Teater alternatif (bukan muzik jer ada genre alternatif bro...) "Teater Juta-juta ke Putrajaya" yang malam ini merupakan hari pembukaan pementasan bermula 10-13 November 2011 bertempat di Panggung Eksperimen Mawar Sari, Presint 3, Putrajaya (berhadapan Istana Kehakiman).
Teater yang dibintangi 3 orang anak muda yang membawa 12 watak dengan plot yang berterabur dan tunggang-langgang ini dipenuhi dengan pelbagai plot. Ia menceritakan bagaimana susah-payah jerit-perit anak muda lepasan IPTA tempatan bidang teater dalam usaha mementaskan teater dan mengembangkan seni teater alaf baru. Teater yang ada humor, serius, sedih, dramatik, bangsawan dan banyak lagi ntah apa-apa lagi yang Kulaan sendiri tak faham.
Jadi, Kulaan mengesyorkan kepada semua untuk datang beramai-ramai menyaksikan teater lain dari yang lain. Confirm lain dari yang pernah dipentaskan di pentas lain terutama di Kraton Seni.
No comments:
Post a Comment