Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label PAUMNO 11. Show all posts
Showing posts with label PAUMNO 11. Show all posts

Tuesday, 6 December 2011

Quikie Time : Bukan Lisa Surihani Yang Menarik Perhatian Aku Di PAU 2011....





adakah ini Lisa Surihani Ku????

gadis misteri yang masih menjadi tanda tanya????
 siapakah dia????...
Kulaan : bukan kerana mu "Lisa Surihani" yang menarik perhatian ku di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini kerana ku tahu antara kita berdua jauh berbeda ibarat langit dan bumi, enggang sama pipit mana kan boleh terbang bersama... namun, inilah pengganti "Lisa Surihani Ku"... siapakah gadis ini yang mampu ku lihat dari jauh sahaja...

Lensa Niring 9 : Wajah-wajah Menarik Sepanjang PAU 2011.... #PAUMNO


jangan melopong sangat pakcik oooi... nanti masuk lalat....

port geng veteren... tingkat 5 depan TV besar...

khusyuk ker terlelap pakcik nie????

tekun pakcik nie mendengar ucapan PM...

Lensa Niring 8 : Wajah-wajah Menarik Sepanjang PAU 2011.... #PAUMNO


cuba teka sapa awek nie???

dah cun dah cik adik oooi!!! dahsyat giler zaman sekarang...
IPad pun boleh buat cermin...

tutup mulut skit cik kak oooii!!! nanti masuk lalat...

Monday, 5 December 2011

Lensa Niring 7 : Corat-coret Hari Terakhir Di Gerai Jualan PWTC.... #PAUMNO

pilih kak long... jangan tak pilih... bukan senang orang 
nak ambik gambar tuh...

"eh! muka aku pun ada..." itu kot sebab yang buat kak long
Puteri senyum lebar...





Lensa Niring 6 : Corat-coret Hari Terakhir Di Gerai Jualan PWTC.... #PAUMNO

bukan main cum lagi 3 gadis pingitan promoter... 
dah berpunya ker belum...

dah letih kot kakak-kakak berempat berjalan shopping 
barang... tu yang berenti minum dulu...

ada ker sapa yang nak beli dan sanggup pakai kasut but nih... 
luper plak tanya kasut nie untuk lelaki ker perempuan...

Saturday, 3 December 2011

Lensa Niring 5 : Corat-coret Hari Terakhir Di Gerai Jualan PWTC.... #PAUMNO

ader ker gambar cik adik oooiii...

ini bukan cd lucah atau cd cetak rompak... ini cd ori tuh...

aper yang beria isi borang tuh brader oooii...

halamak! ini bukan gadis litar tapi gadis kaunter pameran...

Lensa Niring 4 : Corat-coret Gelagat Pengunjung PAU 2011 di PWTC... #PAUMNO

cameraman mana yang dok tinggal kamera video
tengah-tengah jalan nie... dah la lorong kosong
bukan ada orang pun...

chef dok sebok melayan pelanggan yang banyak songeh...
nak tambah macam-macam tapi harga nak murah...

cari sapa pakcik... cari makcik yang dah lesap ker... cari makcik
kat gerai jualan... makcik doksyok shopping tuh...

Panas!!! Jentera Parti Dihalau Keluar Dari Interview @khairykj Ketua Pemuda UMNO... #PAUMNO

KJ ketika di "interview" oleh Unit Media Baru (UMB)....
Semalam Kulaan mendapat panggilan daripada sahabat Kulaan yang mengadu dia sebagai "Jentera Parti" tak dapat nak interview Ketua Pemuda UMNO Malaysia, sdr Khairy Jamaluddin di PWTC petang semalam gara-gara kerenah birokrasi dan sikap "besar kepala" ketua berpangkat Datuk, assistant dia, urusetia dan pak guard yang bertugas. Cerita yang sama Kulaan baca kat blog APA pasai kes "kerek"nya Datuk nie... cerita betoi Klik Sini bro...

Kulaan : betoi ka hangpa nie kena halau atau korang jer perasan kena halau...

Member Kulaan : betoi la... kami datang kerana dijemput untuk cover KP UMNO... kata interview pukul 4 petang... kami pun mai la tingkat 4... baru nak masuk tiba-tiba mai satu Datuk kira orang kuat kat PWTC la mai sound siap dengan jelingan manja yang kalo lembu "feedlot" NFC tu pun tau la maknanya suruh keluar kandang...

Kulaan : Iskh! hangpa nie biaq betoi... takkan la orang parti sendiri nak buat kat hangpa yang memang duduk bawah parti... lain la kalo "Blogger Upahan" ka Malaysiakini ka MalaysianInsider ka... takpa la nak halau pun... depa bukan orang parti pun...

Friday, 2 December 2011

DRI Minum Petang Bersama Pemimpin IPTA #PAUMNO


Dalam kesibukan sebagai Timbalan Menteri Belia & Sukan, Dato' Razali Haji Ibrahim yang lebih dikenali sebagai DRI yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia masih sempat meluangkan masa untuk bersama pemimpin-pemimpin IPTA untuk Program Ramah Mesra & Minum Petang Pemimpin IPT bertempat di PWTC.

Turut hadir sebagai tetamu jemputan adalah Pengerusi Unit Media Baru (UMB), Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz. Tidak ketinggalan turut hadir sama sebagai tetamu jemputan adalah Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Tuan Haji Khairi Malik.

Panas!!! 2 3 Kerat Blogger Pro BN Jer Yang Support Kerajaan... #PAUMNO @NajibRazak

gambar hiasan sahaja... individu ini tiada kaitan dengan artikel di bawah...
Sedang Kulaan melilau dalam bangunan PWTC membuat liputan Perhimpunan Agung UMNO 2011 tiba-tiba Kulaan terhenti di depan skrin besar yang terdapat di ruang legar bawah... Kulaan tertarik dengan ucapan seorang "Pembahas Usul" yang sedang bersemangat memberi ucapannya... bukannya pembahas lain tak "best" dia punya ucapan cuma yang seorang ini ada sangkut paut dengan peranan cybertroopers yang berjuang di alam maya sekarang...

Namun sedang asyik Kulaan  mendengar ucapan beliau, tiba-tiba beliau "mention" HANYA 2 3 kerat blogger jer yang sedang mempertahankan UMNO di alam cyber (siap sebut nama lagi tuh!!!)... aik!!! terkejut beruk Kulaan... terkedu seketika Kulaan depan skrin sampai di tegur seorang makcik pemerhati Wanita UMNO... "Anak! Kena heart attack ker...?" Halamak! terrornya makcik ni "Speaking London"... dengan muka seposen Kulaan pun angkat kaki beredar dari situ sambil kepala masih lagi pening berpusing memikirkan betapa kuatnya UMNO sekarang ini di mata rakyat alam cyber hanya kerana dek 2 3 kerat ni jer...

Macam mana dengan bloggers-bloggers lain yang blognya turun naik dek penangan ranking yang dikeluarkan oleh MYMASSA yang juga seorang blogger Pro BN... kalo ikut ranking paling kurang dah ada 100 orang bloggers Pro BN dalam "Ranking Top 100"... yang tak masuk ranking tuh toksah citer la... bersepah... takkan la Kulaan nak citer satu persatu... Sah! Sah pembahas usul nie tak pernah baca blog pun... dunia blogosfera pun dia tak tau kot ada wujud ka tidak... silap hari bulan mesti dia kata dunia blogosfera ni mitos dan mistik macam dunia Atlantik... sorry dah melalut pulak...

Lensa Niring 3 : Corat-coret Gelagat Pengunjung PAU 2011 di PWTC... #PAUMNO

gerai jualan yang tersedia untuk pengujung membeli-belah
di Tingkat 3 PWTC...

perwakilan, pengunjung dan orang ramai yang hadir ke gerai
jualan PWTC untuk mengambil kesempatan membeli-belah
dan mencari cenderamat kenang-kenangan...


Cuba Teka Lelaki Ka Perempuan ; Gua Pun Tengah Kongpius Nie... #PAUMNO

cuba korang teka... laki ka pompuan?????

pening gak gua dok pikir-pikir nie...
nak kata laki macam pompuan.... iskh!!!!

Thursday, 1 December 2011

Sharizat Cabar Wan Azizah Berundur, Berani ka???? #PAUMNO

Selepas Kak Ijat berulang kali didesak melepaskan jawatan kerana dikaitkan dengan isu NFC, semalam ketika ucapan Ketua Wanita UMNO, Kak Ijat mencabar pula Presiden PKR, Wan Azizah isteri ANUar pula meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab terhadap isu skandal video seks suaminya.

Sketsa Niring : Gambar Candid TPM Tengah Ambil Gambar Perwakilan...

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat merakam gambar ketika mengikuti persidangan sayap Wanita di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC.

Panas!!! : Video Sharizat Mengamuk Di Pentas Wanita Ketika Perhimpunan Agung UMNO #PAUMNO




Sumber video : Minaq Jinggo

Kak Ijat mendapat sokongan padu daripada perwakilan Wanita UMNO sekalipun beliau dihimpit dengan kontroversi yang mengaitkan beliau denga isu "feedLot" atau NFC...

Gegak gempita dewan dengan teriakan dan jeritan padu perwakilan Wanita yang menyokong ucapan Ketua Wanita UMNO ini ketika persidangan sayap Wanita berlangsung di sebelah pagi tadi...

Inilah rupanya ucapan yang Kak Ijat janjikan buat pembangkang terutama ucapan ini dituju khas buat Zuraidah dan Rafizi...

Hah! pembangkang... Zuraidah dan Rafizi... apa lagi... kalo berani sambut la cabaran Kak Ijat nie.... sambut... jangan tak sambut...

Wednesday, 30 November 2011

Wardina Cemburu Dengan Baju Pink Lisa Surihani Dan Sherina Chef Wan... #PAUMNO

post istimewa Lisa Surihani kepada Ketua Puteri UMNO,
Datuk Rosnah Shirlin....

manis Lisa Surihani berbaju warna Pink yang dicemburui
oleh Wardina Saffiyah...

Lensa Niring 2 : Corat-coret Permandangan Dan Gelagat Perwakilan... #PAUMNO

skuter Harimau Malaya yang menarik perhatian
ramai pengunjung di booth Naza Bikes...


skuter UMNO special edition juga tidak ketinggalan
mencuri pemerhatian orang ramai...

Lensa Niring 1 : Corat-coret Permandangan Dan Gelagat Perwakilan... #PAUMNO

permandangan bangunan UMNO di kala malam...




#PAUMNO : Selamat Bersidang Perwakilan Umno....



Hari ini akan bermulanya Persidangan Agung UMNO 2011...

Kepada semua perwakilan Umno yang hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2011, Kulaan mengucapkan Selamat Bersidang. Persidangan hari ini akan melibatkan 3 sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri yang akan dijalankan secara serentak di tiga dewan yang berbeza.

Perhimpunan sayap kali ini pasti menarik perhatian kerana setiap perwakilan ternanti-nantikan ucaptama ketua sayap masing-masing yang pasti akan menggunakan pentas perhimpunan persidangan ini untuk membicarakan soal survival parti UMNO, misi dan visi yang ingin dibawa, namum yang paling mengujakan mungkin juga pentas ini akan digunakan sebagai platform untuk mempertahankan diri daripada tohmahan dan kontroversi yang terpalit dan dikaitkan dengan orang No. 1 dalam sayap masing-masing....

Tuesday, 29 November 2011

#PAUMNO : Majlis Taklimat Presiden Bersama Ahli MT...

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Mohd Najib Abdul bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan perwakilan menyanyikan lagu Negaraku sebelum Majlis Taklimat Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi...

Kulaan dimaklumkan amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak kali ini amat penting kerana perhimpunan kali ini begitu signifikan dengan desas-desus PRU 13 yang semakin hampir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers