PRESIDEN UMNO Datuk Seri Mohd Najib Abdul bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan perwakilan menyanyikan lagu Negaraku sebelum Majlis Taklimat Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi...
Kulaan dimaklumkan amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak kali ini amat penting kerana perhimpunan kali ini begitu signifikan dengan desas-desus PRU 13 yang semakin hampir.
Perhimpunan ini juga Kulaan difahamkan berkemungkinan besar adalah perhimpunan terakhir sebelum PRU 13 yang dijangkakan akan diadakan pada bila-bila masa tahun hadapan.
Esok, Kulaan akan bawakan laporan terkini perkembangan perhimpunan ini yang mungkin pembaca dapati melalui media arus perdana...
No comments:
Post a Comment