Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 8 November 2011

Jangan salahkan UMNO jika gagal dapat pas media

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Media alternatif tidak harus menyalahkan UMNO sekiranya tidak dibenarkan membuat liputan sempena Perhimpunan Agung parti itu akhir bulan ini, berikutan kegagalan mereka menghantar borang permohonan pas media sehingga tarikh akhir yang ditetapkan, iaitu 31 Oktober lepas.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata pihak UMNO memberi layanan yang adil kepada semua media tempatan dan luar negara, termasuk media alternatif, dengan membenarkan pengamal media mengemukakan permohonan rasmi untuk membuat liputan.

Bercakap pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Penyelarasan bersama Media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 hari ini, beliau berkata pihaknya menerima 1,760 permohonan pas media sehingga 31 Oktober.

"Sehingga hari ini, pihak kami masih tidak menerima borang permohanan pas media dari media-media alternatif dan ia akan memberi kesukaran apabila mereka membuat liputan mengenai perhimpunan kelak kerana tidak mempunyai pas media yang dikeluarkan UMNO,” katanya tanpa mendedahkan media alternatif yang terlibat.


Beliau berkata tahun ini, UMNO menyediakan kemudahan audio dan visual yang lebih baik serta lokasi lebih selesa dan luas berhampiran bilik sidang media berbanding tahun sebelumnya, bagi melancarkan tugas pengamal media. - Bernama

Kulaan : harap-harap lepas nie terjawab la sudah persoalan berkaitan Pas Media nie...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers