Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 2 December 2011

Panas!!! 2 3 Kerat Blogger Pro BN Jer Yang Support Kerajaan... #PAUMNO @NajibRazak

gambar hiasan sahaja... individu ini tiada kaitan dengan artikel di bawah...
Sedang Kulaan melilau dalam bangunan PWTC membuat liputan Perhimpunan Agung UMNO 2011 tiba-tiba Kulaan terhenti di depan skrin besar yang terdapat di ruang legar bawah... Kulaan tertarik dengan ucapan seorang "Pembahas Usul" yang sedang bersemangat memberi ucapannya... bukannya pembahas lain tak "best" dia punya ucapan cuma yang seorang ini ada sangkut paut dengan peranan cybertroopers yang berjuang di alam maya sekarang...

Namun sedang asyik Kulaan  mendengar ucapan beliau, tiba-tiba beliau "mention" HANYA 2 3 kerat blogger jer yang sedang mempertahankan UMNO di alam cyber (siap sebut nama lagi tuh!!!)... aik!!! terkejut beruk Kulaan... terkedu seketika Kulaan depan skrin sampai di tegur seorang makcik pemerhati Wanita UMNO... "Anak! Kena heart attack ker...?" Halamak! terrornya makcik ni "Speaking London"... dengan muka seposen Kulaan pun angkat kaki beredar dari situ sambil kepala masih lagi pening berpusing memikirkan betapa kuatnya UMNO sekarang ini di mata rakyat alam cyber hanya kerana dek 2 3 kerat ni jer...

Macam mana dengan bloggers-bloggers lain yang blognya turun naik dek penangan ranking yang dikeluarkan oleh MYMASSA yang juga seorang blogger Pro BN... kalo ikut ranking paling kurang dah ada 100 orang bloggers Pro BN dalam "Ranking Top 100"... yang tak masuk ranking tuh toksah citer la... bersepah... takkan la Kulaan nak citer satu persatu... Sah! Sah pembahas usul nie tak pernah baca blog pun... dunia blogosfera pun dia tak tau kot ada wujud ka tidak... silap hari bulan mesti dia kata dunia blogosfera ni mitos dan mistik macam dunia Atlantik... sorry dah melalut pulak...


Itu belum campur lagi dengan beribu dan mungkin puluhan ribu facebookerz yang dok pertahankan UMNO dan BN dalam fb masing-masing... sebahagian besarnya menggunakan identiti sebenar lagi, bukan macam pembangkang yang pakai "fake ID" nak hentam kerajaan... mana nak letak kepentingan peranan yang mereka mainkan selama ini... mungkin juga "Pembahas Usul" ni akaun fb pun dia takda tu pasal yang dia tak tau betapa ramainya penyokong kerajaan yang setiap hati tanpa henti memberi penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan pembangkang tanpa rasa jemu dan tanpa dibayar pun... itu belum masuk dengan twitterian-twitterian yang dok "tweet" 24 jam tak kira masa, tak kira tempat...

Kulaan rasa "Pembahas Usul" ni tak cukup cerdik kot atau sengaja butakan hati pekakkan telinga atau sengaja tak perasan dengan ucapan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin semasa ucapannya memberi "Kredit" kepada jentera parti yang berjuang di alam maya iaitu Unit Media Baru (UMB), Pergerakan Pemuda UMNO... itu la jentera parti... paham tak JENTERA PARTI... bergerak atas nama parti dengan mengikut landasan dan peraturan parti... ada perbezaan besar dengan "Tentera Upahan" yang hanya berjuang apabila dibayar dan boleh berpihak kepada siapa yang membayar lebih...

Ucapan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin
i. bagi menangkis serangan pembangkang dan mengukuhkan suara kita di alam siber, aktiviti Unit Media Baru terus diperkasakan.
35. Alhamdulillah, impak dan hasil kesemua program ini telah menjana sokongan kepada BN, di mana kita melihat kembalinya undi muda pada pilihanraya-pilihanraya kecil, bermula dari Bagan Pinang lagi. Program-program ini juga telah menyuntik semangat dan kesedaran politik generasi dan telah membantu kita mendaftarkan hampir 80 ribu pengundi baru pada tahun ini sahaja dan pada masa sama mengekalkan Pemuda selaku penyumbang terbesar keahlian baru UMNO. 

Jadi, nasihat Kulaan kepada "Pembahas Usul" ni agar jangan la dok bercakap macam orang "giler meroyan" tanpa lihat orang sekeliling... ingat "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa"... apa pun TAHNIAH Kulaan ucapkan kepada semua bloggers-bloggers, facebookerz-facebookerz, twitterian-twitterian dan semua pengamal media yang sentiasa menyokong UMNO dan kerajaan BN... teruskanlah usaha saudara seperjuangan sekalian tanpa rasa jemu... semoga Allah sahajalah yang akan membalas jasa dan budi baik saudara seperjuangan sekalian.... Amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers