdasarkan laporan terkini Indeks Kemakmuran Legatum 2011, Institut Legatum berpangkalan di London.
Dalam subindeks itu, laporan badan bebas bukan partisan itu menyatakan kepercayaan orang ramai kekal tinggi dengan 87 peratus melahirkan keyakinan terhadap sektor kewangan Malaysia.

Pertumbuhan perkapita Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat purata 2.3 peratus setahun dari 2005 hingga 2009, menunjukkan pertumbuhan yang tetap dan menyumbang kepada penilaian subjektif yang positif terhadap ekonomi negara. - Laporan Indeks Kemakmuran Legatum 2011 Malah bersama Indonesia (menduduki tangga ke-44 dalam subindeks Ekonomi), Malaysia disebut sebagai model kemakmuran ekonomi kepada negara Arab yang bergolak apabila kejayaan ekonomi negara sebahagian besarnya sumbangan perindustrian berpacu eksport dengan didorong pelaburan langsung asing (FDI), selain kadar pengangguran rendah.

“Malaysia mempunyai kadar inflasi 0.58 peratus serta kadar tabungan dalam negara kasar yang tinggi, iaitu 36 peratus, sekali gus menunjukkan ekonomi yang stabil dan berkembang.

“Penduduknya mempunyai akses tinggi kepada makanan dan kediaman mampu milik (data diambil dari Gallup World Poll), meletakkan Malaysia di tangga ke-42 pada peringkat dunia (dalam kalangan 110 negara Indeks Kemakmuran) dalam pembolehubah ini.

“Pertumbuhan perkapita Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat purata 2.3 peratus setahun dari 2005 hingga 2009, menunjukkan pertumbuhan yang tetap dan menyumbang kepada penilaian subjektif yang positif terhadap ekonomi negara.
“(Data diambil dari Gallup World Poll) kira-kira 71 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan standard kehidupan mereka, 53 peratus percaya pasaran kerjaya adalah positif dan kebanyakannya optimis mengenai ekonomi negara,” menurut laporan itu.

Ekonomi antara satu daripada lapan subindeks diambil kira dalam Indeks Kemakmuran Legatum 2011 yang secara keseluruhannya menyaksikan Malaysia mengekalkan kedudukan tahun lalu di tangga ke-43 dalam senarai 110 negara itu yang mewakili kira-kira 93 peratus penduduk dunia dan 97 peratus KDNK global.

Pada peringkat rantau Asia Pasifik pula berdasarkan laporan sama, Malaysia menduduki tangga kelapan. Negara yang menduduki 10 tangga teratas dalam Indeks Kemakmuran Legatum 2011 ialah Norway, diikuti Denmark, Australia, New Zealand, Sweden, Kanada, Finland, Switzerland, Belanda dan Amerika Syarikat.

Singapura yang berada di tangga ke-16, satu-satunya negara ASEAN yang mengatasi Malaysia dalam penarafan kemakmuran antarabangsa itu, manakala Indonesia pada kedudukan ke-70.

Bagi tujuh subindeks lain dalam Indeks Kemakmuran itu, Malaysia menduduki tangga ke-35 bagi Tadbir Urus, Keusahawanan dan Peluang (36), Pendidikan (46), Kesihatan (46), Keselamatan dan Sekuriti (53), Modal Sosial (75) dan Kebebasan Peribadi (96).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers