KUALA LUMPUR 8 Nov. – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyatakan keyakinan tinggi terhadap UMNO dan akan terus bersama parti Melayu terbesar itu.
Katanya, sejak dahulu lagi parti tersebut berdiri atas gabungan idea dalam kalangan rakyat pelbagai lapisan yang membuatkannya bertahan sehingga kini.
“Kalau saya benar-benar hendak keluar UMNO, saya sudah cakap awal-awal. Buat apa mahu buang masa?
“Saya masih ada keyakinan tinggi terhadap UMNO tetapi saya bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) kerana tiada ruang bersuara dalam UMNO,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Jalan Langgak Golf di sini, hari ini.
Kenyataan Tengku Razaleigh itu, sekali gus menjawab segala spekulasi yang kononnya beliau akan keluar UMNO seperti dakwaan beberapa blog sebelum ini.
Kata beliau, Amanah yang mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dua minggu lalu akan merancang program dan menggerakkan pertubuhan itu secara aktif.
Kulaan : sudah sudah la Ku Li... apa yang dok buat publisiti murah... makin dekat PRU makin galak plak dia... orang Kelantan... tolong nasihat skit kat dia...
Hanya jauhari yang mengenal manikam. Begitulah pendirian Ku Li. Beliau adalah veteran yang tahu serta mahir menilai parti mana yang lebih releven serta memberi munafaat kepada Agama, Bangsa & Negara. Terima kasih Ku Li atas segala jasa dan bakti yang telah ditaburkan!
ReplyDelete